Wednesday, November 9, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 4 (Sea Circus,Seminyak Square,Krisna Sunset Rd,La Laguna)

14 Okt 2016-Jumaat

Hari ni teringin nak cuba local food untuk breakfast. Bosan plak asyik makan nasi padang je. Lagipun hotel kat Seminyak ni aku tak book breakfast so kene la keluar cari makan. Lepas puas Google akhirnya aku jumpa 1 port ni jual sate ikan, nama tempat ni WARUNG ARI, kat Jl Tukad Pakerisan No.6. Kalau nak tau menurut orang Bali sate ni mencerminkan masyarakat Bali yang bersatu teguh & tak mudah dipisahkan. Diorang selalu makan sate babi tapi yang ni rare sikit sate ikan. So rugilah kalau datang Bali tapi tak cuba kan. Dari hotel kiteorang merempit ke Warung Ari ni guna Waze je macam biasa. Masa nak pegi tu dua kali gak terlepas masuk simpang so Waze bagi alternative route lalu kawasan rumah orang. Mak aii memang mencabar gak la lalu jalan dalam ni. Dah la jalan sempit banyak plak bonggol. Adoii akitnye huhuu.

Halal food in Bali>> Warung Ari 
Lepas cilok sana cilok sini akhirnya sampai jugak kat Warung Ari. Woohooo! Kelihatan signboard kuning besar terpampang. Dah sampai warung, si penjual tengah buzy menyalai sate. Mula2 aku tak reti sangat nak order macam mana, last2 main tunjuk isyarat tangan je untuk 2 orang terus makcik tu sediakan. Pastu dia tanya nak sayur apa sebab sayur ada 2 jenis, kangkung atau urap. Aku pilih kangkung. Kat sini tak sebut kangkung masak cili dia panggil plecing kangkung. Diorang akan hidangkan nasi putih, sate ikan, pepes ikan, sayur kangkung, sup ikan & sambal matah. Sate ikan tu kalau tak salah diorang guna ikan Marlin. Total untuk 2 orang Rp.36k jerrr. Memang murah & nampak menyelerakan! Masuk je mulut perghhh die punye pedas tu memang kaw! Aku yang jenis tahan pedas ni pun dah berpeluh kalau mat salleh makan tak tau lah macam mana. Ditambah plak dengan cuaca panas so berdouble2 lah panasnya. Tapi panas2 pun sedap! Serius tak rugi singgah warung ni. Aku rasa warung ni terkenal di kalangan lokal sebab tak putus2 yang datang untuk bungkus sate ikan. Baru aku tau orang Bali ni kuat pedas rupanya sebab ade couple belakang aku makan buat muka rilek je. Haha.

(P/s: Jangan lupa sediakan Rp.1k untuk bayar brader yang jaga parking motor)


Pedas tapi sedap!
Setel breakfast kiteorang sambung cafe hopping yang seterusnya>> SEA CIRCUS RESTAURANT & BAR di Jl Kayu Aya No.22, Seminyak. Aku tertarik dengan kafe ni sebab exterior die yang sangat cool. Satu lagi kafe yang Instagram-worthy. Tapi nak berselfie kat sini agak mencabar sebab as usual jalan sempit & kafe ni btol2 tepi jalan. Tempat parking motor pun masa ni dah agak penuh, banyak muka mat salleh je. Kebanyakkannya dari Australia & NZ aku rasa. Yang muda mudi Australia ni datang Bali mostly nak mabuk & surf je la. Tu je la diorang tau. Masuk je kafe kiteorang just order air kelapa & jus tembikai laici. Total Rp.73.4k. Pastu selfie sekejap depan kafe & jalan2 tengok kedai2 berdekatan. Kat area ni pun ada satu lagi kafe menarik & Instagram worthy>>MOTEL MEXICOLA. Tapi tak masuk pun sebab dah kenyang.

Tadaaaa...cantek tak???


Kedai2 baju bersebelahan Sea Circus Restaurant & Bar

Next destination>>SEMINYAK SQUARE. Reason pegi sini sebab ada aircon! Hahaa. Diva tak?? Dah biasa pegi vacation tempat2 sejuk, bila pegi tempat panas ni jadi lain macam plak mengadanya. 
Seminyak Square ni shopping mall kecik je la. Aku tak snap gambar pun. Ade kedai2 jual beauty products, baju & souvenirs. Kiteorang masuk kedai souvenir Mega Art. Kat sini aku tak beli banyak sebab rasanya harga agak mahal. Aku beli 2 keychain je untuk family. Itu pun sebijik keychain dah Rp.45k, 2 dah Rp.90k. Mahal! Pastu aku masuk kedai Mega Batik. Saje tengok harga body scrub & cream die. Container kecik dah Rp.46k & yang besar sikit 250g die jual Rp.75k. Memang aku tak beli lah. Lepas round2 tu kiteorang decide untuk pegi ke KRISNA OLE2 BALI plak di Sunset Road. Lagi puas hati rasanya shopping souvenir kat sana.

Keychains Rp.45k each @ Mega Art, Seminyak Square

Mega Batik, Seminyak Square

Krisna Ole2 Sunset Road ni memang besar. Macam2 ada. Aku perasan produk lulur & krim2 die pun jauh lagi murah dari Seminyak Square. Aku beli coconut body scrub 200g Rp.20k je, milk body scrub 200g Rp.26.5k, krim tangan chocolate & strawberry 80g Rp22.5k each, pie susu original 2 jenis Rp18.5k sekotak (sebab ada orang cakap sedap) & T-shirt Bali Krisna range Rp.42.5k-Rp.47.5k untuk kanak2 & Rp.85.5k untuk dewasa. Kalau nak T-shirt yang lagi murah pun ada harga dalam Rp.36.5k sehelai untuk dewasa tapi design tak berapa menarik la. Produk makanan macam kekacang, snek & kopi luwak pun banyak jual kat sini. Lepas syok bershopping tu baru teringat kiteorang naik motor. Haa sape suruh beli banyak2 padan muka. Haha. Nasib baik laki aku ade bawak backpack, separuh sumbat dalam bag separuh lagi pegang. Mujur hotel dekat je dengan Krisna lebih kurang 2.8km, around 7 minit. Sampai hotel je terus flat. Plan nak keluar balik petang2 sikit bila cuaca tak terlalu panas. Itu lah downside of hot weather ni, banyak masa terbuang sebab pergerakan terbatas.

Krisna Sunset Road-entrance
Yayyy borongggggg!
Murah!!!


Lepas rehat kiteorang gerak ke WARUNG KOLEGA di Jl Petitenget. Rasa nak makan nasi plak petang ni. Sekarang warung ni dah berpindah ke Jl Dewi Sri No.17, Legian. Warung ni menyediakan masakan Jawa & lauk die tak pedas. Menu die lebih kurang macam lauk kita jugak la.  Total nasi campur & air untuk 2 orang Rp.105k. Agak mahal harga nasi campur kat sini. Cara nak order ambil dulu lauk2 pastu diorang akan kira & letak tanda harga atas meja. Lepas makan baru bayar.




Dari Warung Kolega kiteorang gerak ke Canggu via Jl Batu Belig untuk cafe hopping yang seterusnya. Kat Canggu ni ada banyak kafe2 yang menarik. Salah satu kafe yang femes>>LA LAGUNA, di Jl Pantai Kayu Putih, Berawa-Canggu. Selain La Favela & La Plancha, kafe ni kira antara yang top & happening la. Nak masuk La Laguna ni ada minimum order. Satu kepala die charge minimum Rp150k. Sebelum masuk penyambut tetamu akan jelaskan benda ni. Dah setuju baru boleh masuk. Bila dah masuk tu kene cari meja dulu buat order pastu boleh la keliling kawasan untuk berselfie bagai. Pada aku memang berbaloilah walaupun kene bayar Rp150k sorang sebab tempat die memang cantik! Kafe berkonsep ala2 boho gitu. Kalau convert Rp.150k tu lebih kurang RM48 je sorang, which is quite reasonable dengan view & ambience yang superb kat sini. Siap ada taman & gypsy wagon lagi. Nak tau cantik ke tak tempat ni jom layan gambar!

Posing dulu!





Kawasan kafe ni luas, korang boleh pilih je nak duduk kat mana. Aku rekomen untuk muslim lebih baik jangan pilih meja yang kat taman tu sebab ada banyak anjing yang bebas bercanda di situ. Kat Bali ni no choice lah kan anjing memang bersepah sana sini. Nak lepak pantai pun diorang sibuk main kat situ gak. Lebih syok rasanya kalau anjing2 ni takde hehe. Ramai jugak pelancong Muslim yang lepak kat La Laguna ni, based on fesyen & cara diorang ikat tudung mungkin dari Jakarta kot. Waktu terbaik nak datang sini untuk tengok sunset sambil makan2 lebih kurang pukul 4 lebih. Kalau datang lambat takut takde meja kosong plak.




Our dinner!

Untuk dinner kiteorang order calamari, mediterranean dips, creme brulee (sedap gila!), juice & smoothie. Total untuk 2 orang Rp.300k. Memang puas hati makanan sedap, dessert pun sedap. Lepas makan tu jalan2 kat pantai jap tengok pemandangan sebelum balik ke hotel. Kalau lah kat KL ada kafe macam ni mengadap laut kan best. Confirm lepak every weekend!




Sunday, October 30, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 3 (Rice Terrace,7 Bidadari Hotel,Beachwalk Mall,Hard Rock Bali,Brickhouse)

13 Okt 2016-Khamis

Dah masuk hari terakhir kat Ubud, hish cepatnya masa berlalu. Hari ni kene checkout pukul 12. Malam tadi dah minta tolong reception call Ubud teksi untuk transfer ke Seminyak (FYI Ubud takde teksi Bluebird). Bole rujuk http://www.ubudtaxi.com/ untuk maklumat lanjut. Lepas breakfast kt bilik kiteorang naik motor ke TEGALLALANG RICE TERRACE (Ceking). Jarak dari hotel ke rice terrace lebih kurang 9km, ~19 minit via Jl Raya Andong & Jl Raya Tegallalang. Jl Raya Andong ni banyak jual perhiasan rumah & perabot2 kayu. Uishh geram jugak tengok barang2 kat sini banyak yang cantik2. Tapi boleh tengok je, nak beli memang tak la sebab tak muat masuk beg. Lepas Jl Raya Andong akan lalu Jl Raya Tegallalang. Jl ni banyak jual lukisan & signboard2 kayu. Kedua2 jalan ni ada yang panggil "handicraft highway". Sampai kat Ceking rice terrace masa ni dah panas menyengat. Padahal baru pukul 9 pagi. Konon nak turun sampai bawah tengok pemandangan sawah tapi last2 ambil gambar kat signboard je la labuuu. Haha. Signboard "I Love Bali" ni kira one of the most Instagrammable spot in Ubud. Kat sini ada juga kafe2 yang mengadap sawah padi tapi harga memang ketuk la, & masa ni kafe tak buka lagi. Aku tengok ada group mat salleh yang rajin turun sampai ke bawah tu. Sori tak kuasa uolls, kang tak pasal2 tergolek ke bawah buat naya je. Nak berjalan kat sini kene hati2 sebab tanah licin & laluan agak sempit.




Pose kat sini pun jadi la..Hahaaa

Dari rice terrace kiteorang patah balik ke Jl Raya Ubud. Plan nak makan coconut ice cream kat "Tukies" sebab ramai cakap sedap. Tapi bila sampai kedai tak buka lagi. Pukul 10 baru buka. Huhu takpe la takde rezeki nak bercafe-hopping. So balik semula ke hotel untuk pulang motor, pack bag & check out. Tepat jam 12, driver teksi Ubud kiteorang, Pak Wayan dah tunggu kat reception. Setel checkout tu kiteorang pun gerak ke Seminyak. Dalam perjalanan banyak gak sembang dengan Pak Wayan ni. Die cakap bini die keje kat Denpasar hari2 naik motor berulang alik Ubud-Denpasar. Kesian jugak dengar. Diorang ni hidup susah, ramai yang cakap biaya sekolah anak2 mahal. Aku tengok ramai foreigners yang beli property hebat2 kat sini tapi rumah orang Bali sendiri & kehidupan diorang cukup2 makan je. Bila aku kaji balik rupanya foreigners atau "bule2" yang beli properties kat sini semuanya under Hak Pakai or Hak Sewa. Title Hak Milik memang kerajaan Indonesia tak benarkan langsung untuk orang luar. Kalau nak beli tanah diorang kene guna nama orang Bali, itupun valid untuk 25 tahun je, pastu boleh renew 25 tahun lagi itu pun bergantung kepada keadaan. High time negara kita sendiri patut ikut cara ni. Ini tak semua kalau boleh nak digadaikan pada warga asing. Sedih!

Jam 1.35 tengahari akhirnya sampai di 7 BIDADARI BOUTIQUE HOTEL SEMINYAK. Mula2 Pak Wayan tak tau kat mana hotel ni, so aku guna waze & finally jumpa. Bayaran teksi Ubud ke sini Rp.270k. Nasib baik reception bagi check in awal. Aku dah tak sabar nak on aircon dalam bilik. Haha. Lepas rehat2 kiteorang sewa motor dengan hotel. Diorang charge Rp60k sehari. Kiteorang book 3 hari total Rp180k. Ok la tu. Lega dapat motor sebab perut dah berbunyi2 tak sabar nak cari lunch.  Kiteorang lunch kat restoran masakan Padang je kat hujung jalan. Malas nak pegi jauh2. Total nasi campur & teh botol untuk 2 orang Rp48k.

Our room @7 Bidadari Hotel Seminyak

Pool view

Masakan Padang, sedap & murah!

Selesai lunch kiteorang gerak ke BEACHWALK MALL via Sunset Road. Nak pegi mall ni memang agak azab la sebab traffic light kadang2 lama sangat. Dah la panas, aku dah berpeluh2 kat belakang motor. Dalam kepala tetibe teringat kenangan manis naik motor kat Cappadoccia dulu. Sejuk dan tenang je. Huhu bila la nak repeat Turki ni. Lepas mencilok sana sini kat Jl Pantai Kuta tu akhirnya sampai juga di Beachwalk Mall. Yayyy! Nak masuk mall ni kene lalu security untuk cek beg. Tak tau kenapa tapi mungkin sebab kes Bali bombing dulu kot. Exterior mall ni memang cantik, btol2 berhadapan pantai Kuta. Ade brand2 besar macam H&M, Zara, Bershka, Pull & Bear, etc. Kiteorang lepak makan ice cream sandwich je Rp.28k pastu terus jalan kaki ke HARD ROCK BALI. Port wajib lah macam biasa.



Beachwalk Mall cantik!

Nak masuk Hard Rock Bali pun kene cek beg. Aku tengok merchandise kat sini agak mahal. Hard Rock London dulu aku bole dapat keychain leather harga 6.99 pound je, kat sini keychain sebijik dah Rp200k, magnet Rp260k. T-shirt pun lagi mahal kat sini. Memang tak jadi ler nak beli. Laki aku beli shot glass Rp.160k & t-shirt pun sebab ada orang pesan. Lepas keluar HRC Bali kiteorang singgah kedai souvenir tepi jalan beli magnet "Hard Rock Bali". Haha murah ckit. Mula2 die mintak Rp30k sekeping, last2 lepas tawar dapat la Rp35k untuk 2. Ok la tu kot aku pun tak pandai sangat tawar menawar ni. Laki aku pun beli keychain kecik2 untuk officemate die. Baik btol die ni tak pernah lupa kengkawan.



Magnet t-shirt putih tu smart tapi macam tak berbaloi harga Rp260k!
Beli yang ni 2 keping Rp35k je. Jimat!

Aktiviti seterusnya macam biasa, cafe hopping. Destinasi>>BRICKHOUSE SPECIALTY ESPRESSO. Kafe hipster ni kat Jl Raya Basangkasa No.8. Lebih kurang 4.4km je dari Hard Rock via Jl Pantai Kuta & Jl Legian. Dah nama pun specialty espresso takkan nak order oren jus pulak kan so kiteorang order la 2 latte. Total Rp101k. Presentation agak unik sama macam kafe Seniman kat Ubud hari tu. Kopi dihidang dalam tray pastu dapat coklat sebijik. Menarik la suasana & deko kat sini. Aku memang suka stail exposed brick walls, kombinasi perabot kayu & besi ni. Memang terbaik (sori takde gambar deko boleh google sendiri ye hehe). Sebelum balik ke hotel kiteorang jalan2 jap kat Jl Raya Basangkasa. Kat sini ada banyak butik2 baju, perhiasan rumah, kedai silver & lukisan. Tak beli apa pun cuci2 mata je. Restoran masakan Padang pun banyak, so korang tak perlu risau nak cari makanan halal kalau bercuti ke Bali. Badan dah rasa belengas kiteorang decide untuk balik ke hotel & bincang itinerary untuk besok. Jarak dari kafe ke hotel 1.3km je. Dekat sangat. So far nampaknya vibe kat Seminyak & Kuta ni berbeza la compared to Ubud yang lebih laid back & more to nature & traditional houses. Banyak lagi kafe2 yang aku tak sabar nak explore besok. So tungguuuuu...

Posing depan motor jap

Posing depan kedai plak

Artistik tak shot ni? Heheeee

Jalan Basangkasa waktu malam



Wednesday, October 26, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 2 (Ubud Water Palace,Luwak Coffee,Pura Tirta Empul,Desa Penglipuran Bangli,Kebun Bistro)

12 Okt 2016-Rabu

Jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan, waiter hotel dah hantar breakfast ke bilik. Aku duduk kat balkoni sambil apply makeup sambil hirup kopi, makan breakfast banana pancakes, toasts & fruits. Wow terasa macam film star omputeh plak. Hari ni rasa semangat lain macam sebab tak sabar nak sewa motor & check out tempat2 menarik kat Ubud.

Breakfast duluuuuu!
Lepas bersiap perjalanan diteruskan ke Ubud Scooter Rental di Jl.Sri Wedari No.19. Macam biasa kiteorang jalan kaki je guna Waze. Jarak dari Tebesaya Cottage ke Ubud Scooter Rental lebih kurang 1.5km,~20 minit masa berjalan. Memang terasa jauh sikit berjalan dalam cuaca panas, tapi takpe lah untuk hari ni je. Lagipun sepanjang Jl.Hanoman banyak deretan kedai2, boleh la cuci2 mata sambil berjalan. Sampai kat Ubud Scooter Rental aku terus lari masuk dalam, diri depan aircon sambil berkipas. Fuh lega. Couple mat salleh yang ada kat situ pun rilek je tak over macam aku. Haha. Satu gambar ape pun aku tak sempat nak snap masa ni. Biasala bila cuaca panas memang kureng sikit mood nak berselfie. Tapi korang boleh rujuk website ni untuk maklumat lanjut tentang jenis2 scooter yang ada, rental fees,etc http://ubudscooterrental.blogspot.my/p/rental-rate.html

Kiteorang book scooter untuk sehari je, model Honda Scoopy FI. Die tak minta lesen pun, just isi nama, alamat hotel & no. telefon. Setel. Since sewa sehari, kene pulangkan motor lebih kurang pukul 10 pagi the next day. Tak payah hantar motor kat kedai, diorang akan pick up kat hotel. Cuma make sure minyak penuh la. Minyak kat sini sebotol dalam Rp7k, ade yang charge sampai Rp.8k tengok tempat. Botol minyak ni diorang jual kat tepi2 jalan je. Sewa scooter sehari kat sini Rp50k atau Rm16. Terlajak murah kan sebab tu lah aku tak guna supir. Jimat gilos duit aku.

Dapat je motor aku dah standby type destination dalam Waze which is UBUD WATER PALACE, bersebelahan Cafe Lotus kat Jl Raya Ubud. Entrance ke Ubud Water Palace ni agak confusing sebab belah kanan ade Starbucks & belah kiri Cafe Lotus. Water Palace ni kat tengah2. Bile melepasi entrance je korang akan nampak lotus pond yang cantik. Sebelum nak masuk palace ni kene park motor dulu & kene bayar Rp.2k. Nanti akan ada brader yang mintak duit & ko bayar je lah.




Tempat ni ada yang panggil Pura Saraswati Ubud, ada yang panggil Ubud Water Palace. Waktu malam hari Selasa & Khamis katanya ada tarian kecak kat depan lotus pond ni dalam Rp.100k sorang. Aku memang tak tengok la kecak dance ni, baik kat Ubud ataupun kat Uluwatu. Pada pendapat aku kita sebagai orang Islam sekadar nak melihat seni & appreciate hasil kerja tangan orang Bali ni boleh je cuma tak perlu lah sampai nak menonton & terhibur dengan tarian2 yang berunsur Hinduism ni. Mengikut apa yang aku google kecak dance ni berunsurkan kisah Ramayana. Sesiapa yang tak tau tentang kisah Ramayana ni, Rama is believed to be the incarnation of the god Vishnu, the hero of the Ramayana is one of the most popular deities worshipped in the Hindu religion. Penganut Hindu menyembah "tuhan" Rama ni & kita pulak menyaksikan kisahnya dalam bentuk tarian adalah tidak sesuai. Aku terpanggil untuk komen tentang perkara ni lepas baca banyak post from bloggers yang rasa terhibur dengan tarian ni. Pada pendapat aku lebih baik dielakkan.

Kiteorang tak spend masa yang lama pun kat sini, cukup sekadar berselfie & melihat keindahan lotus pond. Misi seterusnya nak cuba kopi luwak pulak. Mula2 plan nak pegi Bali Pulina tapi cancel sebab ada tempat lain yang lagi dekat. Tempat ni aku dapat tau dari Instagram. Aku tertarik dengan gambar2 yang awek Indon ni post dalam IG. Nama tempat ni ALAS ARUM LUWAK COFFEE. Kalau type dalam Waze memang tak jumpa mungkin sebab tempat ni tak famous, so apa yang aku buat is type je Jl Tegallalang. Bila dah sampai area Tegallalang (sebelum Ceking rice terrace) bawa motor slow2 sikit, nanti korang akan nampak signboard gambar luwak belah kanan. Signboard tu besar insyaallah tak terlepas pandang punya. Kalau terlepas jugak then korang boleh la jalan terus ke Bali Pulina. Sebab Bali Pulina ada dalam Waze.




Bila sampai di Alas Arum Luwak Coffee kiteorang rasa excited sebab tempat ni macam masuk hutan pun ada. Maklumlah dah lama tak masuk hutan. Haha. Staf kat sini pun friendly semuanya. Mula2 die akan tunjukkan tempat luwak tu dikurung. Pastu bagaimana kopi luwak diproses. Patutlah kopi luwak ni mahal sebab preparation mengambil masa yang lama. Nak kene cuci najis sampai bersih, nak kene jemur lagi. Baru aku tau yang luwak ni tak akan kunyah biji kopi, die akan telan satu2. Dan bila najisnya dikumpul, biji2 kopi tu still intact, tak hancur. Harga kopi luwak kat sini Rp.50k seorang. Rasa kopi luwak pada aku lebih kurang macam kopi biasa je. Ke lidah aku yang tak berfungsi?? Haha entah ler. Tapi bau serbuk kopi luwak ni memang best. Selain dari secawan kopi luwak korang akan dapat 14 cawan kopi & teh free. Ade kopi ginseng, kopi coklat, kopi vanilla, macam2. Aku tak minum banyak pun sebab takut nanti nak terkencing plak sebab lepas ni banyak lagi tempat nak dituju. Kalau nak tengok macam mana suasana kat Ubud ni boleh la follow IG aku @madame_treschic. Banyak video yang aku upload kat situ.





Kopi luwak dah setel perjalanan diteruskan ke PURA TIRTA EMPUL di Jl Tirta,Tampaksiring. Type Pura Tirta Empul dalam WAZE & follow je direction. Jarak lebih kurang 8km~20 minit. Pura ni dibina pada tahun 962 A.D pada kurun ke-10. Lama tu. Dinamakan Tirta Empul yang bermaksud "Holy Spring" sebab dibina di kawasan mata air. Nak masuk kawasan ni kene pakai kain sarung baik lelaki/perempuan. Entrance fee Rp.15k seorang. Ramai penganut2 Hindu yang datang untuk mandi atau bersuci kat mata air ni. Aku tengok mat salleh bukan main beriya mandi kat sini. Kiteorang tak lama pun sekadar melihat kawasan. Yang aku suka ialah ukiran senibina & kolam ikan die memang cantik. Ikan besar2 plak tu.







Part yang tak berapa best tu bila nak keluar die akan paksa lalu deretan gerai2 souvenir yang agak panjang, yang mana tetiba aku kene tarik oleh penjual ke dalam gerai. Hangin jugak la iolls baru nak feeling2 baju saloma ni sekali kene tarik daa. Laki aku plak tarik tangan aku yang sebelah lagi. Waduh2 sinetron apakah ini?? Haha nasib baik baju tak koyak. Memang la kesian dengan diorang ni nak cari rezeki tapi agak2 la kalau ye pun nak menjual. Walaupun dah berkali2 cakap "takpe2 terima kasih" tapi tak paham bahasa jugak. Akhirnya lepas berapa minit berjaya jugak la kiteorang "keluar" & aku terus lari ke motor. Legaaaa.

Next pit stop is DESA ADAT PENGLIPURAN BANGLI. Jarak dari Pura Tirta Empul ke Desa Penglipuran ni dalam 16km~26minit. Tempat ni kira macam kampung tradisional Bali. Rumah semua seragam & tersusun cantik. Rasa tenang je kat sini. Atap2 rumah kat sini dari bambu & penduduk kampung masih lagi mengenakan pakaian tradisional. Pintu masuk rumah semuanya sama saiz & dipanggil angkul-angkul. Lebih kurang 40% kawasan kampung ni dikelilingi dengan hutan bambu. Tempat ni aku rasa memang cantik la untuk dilawati walaupun agak jauh. Bayaran masuk Rp.15k seorang & parking motor Rp.5k.




Dari Bangli kiteorang gerak balik untuk lunch. Kebas jugak bontot & kaki naik motor lama2. Total distance dah merempit hari ni lebih kurang 58km. Hebattt. Lega rasa bila dah sampai kedai makan Padang kat Jl Raya Ubud. Nasi & lauk campur + teh o ais total untuk 2 orang Rp.64k. Lepas lunch kiteorang gerak balik ke hotel untuk solat & rehat. Belah petang kiteorang mulakan aktiviti cafe hopping yang seterusnya>> KEBUN BISTRO. Kafe ni terletak kat Jl Hanoman No.44. Kafe ni tak halal of course so cukuplah sekadar berkopi2 sambil tengok pemandangan & deko berkonsep provencial French style bistro. Dah la background music lagu Perancis, ade pulak lampu chandelier & lilin sana sini. Wow sangat romantica d amor! Hehe. Kafe ni pun eco friendly, banyak guna barangan recycle. Mesin2 jahit Singer yang dibuat meja & ditambah marble top ni pun dah berusia lebih 50 tahun. Kiteorang order 2 latte total Rp.57k. Memang berbaloi & tak puas rasanya lepak kat sini!


   


Hari dah makin gelap kiteorang decide untuk tinggalkan motor depan kafe & jalan2 di sekitar Jl Dewi Sita & Jl Monkey Forest. Banyak jugak kafe2 menarik kat sini. Tapi cukup setakat tengok2 dari luar je la. Area ni banyak kedai2 baju, lukisan & perhiasan. Mula2 ingat nak beli 1 lukisan tapi yang kiteorang minat semuanya di luar bajet. Haha susah jugak bila high taste ni. Dari Jl Monkey Forest kiteorang patah balik ke motor & gerak ke Jl Raya Ubud lagi sekali untuk dinner di Warung Igelanca. Warung ni sederet dengan kedai makan Padang siang tadi. Aku order nasi goreng udang & air untuk 2 orang total Rp.72k. Lepas makan tu terus balik ke hotel sebab penat. Itu je lah aktiviti hari kedua di Ubud. Can't wait for tomorrow!

Antara kafe2 yang ada di Jl Dewi Sita, Ubud