Monday, October 1, 2018

PERCUTIAN KE LONDON DAN PARIS SEPT 2018 - DAY 2 (LITTLE VENICE, PRIMARK, ALADDIN SHOW)

14 Sept - Jumaat

Hari kedua di London. Plan hari ni sepatutnya nak breakfast kat Quince Tree Cafe tapi laki aku teringin nak tengok teater so terpaksalah tukar plan sikit. Pagi2 kiteorang naik tube ke Tottenham Court Rd & jalan kaki ke Prince Edward Theatre beralamat di 15 Old Compton Street, Soho. Tujuan kiteorang datang awal pagi sebab nak beli tiket untuk show Aladdin malam ni pukul 7.30 malam. Harga tiket bergantung pada seating. Penjual tiket tu offer 2 pilihan, £27/pax kat bahagian belakang belah tepi atau £55/pax kat bahagian tengah. Tengah la cantik kan. Tapi tulah harga jauh beza. Lama gak kiteorang tercongok depan kaunter tu memikir. Last2 amik keputusan beli yang £55 tu. Memandangkan ni pertama kali kiteorang nak experience teater kat London, terpaksa la berkorban sikit.

8 Craven Hill to Prince Edward Theatre

Yay dah beli tiket!

Bab tiket dah setel, perut pun dah lapar. Sebelum pegi makan kiteorang sempat singgah Primark branch Tottenham Court Rd. Dah alang2 kat area situ kan. Laki aku beli souvenir untuk family dia. Aku pun usha2 baju budak2 untuk anak sedara aku. Time ni tak overcrowded sangat macam semalam. Lagi tenang nak shopping. Bajet aku pun tak banyak so aku beli 2 pasang je baju & seluar budak. Lagipun baru hari kedua. Rileks. Total 2 pasang £5.60.

Hasil tangkapan ketiga

Dari Tottenham Court Rd station kiteorang ke Warwick Avenue. Lokasi Quince Tree Cafe ni sebenarnya dalam Clifton Nurseries. Memang cantik gila tempat ni sebab konsep kafe dalam taman. Aku tau pasal kafe ni dari Instagram. Terus masukkan dalam itinerary. Hehe. Dari Warwick Av ke Quince Tree Cafe ni tak jauh pun lebih kurang 150m je. Kiteorang order 2 set cream tea, total £21Diorang kat sini panggil cream tea bukan sebab letak cream dalam air teh. Cream tea ni set air teh dengan scones. Scones tu pulak diorang akan bagi jam & clotted cream. Clotted cream ni berasaskan susu. Memang syok lepak sini sambil tengok pemandangan yang menghijau, cuaca pun just nice tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Yang kaki selfie pun mesti enjoy tempat ni sebab banyak port menarik untuk bergambar. Sis bagi 5 bintang!

Quince Tree Cafe @5A Clifton Villas




Cream tea set -  £21

Lepas makan scones kiteorang jalan2 di sekitar Little Venice. Kat Little Venice ni ada disediakan boat tour dari Little Venice ke London Zoo atau Camden Lock Market, perjalanan menaiki bot lebih kurang 45 minit. Harga dewasa £9/pax. Kiteorang tak naik pun boat ride ni sebab aku baca banyak mixed reviews, ramai jugak yang komplain cakap staf tak berapa ok, ade yang kene tinggal bot lah, macam2. Lagipun Regent's canal ni takdelah secantik canal cruise kat Amsterdam. So kiteorang just bergambar je kat sini. Aku pun dah pernah lepak sini dengan mak aku dulu. Nothing new for me. Kaki aku pun dah mula sakit2 masa ni, mungkin sebab beratur 3 jam kat imigresen 2 hari lepas pastu jalan non-stop semalam. I need rest!



Cukuplah tu kaki aku dah sakit

Dari Little Venice kiteorang balik semula ke hotel. Tak sanggup dah nak jalan mana2. Kaki aku cramp gila. Plan nak rehat sampai ke petang. Dalam pukul 5.30 petang, kiteorang keluar semula cari makan. Hajat di hati nak makan Indian food kat Dishoom @12 Upper St Martin Lane. Sekali bila dah sampai, line beratur punyelah panjang. Staf bagitau masa menunggu lebih kurang 50 minit. Memang aku dh jangka pun sebab tempat ni memang happening. Selalu packed. Hmm takde rezeki. So plan B carilah mana2 kedai halal berdekatan yang boleh dimakan. Last2 terjumpa kedai Bali-Bali @150 Shaftesbury Av. Kiteorang order nasi goreng, nasi putih, udang mente & 2 teh tarik. Total £38.50. Rasa ok lah, tawar sikit tapi mengenyangkan, alhamdulillah.

Bali-Bali cafe @150 Shafterbury Av

Lepas makan kiteorang gerak ke Prince Edward Theatre sebab kene masuk hall dalam pukul 7 malam. Sebelum sampai Prince Edward Theatre kiteorang lalu Palace Theatre. Memang cantik Palace Theatre ni. Ade show Harry Potter kat sini tapi sayang tiket semua dah habis. Takpelah dapat tengok Aladdin pun kira dah bersyukur sangat. Suasana di sekitar Prince Edward Theatre ni memang sesak. Maklumlah hari Jumaat, nak masuk hari minggu. Berpestalah diorang ni di pub2 yang ada. Sebelum masuk teater, diorang akan cek setiap bag atau backpack sebagai langkah keselamatan. 

Akhirnya lepas pukul 7 kiteorang dibenarkan masuk ke dewan. Aku dah happy gila masa ni sebab dapat seat baik punya. Sekali baru nak happy2 ade plak gergasi ni duduk depan aku. Aduhhhh sakit jiwa btol. Nampak kepala botak die je sepanjang 1st show. Penat aku dok teleng kepala sebab nak elak kepala dia yang besar tu. Nasib baik lepas show Part 1 tu ada break sekejap. Ada penjual ais krim lalu. Kiteorang pun beli lah aiskrim haagen dazs saiz mini 2 ketul, total £6. Dapatlah aku sejukkan hati aku yang panas ni. Lepas beberapa minit break Part 2 pulak bermula. Masa ni nasib baik laki aku sudi tukar tempat dengan aku. Yesssss! Finally!  


Kalau korang bengang tak ?????
Show Aladdin habis selepas 2 jam 30 minit (termasuk break time). Pada pendapat aku 1st part lagi happening daripada 2nd part. 1st part banyak tukar props, kostum yang menarik & banyak bling2, kesan piroteknik pun gempak terutama sekali aksi genie dalam gua tu. Part tu yang paling best pada pendapat aku. 2nd part dah tak berapa mengagumkan. But overall it was a good show! Tak sia2 lah beli tiket. Korang boleh tengok trailer Aladdin musikal kat sini . Lepas habis show kiteorang jalan ke arah Tottenham Court Rd untuk balik ke hotel. Nak jalan ke tube station pun mencabar sebab punyelah ramai manusia bersesak2, semua keluar serentak, bertembung pulak dengan pengunjung2 pub yang berdekatan, ada yang mabuk pulak tu. Sebelum sampai di tube station kiteorang singgah Starbucks minum ice latte sekejap. Lepas tu barulah naik tube balik semula ke hotel. Itu sahaja untuk hari kedua. Tunggu update seterusnya!



No comments:

Post a Comment