Thursday, October 19, 2017

PERCUTIAN KE PERTH WA 2017 - DAY 5 (Pinnacles Desert, Lancelin Dunes, Cinema Paradiso)

9 Sept 2017 - Sabtu

Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk hari ke-5 di Perth. Zaman sekarang ni masa berlalu cepat gila kan. Nak nak kalau pegi vacation. Lagi lah. Kumpul duit punyelah lama, habis duit sekelip mata je. Huhu. Sebab tu everytime aku melancong kalau boleh aku cuba untuk stay lebih dari 5 hari. Baru puas hati. Itupun tengok bajet la kan. Takde bajet dok rumah je diam2.

Ok hari ni kiteorang akan ke Pinnacles Desert & Lancelin Dunes. Aku sewa kereta selama 2 hari je. Sebelum bertolak kene lah amik kereta sewa dulu di Aries Car Rental. Lebih kurang 1.2km dari Pensione Hotel. Kiteorang decide untuk jalan kaki je. Boleh bakar lemak sikit. Hehe. Sampai di Aries Car Rental staf pesan supaya hati2 & jangan tinggalkan beg atau barang2 berharga dalam kereta walaupun sekejap terutama di kawasan King's Park & area Blue Boat House sebab dah banyak berlaku kes kecurian kat situ. Lepas dah setel sesi penerangan & check keadaan kereta kiteorang pun mulakan perjalanan. Let 's go bebeh!


Pensione Hotel - Aries Car Rental

PINNACLES DESERT

Ini kali kedua road trip aku di Australia. Road trip yang pertama rasanya 5 tahun lepas di Great Ocean Road (GOR), Melbourne. So kali kedua ni tak berapa jakun sangat. You already know what to expect. Lagipun steering belah kanan. Jalan kat Perth ni pun takde lah complicated macam kat Melbourne dulu. Paling takleh lupa dia punya hook turn. Perghh. Sape yang pernah drive kat Melbourne mesti tau.

Jarak dari Aries ke Pinnacles lebih kurang 230km & mengambil masa selama 2.5jam via Indian Ocean Dr. Taip je "Pinnacles Dr" kat WAZE. Insyaallah sampai. Aku nasihatkan korang yang nak buat road trip ni bertolak awal pagi, preferably sebelum pukul 8 pagi supaya tak rushing & waktu nak balik tu takde la gelap sangat (boleh refer itinerary kat bawah). Memang tak digalakkan drive waktu malam kat Australia ni. Apa tak nya, dalam perjalanan nak ke Pinnacles, aku nampak lebih kurang 5 ekor bangkai kangaroo kat kiri kanan jalan. Kesian kangaroo2 tu. Selain daripada kangaroo, emu & landak pun banyak melintas kat sini. So becareful guys!

Aries Car Rental - Pinnacles Desert

Kalau berminat nak pegi Pinnacles & Lancelin korang boleh refer itinerary ni okies:-
  • 7.30 am - Drive to Pinnacles @ Nambung National Park, Pinnacles Dr
  • 10.00 am - Arrive at Pinnacles
  • 11.15 am - Drive to Lobster Shack @ 11 Madrid St, Cervantes
  • 11.45 am - Arrive at Lobster Shack (Lunch) 
  • 1.00 pm - Drive to Sand Dunes @ Lancelin Township, 102 Gingin Rd, Lancelin
  • 2.00 pm - Arrive at Lancelin
  • 3.00 pm - Drive to Perth CBD
  • 5.30 pm - Arrive at Perth CBD
Bayaran masuk ke Pinnacles ni $13 per vehicle. Pada aku agak mahal la. Lepas je dari entrance ada tempat letak kereta & Pinnacles Desert Discovery Centre. Tapi aku tak masuk pun discovery centre ni. Macam malas plak. Haha. Tak tau lah kenapa malas, mungkin sebab aku pernah tengok fairy chimneys & rock formations yang lagi cantik kat Cappadocia dulu kot. So batu2 kenit kat sini macam tak berapa impressive sangat pada aku. Nak tengok Pinnacles ni ada 2 cara. Berjalan boleh naik kereta pun boleh, ikut Pinnacles Loop sepanjang 4km. Kiteorang ni jenis tak kuasa nak jalan time2 matahari tengah terik so naik kereta je lah. 






Bila dah jumpa lokasi yang agak menarik untuk bergambar kiteorang park je kereta berdekatan dengan kawasan tu. Honestly aku tak lama pun kat Pinnacles ni. Dalam gambar memang tak dinafikan nampak amazing. Itulah first impression aku lepas tengok gambar2 dalam IG. Tapi lepas dah sampai sini, hmmmm. Pada aku biasa je. Indah khabar dari rupa. Tanah dia mendatar je & bukan semua tempat penuh dengan batu. So pandai2la korang cari port terbaik untuk bergambar. You can get some pretty cool pics here. But that's about it. Macam tak berapa berbaloi dengan bayaran $13. Itu pendapat aku lah. Lain orang lain taste kan.

LANCELIN DUNES

Ok nak cerita sikit pasal Lancelin ni. Kalau korang perasan dalam itinerary asal sepatutnya kiteorang lunch kat Lobster Shack, Cervantes. Tapi apa boleh buat. aku tertido plak dalam kereta. So bila co pilot tertido pilot pun terbabas dengan konfiden nya ke arah Lancelin. Huhu. Dah nak sampai Lancelin baru pilot tanya jalan. Hmm. Melepas lah nak rasa lobster. Kiteorang terpaksa teruskan perjalanan ke dunes je sebab nak patah balik ke Lobster Shack agak jauh. Bila perut lapar ni nak lepak dunes lama2 pun terbayang lobster je bila tengok pasir tu. Haha. Hangin pun ada. Kat dunes ni selain aktiviti sandboarding, boleh jugak sewa quad bike. Harga tu aku tak pasti berapa. Confem mahal kot. Sandboarding murah sikit berbanding quad bike tapi aku tak berapa minat. Ada jugak mat salleh yang datang sini bawak motor. Bawak macam pelesit. Agak bahaya sebab ada potensi boleh kene langgar dengan diorang ni sebab kawasan ni berbukit2. Dinasihatkan kalau nak selamat jangan pakai baju & seluar putih. 




Sap sup amik gambar kiteorang terus ciao. Cukup2 lah tu berposing tengah panas. Tak sabar nak balik CBD makan. Aku dah la daripada pagi tadi makan potato salad & chips je dalam kereta. Nasib baik masuk dunes ni free takyah bayar. Yeayy. Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik takde binatang yang terkorban kene langgar. Sempat jugak berhenti kereta kejap sebab nampak emu & anak2 dia. Maklumlah jarang nampak emu. Lebih kurang pukul 4 petang kiteorang sampai di Pensione Hotel. Laki aku park kereta kat Aries sebab kat sini parking free. Cuma yang leceh tu kene naik bas lah untuk ke hotel. Nak jalan kaki pun boleh kalau rajin.

LOVE & CARE CAFE @ PIER ST

Aktiviti seterusnya of course lah MAKAN. Kiteorang order nasi beriyani dengan ayam & daging. Total untuk 2 orang $24. Lepas setel makan baru rasa lega. Sambil makan tu terpikir gak apa benda lagi aktiviti yang boleh dibuat kat Perth ni. Maklumlah jam dah nak masuk pukul 5 petang, macam nak hujan pun ada. Shopping mall pun dah tido. Pikir punya pikir last2 kiteorang plan untuk jalan2 kat Elizabeth Quay & South Perth Foreshore je lah. Seronok gak petang2 lepak area ni. Sebelum ke Elizabeth Quay sempat amik gambar sekitar St George Cathedral & Ascalon artwork.



Total $24
St George Cathedral

Ascalon artwork

SOUTH PERTH FORESHORE

Nak ke South Perth Foreshore ni senang je. Naik ferry kat Elizabeth Quay Jetty. Beli tiket kat mesin $2.20 sorang. Perjalanan lebih kurang 13 minit. Ferry akan berhenti kat Mends St Jetty. Dari sini boleh nampak pemandangan bandar Perth dari jauh. Cantik. Ada kerusi untuk melepak sambil tengok pemandangan. Taman ada playground pun ada. Ramai yang bawak anak2 main kat playground. Perth Zoo pun ada kat sini tapi aku tak masuk pun. Enough of zoo la. Masa ni langit dah mendung, hujan sekejap turun sekejap berhenti. Lepas tu hujan balik. So kiteorang nak lepak lama2 pun tak boleh. Yang menarik kat sini is the park & the view from the jetty. Kedai makan tak banyak choice & malam2 mati la area ni. Misi seterusnya balik hotel & rehat. On the way balik hotel tu tiba2 muncul rainbow besar kat Elizabeth Quay. Free dari yang Maha Esa. Alhamdulillah. 


Rainbow in Perth

CINEMA PARADISO @ 164 JAMES ST, NORTHBRIDGE

Aktiviti malam ni tengok wayang kat Cinema Paradiso, Northbridge. Haa memang bunyi agak pelik kan tengok wayang. Apa lagi nak buat labu. Sebelum tengok wayang tu sempat singgah Prestige Kebab House @ 77 James St. Makan lagi. Hehe. Maklumlah musim hujan, sejuk plak tu. Perut asyik lapar je. Kebab & pizza total $15. Pizza rasa biasa je. Kebab beef steak tu terbaik. Puas hati makan. Daging juicy & banyak, kira berbaloi lah dengan harga. Lepas makan kiteorang terus masuk wayang. Tengok movie "Maudie". Total 2 orang $38. Memang mahal tapi layankan je lah.

Prestige Kebab House @ 77 James St



Cinema Paradiso

Cinema Paradiso ni jenis ol school la. Bukan macam wayang GSC or TGV yang selalu aku pegi. Kaunter tiket pun sempoi je. Beli tiket kat cashier jual air. Yang ramai kat sini muka pakcik2 tua & makcik2 je. Kiteorang yang paling muda kot. Haha. Yang muda mudi kebanyakkannya pegi clubbing hari ni. Maklumlah hujung minggu. Dalam wayang ni free seating, duduk lah kat mana2 pun. Air & makanan luar pun boleh bawak masuk sebab takde sape check tiket. Habis movie kiteorang terus balik ke hotel. Malas nak bersadai lama2 kat area Northbridge ni sebab malam2 ramai yang mabuk. Lagipun esok kene bangun awal. Last day road trip. So goodnight!

Area Northbridge waktu malam

Tuesday, October 3, 2017

PERCUTIAN KE PERTH WA 2017 - DAY 4 (Toastface Grillah, Fremantle, Gondolas On The Swan, Insan Cafe)

8 Sept 2017 - Jumaat

Mesti korang tertunggu2 day 4 kan? Ada yang tak sabar nampaknya. Hehe.
Ok hari ni sebelum gerak ke Fremantle, kiteorang brekkie kat tempat yang agak popular dikalangan locals. Pelancong jarang lepak sini. Setiap kali travel mana2, aku memang suka tempat2 makan yang locals selalu pegi. Baru la feel kan. Aku dapat tau pasal tempat ni pun dari Instagram. Untuk makluman kafe ni ada hidangan ham, so sesiapa yang rasa was2 tu korang boleh lah skip tempat ni k. Toastface Grillah ni buka seawal 7 pagi. Ada hari pukul 9 pagi. Terletak di Grand Lane, di hujung simpang Wellington St & Barrack St. Menu utama toast & coffee.

Kiteorang order 3 Cheese $7, Chilli Cheese $7 (biasalah aku kan suka pedas) & 2 cawan kopi $7. Total $21. Kalau dikali dengan 3.4 dah berapa RM kan? Haha takyah la convert buat sakit otak je. 3 Cheese tu ada campuran cheddar, gruyere & emmental. Ha apa kejadah gruyere & emmental tu? Tu kira Swiss cheese lah saudara saudari sekalian. Chilli cheese plak ada campuran cheddar, chilli & smoked paprika. Rasa sedap gak la. Roti dia rangup. Cuma dalam otak aku mengharap cheese tu lebih rasa lemak berkrim. Tapi ni rasa light2 jerr.

TOASTFACE GRILLAH @ GRAND LANE


Breakfast total $21
Sambil lepak makan roti, aku peratikan ramai kat sini lelaki. Kebanyakkannya pekerja2 yang baru nak masuk ofis. Tempat duduk tak banyak, ramai yang makan sambil berdiri pastu merokok berjemaah. Kawasan kafe ni tak besar, macam reban ayam je. Keliling kafe banyak mural. So lepas makan tu aku round2 tengok mural apa yang ada. Terasa poyo plak bergambar pagi2 buta kat sini. Ye lah macam aku cakap tadi, tempat ni kebanyakkannya dikunjungi oleh locals je. Kiteorang je pelancong sesat. Heheh. 



Setel sarapan pagi kiteorang gerak ke Perth Station untuk ke Fremantle. Tiket train $4.70 sorang (Zone 2) & tunggu train di Platform 7. Perjalanan dari Perth Station ke Fremantle amik masa lebih kurang 30 minit. Dah sampai Fremantle, destinasi pertama dituju ialah E-Shed Market. Ramai cakap E-Shed best, souvenir murah2. Tapi untuk trip kali ni memang niat tak nak beli souvenir beriya2 macam dulu. Sebab ni dah kali ketiga aku ke Australia. Takkan nak beli keychain & magnet kangaroo lagi kan. Udah2 ler tu labu. Kalau beli pun, aku nak cari something yang ada tulis Perth.

FREMANTLE

Fremantle Station

Fremantle Station to E Shed Market



Jarak dari Fremantle Station ke E Shed Market ni lebih kurang 700m. Aku tak lama pun kat E Shed market sebab tak menarik sangat minat aku. Maybe sebab ni dah kali ketiga ke Aussie so takdelah beriya sangat nak tengok souvenir lagi. Kat dalam ni ada beberapa kedai kraf & kedai souvenir, yang popular Megabes & Aussin. Aku masuk Megabes je. Orang Malaysia penuh kat sini, kedai plak kecik sampai berlaga2 bahu. Cari punya cari last2 aku berkenan kat magnet + bottle opener ni. Terus sambar. Konon nak cepat tapi nasib tak berapa baik beratur belakang minah Filipino ni. Aku tak pasti samada dia nak beli souvenir untuk family dia atau dia nak buat bisnes jual souvenir?? Mak aii berplastik2 dia borong. Total dekat nak $200. Masa nak bayar tu ada lagi yang dia nak beli. Gila lah. Ade mat salleh belakang aku sampai sanggup bayar lebih (dia cakap kat owner kedai takpelah keep the change) sebab malas nak tunggu lama sangat. Tersengih2 owner Megabes tu. Siap promote kedai dia satu lagi kat dalam Fremantle market. Bisnes jual souvenir je tapi dah kaya raya cina ni siap bukak cawangan lagi. Pandai btol buat duit. 

Cute tapi tak berbaloi dengan harga

Perth magnet 

Setelah beratur punya lama, akhirnya dapatlah aku beli 2 ketul bottle opener + magnet Perth ni. Aku beli pun sebab ada tulisan Perth & kualiti superb. Harga pun superb aka mahal! Nanti aku cek balik harga, tak ingat plak. Rasanya $7 kot sebijik. Souvenir dah setel, misi seterusnya nak check out Fremantle market. Dalam perjalanan tu sempat amik gambar bangunan2 yang ada. Memang cantiklah Fremantle ni. Aku plak sejenis yang minat senibina walaupun tak pernah amik course senibina masa kat U dulu. Heheh. Terasa dalam movie set zaman dulu2 gitu. Such a different vibe from Perth city. Let's check it out!








Cantik kan? Gambar ni semua aku capture guna iphone 6 je. Lepas tu edit sikit. Kalau guna iphone 8 ni confirm lagi meletop gambar. Hehe. Dah2 takyah nak berangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Lagipun kos iphone 8 tu boleh lepas vacation ke Europe! Ok lah sambung balik pasal Fremantle.  Kawasan ni ada vibe ala2 French Quarter, New Orleans sikit. Walaupun aku tak pernah jejak kaki ke New Orleans lagi. Haha. Itu berdasarkan apa yang aku pernah tengok dalam tv la. Ukiran pada balcony & balustrades (railing) tu yang buatkan bangunan2 kat sini nampak menarik. Personally aku rasa Fremantle ni tak cukup setakat datang sekali je. Kene repeat tak esok lusa untuk kopi2. Tersangatlah chill dapat lepak minum2 kat sini.

FREMANTLE MARKET

E Shed Market to Fremantle Market
Mural by ROA

Jarak dari E Shed Market ke Fremantle Market lebih kurang 1.1km. Sebelum masuk market ada mural di Henderson St. Ini bukan tikus ye. Ni lukisan seekor numbat. Numbat ni dikategorikan sebagai spesies terancam di Australia. Kebanyakkannya hidup di bahagian barat Australia. Lukisan sepanjang 25m ni dilukis oleh artis Belgian, ROA. Aku dapat tau yang artis ni dibayar $15,000 untuk lukisan ni. Untungla. Hasil lukisan semalaman kat dinding je boleh dapat banyak tu. Tapi memang detail lah lukisan dia. Setel bergambar kiteorang masuk Fremantle market plak. Ada macam2 kedai dalam ni tapi aku tak bergambar sangat sebab terlalu sesak. Yang menarik minat aku kedai no.44. Kedai ni jual lukisan2 dari pelukis tempatan Wendy Binks. Antara hasil karya dia yang femes ialah stunned emu designs. Aku beli emu magnet & bingkai gambar. Sori harga tak ingat plak nanti aku update balik.

Wendy Binks Shop


Sebelum keluar Fremantle Market, lokasi terakhir kiteorang check out ialah Megabes. Again. Saje nak tengok apa yang ada. Cawangan Megabes kat Fremantle Market ni lagi selesa la pada aku sebab dekat dengan exit. So tak rasa stuffy macam kat E Shed. Mula2 plan tak nak beli apa tapi last2 terjebak beli beach towel 2 helai. Satu untuk family aku. Ok la jugak kan boleh guna kat rumah. Aku beli pun sebab ada lukisan Fremantle kat towel tu. Harga towel $10.95 sehelai. 




FREO PARK

Dah penat berjalan apa lagi perut pun dah berbunyi. Lunch kiteorang nak makan kat Kailis Fish Market. Macam biasalah semua pelancong Malaysia berpusu kat sini. Jarak dari Fremantle Market ke Kailis lebih kurang 850m. Sebelum tu sempat la singgah kat taman berhadapan Mews Rd. Kat taman ni ada Sky Ride Ferris Wheel. Tengok je, tak naik pun. Best jugak lepak sini dengan angin yang sepoi2 bahasa. Orang pun tak ramai. Depan ferris wheel tu belah kanan dah nampak kafe Cicerello. Kiteorang bergambar jap depan kafe ni sebelum ke Kailis.




Err patung kuning tu macam lucah je?

KAILIS FISH MARKET CAFE

Akhirnya sampai di Kailis. Orang Malaysia & Indon punyelah ramai. Kafe hampir penuh so kiteorang cepat2 cop seat kat luar. Tak minat duduk bahagian dalam kafe sebab lighting tak onzz. Heheh. Lagipun kat luar boleh tengok seagulls. Aku tak order banyak sebab takut tak habis. Just order squid & fish, $16.50 & spring mineral $3.80. Tetiba laki aku pegi tambah order chilli mussel $26.50. Sekali datang perghh penuh semangkuk. Aku dah la tak suka mussel. So dia terpaksa lah melantak sorang2 kupang semangkuk tu sampai habis. Haha. Kesimpulannya biasa2 je fish n chips kat sini. Fresh la tapi that's about it. Takde la best gila2 macam ramai orang cakap sebab ikan & sotong goreng tepung je pun. Sotong goreng tepung kat Avalala Damansara Uptown lagi sedap! Haha. Tapi yang pasti yang best kat sini is the ambience.






Perut pun dah kenyang so sebelum gerak balik ke Fremantle Station, kiteorang bergambar kat Bathers Beach House. Ingatkan nak jalan2 kat Bathers Beach tapi matahari terik plak. Dah la keluar tak pakai sunblock. Tangan & muka pun dah makin hitam. Disebabkan matahari terik & kiteorang pun bajet ala2 puteri lilin so pegi Bathers Beach House je lah. Dekat je dengan Kailis, lebih kurang 53m. Cantik gak kafe2 kat area ni. Siap ada outdoor seating btol2 kat pantai, tapi tu mungkin untuk pelanggan Bathers Beach House je la. Sebenarnya kat Freo ni ada Maritime Museum & Shipwrecks Museum yang korang boleh pegi tapi aku tak minatlah nak lepak museum2 ni. Itu masalahnya kalau dah pegi tempat2 bersejarah macam kat Istanbul. Secara automatik aku akan mula compare dengan pengalaman aku kat Istanbul dulu. Benchmark pun dah jadi makin tinggi. Aku rasa yang boleh menarik minat aku museum kat Egypt la kot. Tu memang antara destinasi dalam wishlist. Insyaallah.




Selesai berposing2 tengah panas kiteorang pun gerak balik ke hotel. Fuh lega dapat rehat dalam bilik. Mungkin faktor usia kot. Walaupun angin sejuk tapi bila matahari terik terus rasa pening. Tu yang sikit2 penat, sikit2 nak balik bilik. Haha mengada btol. Tapi satu yang best bila terik ni, lighting sangat tip top untuk bergambar. Semua benda pop out. Sampai posing depan changing room yang warna warni ni pun nampak menarik.


GONDOLAS ON THE SWAN

Belah petang kiteorang repeat area Elizabeth Quay. Kali ni aku teringin nak naik gondola. Sebelum naik gondola sempat bergambar lagi sekali kat Elizabeth Quay Bridge. Tak sudah2 bergambar kan. Siap buat video lagi. Sabar je lah photographer aku. Heheh. Kalau nak tengok video2 yang aku amik kat Perth ni boleh follow IG aku >> madame_treschic. Syok btol lepak petang2 ni. Matahari dah tak terik. Angin pun makin sejuk. Setel bergambar kiteorang gerak ke jeti untuk naik gondola. Gondola ride ni ada ride sejam & ada 15 minit. Untuk ride 15 minit, bayaran $15 seorang. Walaupun rasa 15 minit tu macam sekejap, tapi trust me, memang berbaloi. Bila dah naik tu siap ada muzik instrumental lagi, wow rasa macam kat Venice plak. So romanticooooo!








DINNER - INSAN CAFE

Disebabkan dah puas melepak sampai ke petang, kiteorang decide untuk tido awal malam ni. Lagipun esok full day road trip & kene bangun awal untuk amik kereta sewa. Mula2 plan nak makan malam kat Cafe Karache tapi tutup plak. Aku mengidam teh tarik dia. Tapi takde rezeki nampaknya. Huhu. So dinner kat Insan Cafe je lah. Kiteorang order mee goreng, nasi goreng & teh tarik. Total $27. Lepas tu singgah Woolworths jap beli snack untuk road trip esok. Aku beli potato salad $4.99, Dare iced coffee $2.85, spring water 3 botol $2.10 & Smiths chips $2.50. Tu je untuk hari yang keempat. Goodnight!

Total $27

Bekal untuk road trip