Monday, October 15, 2018

PERCUTIAN KE LONDON-PARIS SEPT 2018 - DAY 3 (ST LUKE'S MEWS, PORTOBELLO MARKET, BIG BEN, HARRODS)

15 Sept - Sabtu

ST LUKE'S MEWS
Hari minggu sudah mari. Apalagi, pegi Portobello Market lah. Kiteorang sebenarnya tak minat sangat suasana market yang bersesak2 tapi ini first time untuk laki aku so bagi dia a taste of this place. Dari hotel kiteorang jalan kaki ke Gloucester Terrace RQ bus stop & naik bas no. 7. Sebelum sampai ke Portobello Market, kiteorang turun di Powis Garden Stop untuk bergambar di St Luke's Mews. Tempat ni kira femes la untuk orang2 yang minat "mews hunting". Mews ni asalnya deretan rumah2 yang dahulunya (dalam kurun ke 18-19) kandang kuda. Orang zaman dulu simpan kuda diorang kat tingkat bawah, tingkat atas bilik. Zaman sekarang ni semua dah diconvert jadi rumah je. Ada banyak mews yang cantik2 kat London ni tapi yang sempat aku round kali ni hanya di St Luke's Mews.



St Luke's Mews

Bercakap tentang mews ni aku kadang2 pelik tengok perangai sesetengah orang dalam Instagram. Post tempat cantik2 pastu bila orang tanya location kat mana, buat dek je. Bila orang puji, laju pulak dia reply. Haha. Orang2 macam ni pada aku jenis rasa diri bagus. Dia je nak nampak hebat, cool. Please lah. Tak dapat award pun dik gambar2 "onz" ko tu. Thats why aku sanggup buat research sendiri daripada buang masa tanya manusia2 bajet bagus mcm ni especially Instagram artis & budak2 instafamous. 

Ok back to St Luke's Mews. Masa tengah busy posing2 tetiba ada kereta datang, tapi dia gerak slow je. Aku pun tenunglah kereta tu, terpikir gak dia sesat jalan ke apa. Rupa2nya tempat aku berdiri tu rumah dia daaaa. Aiyoooo. Tu jam aku nak posing tu jam lah owner rumah datang. Mesti bengang je owner rumah tu kan. Haha. Nasib baiklah sempat snap picture ni. Sebenarnya dekat St Lukes Mews ada beberapa rumah lain yang aku target nak bergambar tapi sayang, keadaan rumah2 tu dah tak berapa elok, tak secantik dalam website. Aku dengar orang cakap owner rumah tu dah cabut pokok2 jasmine & basikal cantik depan rumah dia pun dah takde. Agaknya dia serabut kot tengok ramai sangat orang jadikan rumah dia sebagai port bergambar. Ntah la. 

Photographer pun dah mula buat muka boring, maklumlah lelaki mana minat mews2 hunting ni. So bergeraklah kiteorang ke Portobello Market. Masa ni orang dah ramai sebab dah pukul 11 pagi. Dekat area Portobello ni ada satu kedai biskut comel, Biscuiteers yang femes di kalangan instagrammers. Aku pun tak nak lepaskan peluang bergambar kat sini. Kesabaran tu kene tinggi sebab setiap saat akan ada je manusia yang photobomb. Susah nak dapat clean shot. Tapi photographer lagi lah kene sabar. Hehe.

PORTOBELLO MARKET


Biscuiteers, Notting Hill

Ok sesi bergambar dah setel, kiteorang pun jalan ke arah Portobello Road & mengharungi lautan manusia yang ada kat situ. Portobello Market ni banyak jual barang2 antik, ada gerai yang jual makanan, souvenir, baju, alatulis, dll. Kiteorang hanya beli souvenir poskad antik & 2 coaster Big Ben & Queen's Guard. Total £20 . Lepas beli souvenir singgah Amorino jap beli gelato, £7. Amorino ni takde kat Malaysia. Aku pilih perasa pisang, pistachio & hazelnut. Sedap! Cuaca masa ni pun dah tak berapa sejuk, aku pulak pegi pakai jaket bagai. Kalau tau lah cuaca tak sesejuk yang diharapkan memang aku tak pack jaket2 ni. Buat berat beg je. Nasib baik dapat makan aiskrim. Lega sikit.

Antique postcards @ Portobello market
Coaster @ Portobello Market


BIG BEN & WESTMINSTER BRIDGE

Dari Amorino kiteorang tunggu bas kat Notting Hill Gate Hillgate St (Stop D), naik bas no. 148 & turun kat Westminster Stn Bridge St (Stop H). Trip ke London kali ni aku cuba untuk lebih kerap naik bas sebab dah boring naik tube. Lagipun bila naik bas ni dapat gak tengok pemandangan kota London. Sistem bas kat London ni pun murah & senang tak macam kat Aussie dulu, confusing. Disebabkan aku dah pernah sampai di Westminster Bridge, perasaan teruja tu tak seperti kali pertama aku rasa 3 tahun lepas. Lagipun masa ni Big Ben & sebahagian Palace of Westminster diselubungi dengan scaffolders, so lagilah kurang menarik. Dengar kata kos restoration ni telan belanja sampai berbilion pound. Tak pasti berapa tahun baru setel so sape2 yang melancong ke London time ni agak rugilah pada aku. Aku tak selfie pun kat sini, just jalan2 & people watching je.

Masa aku pegi London tahun 2015 dulu takde pengadang jalan kat Westminster Bridge ni. Lepas Google baru aku tau yang diorang pasang pengadang jalan ni dalam tahun 2017, lepas beberapa kejadian pengganas yang mana seorang lelaki berkereta merempuh beberapa orang pejalan kaki pada 22 Mac 2017 & ada yang rempuh pejalan kaki guna van. Lepas kejadian tu diorang terus pasang pengadang kat 3 lokasi- Waterloo, Lambeth & Westminster Bridge. Baguslah kan. At least rasa selamat sikit. Aku paling takut bila tengah syok2 bercuti ade pulak kes2 pengganas macam ni. Nauzubillah, minta dijauhkan. Doalah banyak2 sebelum memulakan perjalanan.

Big Ben coaster
Lepas lepak2 kat River Thames, sebelum gerak balik aku just snap gambar coaster yang aku beli kat Portobello Market tadi. Jadilah satu gambar. Hehe. Kaki pun dah sakit tak larat rasanya nak jalan sampai ke London Eye semua tu. Lagipun ramai sangat orang. Aku rasa boots H&M yang aku pakai ni elok dicampak ke dalam sungai Thames. Lesson learnt. Lenkali nak travel aku pakai flat shoes Vincci biasa je. Lagi selesa. Dari Westminster Bridge kiteorang jalan kaki ke arah Parliament Square dan tunggu bas kat situ untuk balik semula ke Lancaster Gate. Sebelum sampai hotel, kiteorang singgah grocery shop jap beli snacks untuk kunyah2 dalam bilik.


FLAVORS OF INDIA

Untuk dinner kiteorang decide untuk makan dekat dengan hotel je. Malas nak jalan jauh. Tua dah. Hahaaa. Ada satu restoran India ni, Flavors of India namanya. Tak tau sedap ke tak. Bantai je lah labu. Kiteorang order beryani udang sebab itu je yang halal. Aku nak order teh masala tapi takde teh pulak. Yang ada arak & air kosong. Hmm so order still water je. Total £27. Rasa boleh la, tak pasti nak bagi berapa bintang sebab frust teh masala takde. Apa pun alhamdulillah, janji kenyang.

Dinner at Flavors of India

HARRODS

Perut dah kenyang baru ada semangat nak teruskan perjalanan. Aktiviti malam ni ialah ke Harrods. Walaupun aku tak teruja sangat nak ke Harrods sebab pernah masuk tapi aku temankan lah laki aku. Kiteorang naik tube je. Sampai kat Harrods terus pegi ke bahagian food hall. Bahagian beg mewah, jam mewah semua tu dok jeling2 je lah. Aku tak heran pun sebab aku bukan jenis kaki branded punye olang. Lepas tengok2 coklat rasa terliur la pulak. Macam2 design & bentuk. Semua menggiurkan. Dekat setiap coklat tu kalau ada alkohol diorang akan tulis kat situ. So jangan risau. Last2 beli coklat Charbonnel et Walker 100g £9.50. Dapatlah 7 ketul. Kiranya RM50 dapat 7 ketul coklat ketot2. Rasa dia? Memang unik & terbaiklah. Rasa coklat + rasa duit terbakar giteww. Hahaaaaaaa


Apron £30 hahaaa

Kat sini memang banyak lah plihan souvenir yang menarik, packaging comel2. Tapi aku tak beli apa2 souvenir pun. Sebab lepas ni nak ke Paris lagi. Beli kat Paris je lah. Tengah round2 tu aku ternampak apron Harrods, harga £30. Haha mengarut gile. Mula2 plan nak lepak coffee2 kat Harrod's Coffee Bar tapi penuh pulak. So kiteorang survey2 area Books & Gifts. Banyak kad & poskad yang menarik kat sini tapi tengok2 je lah. Sebelum keluar Harrods aku masuk tandas dia, saje nak tengok design dalam tu. Sekali bila masuk tak impressive langsung. Overall aku rasa Harrods ni agak overrated. Yang best pada aku hanya senibina bangunan & food hall dia je.




Masa nak selfie depan Harrods ni aku dikerumuni peminta2 sedekah berhijab, tak pasti orang mana, maybe dari Syria. Aku tak kisah nak mintak sedekah tapi cara diorang follow & agak memaksa tu yang buat aku rimas. Agaknya diorang ingat siapa yang keluar masuk Harrods ni semuanya kaya raya kot. Kiteorang jalan laju2 sebab takut gak malam2 ni, macam2 boleh jadi kan. Dari Harrods kiteorang naik bas no.14 kat Gerrard Place Chinatown. Tak pasti nak lepak mana malam ni so jalan2 area Soho je lah-7 Dials, Neal St, Monmouth St. Tempat ni kalau siang cantiklah, malam dah tak nampak apa. Kat sini banyak cawangan Cafe Nero, Cafe Concerto tapi last2 kiteorang lepak Starbucks je, 2 latte £5.20. Haha bagus gak. Save duit! Lagipun macam teringin nak tengok musikal Thriller malam besok, baik save duit untuk musikal kan. Lepas lepak kat Starbucks kiteorang naik tube balik semula ke hotel. Besok banyak lagi tempat nak cover so kene tido awal!

2 comments:

  1. salam sis tumpang tnya... sis ada berpeluang ke windsor castle x? nk tnya pendapat worth it ke pergi ke situ?

    n then london shopping di london hounslow? ik ke tmpt tu.. sbb pergi dgn travel agent.. kami first tyme nk ke UK.. x brape reti sgt jadi follow je laa itenary depa bg tu

    mohon pendapat.. then lepastu sis kata portobello market tu jual brg2 antik...mahal x harga souvinier kt ctu roughly range dlm brape ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sy x pergi windsor castle. Cuma excursion ke Cotswolds & Oxford.
      Boleh tgk youtube sy di
      https://www.youtube.com/watch?v=gt03-MqOHao

      Hounslow pun sy tak pergi. Mungkin awak boleh check review tempat tu di tripadvisor. Slalu sy akan refer tripadvisor dulu tempat2 yg sy nak pergi. At least boleh tau what to expect.

      Portobello market sy pergi. Sy beli fridge magnet+coaster lebih kurang 10 pounds, sarung bantal 7 pounds, antique postcards tgk jenis around 5 pounds. Di sekitar london byk souvenir shops yg jual CHina made & boleh dpt harga murah2 ~1 pound tp sy xbeli byk, sy lebih suka cr something yang locally made or designed in UK.

      Delete