Friday, August 7, 2015

OSAKA TRIP-DAY 5 (KANI DORAKU SNOW CRAB, KANSAI AIRPORT, TRAVEL SUMMARY)

19 OCT 2014-Sunday

Today is our last day in Osaka. How time flies when you're on vacation right??
Cewaahh ok tak opening entry aku hari ni cakap omputeh sikit..hehehh..Hari ni sebelum kiteorang gerak ke Kansai Airport, kiteorang singgah makan jap di Kani Doraku, Dotonbori. Kira last kopek la ni sebelum balik ke Malaysia tanah tumpah darah ku. Curious nak rasa snow crab kat sini macam mana. Ade orang cakap restoran ni overrated lah, over price lah..So kiteorang pun try la order set berharga ¥3,500/pax. Kalo diconvert ke RM memang mahal ler..

Pengalaman makan kat restoran ni sangat mengujakan, macam biasa pekerja sume sangat berhemah & waitress die senyum je hidangkan makanan satu2. Sebenarnya bukan susah mana pun nak senyum kat pelanggan. Hendak seribu daya btol tak??? Hmm kalau lah orang Malaysia mengamalkan budaya menghormati pelanggan camni kan best! Kat restoran ni menu die sume crab, jangan ko pegi mintak ikan plak kat sini. Antara yang paling aku suka dalam set ni ialah crab soup die..Terbaikkk. Dapat jugak merasa bagaimana diorang serve tea mengikut adat istiadat orang Jepun.

Sambil makan sambil tengok pemandangan di luar jendela;)


 

Lepas dah ngap snow crab & perut pun dah kenyang, kiteorang pun naik train menuju ke Kansai Airport. Satu lagi pengalaman indah di Jepun ni bila tengok train conductor diorang bekerja. Penuh dengan dedikasi & fokus dalam keje. Masuk train bow, lepas tu nak keluar train pun bow. Kite yang tengok pun rasa sangat dihormati. Pakai uniform dengan sangat kemas, berdiri tegak je dalam train..Takdenye nak menguap macam ular sawa ke or main FB masa tengah keje k. Aku memang seronok tengok train conductor kat Jepun ni bekerja. Memang sangat efisien!Itu lah antara pengalaman manis yang aku akan ingat sampai mati everytime aku melawat negara Jepun ni.
 
Goodbye Osaka..Till we meet again!
 
 
 
TRAVEL SUMMARY OSAKA (5DAYS/4 NIGHTS)
 
Oh lupa aku nk cite pasal pocket wifi. Kalo korang kaki internet, aku rekomen korang sewa pocket wifi ni so bila kat Osaka nanti senang je korang nak update FB/IG ke ape. Sebab kat sana wifi limited bukan sume tempat ade. Aku collect pocket wifi aku kat Mid Valley, info pasal packages bole refer kat http://visondata.com.my/. Untuk sewa pocket wifi ni kene letak security deposit, bila pulangkan in good condition korang akan dapat balik deposit tu .Ade a few companies yang tawarkan pakej2 yang berlainan. Korang bole jugak refer kat http://global-mobile.com.my/. Sebenarnya tak perlu spend sampai RM5,555 untuk ke Osaka, souvenirs tu boleh dikurangkan. So dalam RM4k lebih dah boleh have a good time di Osaka. Terpulang pada bajet masing2, macam kiteorang terlebih spend on souvenirs di Kyoto sebenarnya. Ish ish ish...Kene kawal nafsu shopping for next trip!!..hehehhh..
Ok lah, thanks for reading guys semoga info2 ni dapat bantu korang untuk merancang percutian ke Osaka nanti;) 

Thursday, August 6, 2015

OSAKA TRIP-DAY 4 (UMEDA SKY BUILDING, OSAKA CASTLE, HEP 5 FERRIS WHEEL, SHINSEKAI)

18 OCT 2014-Saturday

Hari ni kiteorang plan nak beli Osaka Amazing Pass (1 day pass ¥2,300) di JR Osaka Station & pusing2 sekitar Osaka. Ade banyak tempat jual Osaka Amazing Pass ni, untuk maklumat lanjut bole rujuk https://www.osaka-info.jp/osp/en/buy/buy.html Osaka Amazing Pass ni ade 2 jenis, 1 DAY PASS & 2 DAY PASS. Kiteorang tak beli 2 day pass sebab besok dah nak balik dah. Lagipun kiteorang tak berapa minat nak pegi sume muzium2 yang ada dalam pakej ni, tengok sikit2 sudah. Dulu masa kat Tokyo dah pegi muzium dah, so suasana lebih kurang sama je. Kiteorang prefer tengok pemandangan so out of 28 attractions, kiteorang pegi 3 tempat je. Nak ikutkan tak berapa nak untung sangat kalo amik pas ni setakat pegi 3 tempat je, tapi disebabkan hari ni aku macam penat sikit, so aku nak take it easy je lah..malas nak rushing2..

 
Ok lepas dah beli pas kat JR Osaka Station, kiteorang pun mula lah cari UMEDA SKY BUILDING ni. Haa yang ni memang azab btol nak cari. Tanya orang sana sini, sumenye tak faham English. Selagi kita buat muka tak faham selagi tu lah diorang cuba untuk explain in Japanese..Adoiii bersungguh2 btol orang Jepun ni, sampai aku terpaksa buat2 faham. Well terima kasih lah rakyat Jepun yang sangat prihatin, takpe aku cari sendiri je. In the end lepas dah tawaf area JR Osaka Station tu 5 kali last2 dapat gak jumpa bangunan ni. Rupa2nya kiteorang tak perasan kat mana pedestrian underground passage ni. Tempat macam tersorok sikit & memang takde signboard so kene pandai2 la cari ye.
 
Directions to Umeda Sky Building from JR Osaka Stn
 


 
 
 
 
Akhirnya dah sampai kat Umeda Sky Building..legaaa...Tinggi bangunan ni 173m & jenis open rooftop so dapat lah tengok pemandangan 360 bandar Osaka. Sangat menenangkan sebab jenis open air kan. Kalo ade rooftop café kt atas ni lagi menarik kot, bole lepak2 minum kopi ke ape sambil tengok pemandangan..Hmm tapi takde so telan air liur je lah ye. Pemandangan bandar Osaka ni taklah sehebat skyscrapers di Hong Kong or New York tapi still cantik la pada aku. Lepas puas amik gambar tu kiteorang patah balik ke JR Osaka Station. Misi seterusnya ialah makan tengahari!
 
 
Prawn biryani at Dotonbori
 
Tetiba tekak nak makan Indian food plak hari ni. Dah 3 hari tala sushi, so nak ler makan yang pedas2 sikit. Indian restaurant ni kiteorang tak buat research pun, kebetulan ternampak kat Dotonbori btol2 sederet dengan ketam giant Kani Doraku tu. Sorry tak ingat nama restoran ni, kalo korang tau bole la update kat aku k. Kiteorang order prawn biryani sebab tu je yang halal. Alhamdulillah lega dapat makan biryani. Lepas dah setel lunch kiteorang pun meneruskan misi seterusnya..Osaka Castle Museum!
 
 

 
 
Kat sini lah kiteorang berhenti jap untuk solat


 
Sebelum masuk dalam Osaka Castle Museum ni, laki aku dapat peluang amik gambar dengan group samurai. Punye lah ramai orang berebut nak amik gambar. Time aku nak amik gambar, diorang dah blah plak..cehhh..takde rezeki. Takpe lah, semalam aku dah dapat amik gambar dengan geisha kat Kyoto, so ok la tu kan.  Masa ni matahari terik gila so kiteorang cepat2 masuk dalam kawasan Osaka Castle Museum. Kiteorang nampak tembok around muzium ni macam redup je so naik la sekejap untuk rehat & solat. Mesti ade tourist yang tengok2 aku semacam je kan bila pakai telekung diri atas tembok ni..nasib baik siang, kalo malam??Confem diorang ingat hantu!hehehh..
 
Lepas dah solat & rehat, kiteorang beratur untuk masuk dalam castle plak. Line orang beratur punye lah panjang, masyaallah panas pulak tu..hmmm..menguji kesabaran btol. Pada aku dalam museum ni biasa2 je la, takde ape yang menarik sangat pun. Lepas dah setel round2 dalam muzium, kiteorang pun cari lah stall nak beli makanan. Nasib baik ada orang jual sotong bakar. Syukurrrrr...Jom layan sotong bakar jap!
 

Inside Osaka Castle Museum

 
Yummy!!!
 
Terliur plak aku tengok balik gambar sotong ni..hehehh..Kat sini tu je lah yang boleh dimakan, yang lain sume tak halal. Lepas keluar dari kawasan Osaka Castle Museum tu, kiteorang bergerak ke Tanimachi 4-chome Station. Singgah jap kat convenient store beli ice cream & snack sambil study map. Dari Tanimachi 4-chome kiteorang tukar train di Hommachi Station ke Umeda plak. Dah sampai Umeda lepak jap kat Osaka Station City. Saje nak tengok apa yang ada kat shopping mall ni. Last2 kiteorang minum kat Starbucks je kat Lucua mall. Lega dapat rehatkan kaki jap.
 
Masa ni kiteorang tak amik gambar sangat. Maklumlah dah penat. Misi seterusnya nak cari HEP FIVE Ferris Wheel plak. Ni pun satu hal nak cari. Bandar Osaka ni sangat sesak, especially kat area Umeda ni sebab ade main station, banyak department stores & pusat hiburan. Bayangkan pusat hiburan pun sampai 6 tingkat. Bowling, karaoke, snooker, darts, segala bapak hiburan sume bukak 24jam k!Memang korang bole enjoy ler sampai lepas subuh kat sini! Tapi kiteorang tak masuk pun. Gambar pusat hiburan ni kiteorang amik masa kat dalam ferris wheel. Sesat jugak kiteorang nak mencari ferris wheel ni, rupe2nya ferris wheel ni dalam shopping mall,dekat bahagian atas..Aiyoo patotlah pusing2 tak jumpa. Sabo je lah! Kat dalam ferris wheel ni gelap so gambar sume tak berkualiti. Kat bawah ni aku tepek 1 gambar je untuk tunjukkan suasana atas HEP FIVE ferris wheel ni.
 
 
View of Osaka from ferris wheel
 
Sebelum balik semula ke hotel untuk packing barang sume kiteorang singgah di Shinsekai jap untuk dinner terakhir di Osaka. Orang cakap Shinsekai ni ade retro feel, kira macam bandar lama la so something different dari apa yang kiteorang selalu tengok. Lagipun Shinsekai ni terkenal dengan kushikatsu. Kushikatsu ni jenis makanan bergoreng yang dicucuk dengan lidi, aku tengok kat internet memang nampak menyelerakan. Tapi bila kiteorang sampai kat sini susah plak nak cari yang takde babi..Sume babi je kiri kanan. Kalo bagi non-muslim, tempat ni consider food haven la, memang banyak gila kedai makan. Last2 kiteorang makan kat satu kedai ni, ntah ape nama sorry aku tak amik gambar sebab dah penat. Kiteorang order udang & sotong masak atas hot plate. Aku pun tak tau ape nama dish tu, main bedal je sebab dah lapar.
 

 


 
 
Memang cantik suasana malam kat sini, sangat retro..Penuh dengan lampu & signboard restoran. Macam2 bau makanan ada, bau babi pun banyak agaknya kat sini..hahaa..Maybe korang bole la buat research lagi untuk cari restoran kushikatsu yang takde babi kat area Shinsekai ni. Aku dah tak kuasa nak mencari sebab kaki dah sakit gila oiii..tak sabar nak balik hotel rendam kaki dalam air panas. Lepas dinner di Shinsekai kiteorang pun naik train balik ke hotel di Nakatsu. So ni lah sedikit sebanyak pengalaman kiteorang di Osaka pada hari yang keempat. Bsok aku sambung lagi k!


Tuesday, August 4, 2015

OSAKA TRIP DAY 3- CYCLING IN KYOTO (KIYOMIZU-DERA, NINEN-ZAKA,SANNEN-ZAKA, YASAKA SHRINE)

17 OCT 2014-Friday

Pada aku kalo pegi Osaka ni tak lengkap la kalo tak singgah ke Kyoto kerana Kyoto ni merupakan cultural & historical heart of the country. Lagipun masa perjalanan dari Osaka ke Kyoto tak begitu lama, hanya makan masa selama lebih kurang 40 minit sahaja menaiki train & menelan belanja sebanyak ¥740 seorang dari Nakatsu. Korang boleh refer travel planner kat bawah ni atau pegi je kat website http://www.hyperdia.com/en/

 
Travel planner from Hyperdia
 
Kiteorang bergerak menaiki subway dari Nakatsu ke Shin-Osaka station, kemudian tukar ke JR line pula ke Kyoto Station. Sampai sahaja di Kyoto station, kiteorang jalan kaki ke Kyoto Cycling Tour Project (KCTP) untuk menyewa basikal untuk pergi ke Higashiyama.

DIRECTIONS TO KYOTO CYCLING TOUR PROJECT (KCTP)


  • From Kyoto Station walk to KCTP
  • Go out the north central exit (towards Kyoto Tower)
  • Turn LEFT
  • Walk towards the Post Office & pass BIG CAMERA (on your left) with the JR tracks above you & on your left
  • The APA Hotel is on your right
  • Cross the street & KCTP will be in front of you

KCTP charges: ¥1,000/day for standard bike, ¥1,300/day for high class bike
Return bicycle BEFORE 7PM else there will be extra charges of ¥400!
Opening hrs:9am-7pm



 


Yayyy I got my bike & I got my map!
 
Ni lah tempat kiteorang sewa basikal. Amik yang standard bike je, jimat sikit duit..hehehh..Diorang ade bagi map skali so senang lah nak meronda area Kyoto ni. Cuma dari kawasan bandar ni nak ke area Higashiyama tu agak mencabar sikit sebab kene melintas jalan yang banyak kete, pastu nak kene tengok map lagi. Dah lama tak naik basikal ni, dalam 15 tahun ade kot..Boleh ke jumpa Higashiyama ni dengan hanya berpandukan map??Boleh ke ni??Boleh ke ni??
 
Map we got from KCTP
 
And the journey begins! Off to Higashiyama!
 
Mesti lah boleh! Tengok kaki laaa...hehehhhh..Lepas a few traffic lights, kiteorang cycle terus sampai seberang Sungai Takasegawa. Lepas sungai tu, keadaan jalan ke arah Gojo-zaka membukit sikit so kat sini memang menguji tahap stamina kiteorang. Ade la jugak sesat2 sikit sebelum nak sampai ke Gojo-zaka tu so kiteorang berhenti jap beli air kat vending machine, tengok map balik & sambung perjalanan. Sape yang tak berapa nak fit tu, cuba2 lah exercise and fit kan badan dulu sebelum mencuba aksi2 seperti ini ye. Tak pun korang boleh naik bas je ke sana. 
 
Mula2 kiteorang ingat boleh naik basikal sampai ke Kiyomizu-zaka, tapi rupa2nya ada jalan yang basikal tak boleh lalu, so kiteorang terpaksa park basikal di tempat basikal yang disediakan khas di Kiyomizu Tourist Car Park (refer map above). Dari situ kiteorang kene menapak naik bukit ke Kiyomizu-zaka (清水坂), Sannen-zaka (三年坂) & Ninen-zaka (二年坂). Aku baca kat internet kawasan ni dapat good review so sebab tu aku excited nak check it out. Walaupun agak penat naik tangga turun tangga, tapi aku rasa sangat2 berbaloi bila dah sampai sini. Satu accomplishment yang sangat membanggakan sebab berjaya sampai tanpa bantuan tour guide ke ape. Alhamdulillah..
 
 
Rombongan budak2 sekolah
 

 
 
 
 
 


 
 
 
 
Memang cantik pemandangan kat sini. Aku rasa seolah-olah macam masuk dalam time machine back to zaman Jepun dulu2. Btol lah orang cakap Higashiyama ni one of the city's best preserved historic districts. Pengalaman dapat jumpa geisha tu antara yang paling aku tak boleh lupakan. Nasib baik dapat amik shot tu walaupun masa tu ramai yang berebut2 nak amik gambar diorang. Banyak lagi sebenarnya gambar2 yang aku amik kat Higashiyama ni tapi upload sikit2 cukuplah. Pengalamann solat jama' kat Higashiyama ni pun best jugak, puas kiteorang jalan2 cari port yang tak ramai orang, last2 jumpe jugak kawasan berumput ni, so solat je lah kat situ. Lepas dah selesai solat & beli souvenir, kiteorang beli matcha ice cream. Tu je lah buat alas perut sebab plan nak makan kat train station je nanti.
 
Matcha ice cream..Yummy!
 
Lepas dah rehat makan ice cream, kiteorang patah balik untuk amik basikal kat tempat parking. From there kiteorang cycle ke arah Gion pulak. Tengok ape yang menarik kat Gion ni. Masa ni main road dah mula sesak, mungkin sume dah balik keje kot. Agak mencabar la nak berbasikal time2 peak hours ni. Bila kiteorang lalu jalan dalam barulah rasa tenang sikit. Ikutkan hati nak explore lagi banyak tempat kat Kyoto ni, tapi kiteorang tak cukup masa, perut pun dah lapar & kaki pun dah lenguh, so kiteorang cut it short je. Rasanya kalo tido semalam kat Kyoto ni pun menarik jugak. Tapi takpe lah maybe next time kalo ade rezeki. Lepas dah setel round2 Gion & amik gambar, kiteorang head back to KCTP untuk pulangkan basikal. Tapi sebelum tu jom layan gambar2 di sekitar Gion!
 
 




 
Banyak btol temple kat Gion ni. Kawasan kat sini sangat bersih & sunyi. Alhamdulillah misi hari ni dah tercapai. Tak sangka dapat jugak melawat tempat2 yang kiteorang dah plan ni. Walaupun penat, we had a great time in Kyoto. Kalo korang merancang untuk ke Osaka, jangan lupa singgah ke Kyoto k. Lepas pulangkan basikal kiteorang jalan balik ke Kyoto Station. Hari pun dah nak gelap, makan pun tak lagi ni. Calories dah banyak bakar..huhuuu...Nasib baik kat Kyoto station ni kiteorang ternampak kedai jual takoyaki, so apelagi makan takoyaki je lah. Janji kenyang. Lagipun takoyaki kat sini besar2 memang puas hati!
 

 
 
Syukur dinner dah setel. Sedap pulak tu..heheeee..Masa kiteorang makan takoyaki ni, ramai btol orang2 yang baru habis keje beratur untuk tapao. Patotlah orang Jepun ni kurus2. Diorang ni banyak berjalan tapi tak banyak makan macam orang Malaysia. Istilah "kuidaore" ("eat until you drop") ni patotnya sesuai untuk orang Malaysia bukan orang Osaka..hahaaaa..Kat Malaysia mencekik banyak pastu nak jalan nauzubillah punya lah pemalas..ooopsss jangan marah ye..Ok lah, itu je coretan untuk hari ketiga aku di negara Jepun ni. Besok nak pusing2 Osaka pulak..goodnite!:)