Sunday, October 30, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 3 (Rice Terrace,7 Bidadari Hotel,Beachwalk Mall,Hard Rock Bali,Brickhouse)

13 Okt 2016-Khamis

Dah masuk hari terakhir kat Ubud, hish cepatnya masa berlalu. Hari ni kene checkout pukul 12. Malam tadi dah minta tolong reception call Ubud teksi untuk transfer ke Seminyak (FYI Ubud takde teksi Bluebird). Bole rujuk http://www.ubudtaxi.com/ untuk maklumat lanjut. Lepas breakfast kt bilik kiteorang naik motor ke TEGALLALANG RICE TERRACE (Ceking). Jarak dari hotel ke rice terrace lebih kurang 9km, ~19 minit via Jl Raya Andong & Jl Raya Tegallalang. Jl Raya Andong ni banyak jual perhiasan rumah & perabot2 kayu. Uishh geram jugak tengok barang2 kat sini banyak yang cantik2. Tapi boleh tengok je, nak beli memang tak la sebab tak muat masuk beg. Lepas Jl Raya Andong akan lalu Jl Raya Tegallalang. Jl ni banyak jual lukisan & signboard2 kayu. Kedua2 jalan ni ada yang panggil "handicraft highway". Sampai kat Ceking rice terrace masa ni dah panas menyengat. Padahal baru pukul 9 pagi. Konon nak turun sampai bawah tengok pemandangan sawah tapi last2 ambil gambar kat signboard je la labuuu. Haha. Signboard "I Love Bali" ni kira one of the most Instagrammable spot in Ubud. Kat sini ada juga kafe2 yang mengadap sawah padi tapi harga memang ketuk la, & masa ni kafe tak buka lagi. Aku tengok ada group mat salleh yang rajin turun sampai ke bawah tu. Sori tak kuasa uolls, kang tak pasal2 tergolek ke bawah buat naya je. Nak berjalan kat sini kene hati2 sebab tanah licin & laluan agak sempit.




Pose kat sini pun jadi la..Hahaaa

Dari rice terrace kiteorang patah balik ke Jl Raya Ubud. Plan nak makan coconut ice cream kat "Tukies" sebab ramai cakap sedap. Tapi bila sampai kedai tak buka lagi. Pukul 10 baru buka. Huhu takpe la takde rezeki nak bercafe-hopping. So balik semula ke hotel untuk pulang motor, pack bag & check out. Tepat jam 12, driver teksi Ubud kiteorang, Pak Wayan dah tunggu kat reception. Setel checkout tu kiteorang pun gerak ke Seminyak. Dalam perjalanan banyak gak sembang dengan Pak Wayan ni. Die cakap bini die keje kat Denpasar hari2 naik motor berulang alik Ubud-Denpasar. Kesian jugak dengar. Diorang ni hidup susah, ramai yang cakap biaya sekolah anak2 mahal. Aku tengok ramai foreigners yang beli property hebat2 kat sini tapi rumah orang Bali sendiri & kehidupan diorang cukup2 makan je. Bila aku kaji balik rupanya foreigners atau "bule2" yang beli properties kat sini semuanya under Hak Pakai or Hak Sewa. Title Hak Milik memang kerajaan Indonesia tak benarkan langsung untuk orang luar. Kalau nak beli tanah diorang kene guna nama orang Bali, itupun valid untuk 25 tahun je, pastu boleh renew 25 tahun lagi itu pun bergantung kepada keadaan. High time negara kita sendiri patut ikut cara ni. Ini tak semua kalau boleh nak digadaikan pada warga asing. Sedih!

Jam 1.35 tengahari akhirnya sampai di 7 BIDADARI BOUTIQUE HOTEL SEMINYAK. Mula2 Pak Wayan tak tau kat mana hotel ni, so aku guna waze & finally jumpa. Bayaran teksi Ubud ke sini Rp.270k. Nasib baik reception bagi check in awal. Aku dah tak sabar nak on aircon dalam bilik. Haha. Lepas rehat2 kiteorang sewa motor dengan hotel. Diorang charge Rp60k sehari. Kiteorang book 3 hari total Rp180k. Ok la tu. Lega dapat motor sebab perut dah berbunyi2 tak sabar nak cari lunch.  Kiteorang lunch kat restoran masakan Padang je kat hujung jalan. Malas nak pegi jauh2. Total nasi campur & teh botol untuk 2 orang Rp48k.

Our room @7 Bidadari Hotel Seminyak

Pool view

Masakan Padang, sedap & murah!

Selesai lunch kiteorang gerak ke BEACHWALK MALL via Sunset Road. Nak pegi mall ni memang agak azab la sebab traffic light kadang2 lama sangat. Dah la panas, aku dah berpeluh2 kat belakang motor. Dalam kepala tetibe teringat kenangan manis naik motor kat Cappadoccia dulu. Sejuk dan tenang je. Huhu bila la nak repeat Turki ni. Lepas mencilok sana sini kat Jl Pantai Kuta tu akhirnya sampai juga di Beachwalk Mall. Yayyy! Nak masuk mall ni kene lalu security untuk cek beg. Tak tau kenapa tapi mungkin sebab kes Bali bombing dulu kot. Exterior mall ni memang cantik, btol2 berhadapan pantai Kuta. Ade brand2 besar macam H&M, Zara, Bershka, Pull & Bear, etc. Kiteorang lepak makan ice cream sandwich je Rp.28k pastu terus jalan kaki ke HARD ROCK BALI. Port wajib lah macam biasa.



Beachwalk Mall cantik!

Nak masuk Hard Rock Bali pun kene cek beg. Aku tengok merchandise kat sini agak mahal. Hard Rock London dulu aku bole dapat keychain leather harga 6.99 pound je, kat sini keychain sebijik dah Rp200k, magnet Rp260k. T-shirt pun lagi mahal kat sini. Memang tak jadi ler nak beli. Laki aku beli shot glass Rp.160k & t-shirt pun sebab ada orang pesan. Lepas keluar HRC Bali kiteorang singgah kedai souvenir tepi jalan beli magnet "Hard Rock Bali". Haha murah ckit. Mula2 die mintak Rp30k sekeping, last2 lepas tawar dapat la Rp35k untuk 2. Ok la tu kot aku pun tak pandai sangat tawar menawar ni. Laki aku pun beli keychain kecik2 untuk officemate die. Baik btol die ni tak pernah lupa kengkawan.



Magnet t-shirt putih tu smart tapi macam tak berbaloi harga Rp260k!
Beli yang ni 2 keping Rp35k je. Jimat!

Aktiviti seterusnya macam biasa, cafe hopping. Destinasi>>BRICKHOUSE SPECIALTY ESPRESSO. Kafe hipster ni kat Jl Raya Basangkasa No.8. Lebih kurang 4.4km je dari Hard Rock via Jl Pantai Kuta & Jl Legian. Dah nama pun specialty espresso takkan nak order oren jus pulak kan so kiteorang order la 2 latte. Total Rp101k. Presentation agak unik sama macam kafe Seniman kat Ubud hari tu. Kopi dihidang dalam tray pastu dapat coklat sebijik. Menarik la suasana & deko kat sini. Aku memang suka stail exposed brick walls, kombinasi perabot kayu & besi ni. Memang terbaik (sori takde gambar deko boleh google sendiri ye hehe). Sebelum balik ke hotel kiteorang jalan2 jap kat Jl Raya Basangkasa. Kat sini ada banyak butik2 baju, perhiasan rumah, kedai silver & lukisan. Tak beli apa pun cuci2 mata je. Restoran masakan Padang pun banyak, so korang tak perlu risau nak cari makanan halal kalau bercuti ke Bali. Badan dah rasa belengas kiteorang decide untuk balik ke hotel & bincang itinerary untuk besok. Jarak dari kafe ke hotel 1.3km je. Dekat sangat. So far nampaknya vibe kat Seminyak & Kuta ni berbeza la compared to Ubud yang lebih laid back & more to nature & traditional houses. Banyak lagi kafe2 yang aku tak sabar nak explore besok. So tungguuuuu...

Posing depan motor jap

Posing depan kedai plak

Artistik tak shot ni? Heheeee

Jalan Basangkasa waktu malam



Wednesday, October 26, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 2 (Ubud Water Palace,Luwak Coffee,Pura Tirta Empul,Desa Penglipuran Bangli,Kebun Bistro)

12 Okt 2016-Rabu

Jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan, waiter hotel dah hantar breakfast ke bilik. Aku duduk kat balkoni sambil apply makeup sambil hirup kopi, makan breakfast banana pancakes, toasts & fruits. Wow terasa macam film star omputeh plak. Hari ni rasa semangat lain macam sebab tak sabar nak sewa motor & check out tempat2 menarik kat Ubud.

Breakfast duluuuuu!
Lepas bersiap perjalanan diteruskan ke Ubud Scooter Rental di Jl.Sri Wedari No.19. Macam biasa kiteorang jalan kaki je guna Waze. Jarak dari Tebesaya Cottage ke Ubud Scooter Rental lebih kurang 1.5km,~20 minit masa berjalan. Memang terasa jauh sikit berjalan dalam cuaca panas, tapi takpe lah untuk hari ni je. Lagipun sepanjang Jl.Hanoman banyak deretan kedai2, boleh la cuci2 mata sambil berjalan. Sampai kat Ubud Scooter Rental aku terus lari masuk dalam, diri depan aircon sambil berkipas. Fuh lega. Couple mat salleh yang ada kat situ pun rilek je tak over macam aku. Haha. Satu gambar ape pun aku tak sempat nak snap masa ni. Biasala bila cuaca panas memang kureng sikit mood nak berselfie. Tapi korang boleh rujuk website ni untuk maklumat lanjut tentang jenis2 scooter yang ada, rental fees,etc http://ubudscooterrental.blogspot.my/p/rental-rate.html

Kiteorang book scooter untuk sehari je, model Honda Scoopy FI. Die tak minta lesen pun, just isi nama, alamat hotel & no. telefon. Setel. Since sewa sehari, kene pulangkan motor lebih kurang pukul 10 pagi the next day. Tak payah hantar motor kat kedai, diorang akan pick up kat hotel. Cuma make sure minyak penuh la. Minyak kat sini sebotol dalam Rp7k, ade yang charge sampai Rp.8k tengok tempat. Botol minyak ni diorang jual kat tepi2 jalan je. Sewa scooter sehari kat sini Rp50k atau Rm16. Terlajak murah kan sebab tu lah aku tak guna supir. Jimat gilos duit aku.

Dapat je motor aku dah standby type destination dalam Waze which is UBUD WATER PALACE, bersebelahan Cafe Lotus kat Jl Raya Ubud. Entrance ke Ubud Water Palace ni agak confusing sebab belah kanan ade Starbucks & belah kiri Cafe Lotus. Water Palace ni kat tengah2. Bile melepasi entrance je korang akan nampak lotus pond yang cantik. Sebelum nak masuk palace ni kene park motor dulu & kene bayar Rp.2k. Nanti akan ada brader yang mintak duit & ko bayar je lah.




Tempat ni ada yang panggil Pura Saraswati Ubud, ada yang panggil Ubud Water Palace. Waktu malam hari Selasa & Khamis katanya ada tarian kecak kat depan lotus pond ni dalam Rp.100k sorang. Aku memang tak tengok la kecak dance ni, baik kat Ubud ataupun kat Uluwatu. Pada pendapat aku kita sebagai orang Islam sekadar nak melihat seni & appreciate hasil kerja tangan orang Bali ni boleh je cuma tak perlu lah sampai nak menonton & terhibur dengan tarian2 yang berunsur Hinduism ni. Mengikut apa yang aku google kecak dance ni berunsurkan kisah Ramayana. Sesiapa yang tak tau tentang kisah Ramayana ni, Rama is believed to be the incarnation of the god Vishnu, the hero of the Ramayana is one of the most popular deities worshipped in the Hindu religion. Penganut Hindu menyembah "tuhan" Rama ni & kita pulak menyaksikan kisahnya dalam bentuk tarian adalah tidak sesuai. Aku terpanggil untuk komen tentang perkara ni lepas baca banyak post from bloggers yang rasa terhibur dengan tarian ni. Pada pendapat aku lebih baik dielakkan.

Kiteorang tak spend masa yang lama pun kat sini, cukup sekadar berselfie & melihat keindahan lotus pond. Misi seterusnya nak cuba kopi luwak pulak. Mula2 plan nak pegi Bali Pulina tapi cancel sebab ada tempat lain yang lagi dekat. Tempat ni aku dapat tau dari Instagram. Aku tertarik dengan gambar2 yang awek Indon ni post dalam IG. Nama tempat ni ALAS ARUM LUWAK COFFEE. Kalau type dalam Waze memang tak jumpa mungkin sebab tempat ni tak famous, so apa yang aku buat is type je Jl Tegallalang. Bila dah sampai area Tegallalang (sebelum Ceking rice terrace) bawa motor slow2 sikit, nanti korang akan nampak signboard gambar luwak belah kanan. Signboard tu besar insyaallah tak terlepas pandang punya. Kalau terlepas jugak then korang boleh la jalan terus ke Bali Pulina. Sebab Bali Pulina ada dalam Waze.




Bila sampai di Alas Arum Luwak Coffee kiteorang rasa excited sebab tempat ni macam masuk hutan pun ada. Maklumlah dah lama tak masuk hutan. Haha. Staf kat sini pun friendly semuanya. Mula2 die akan tunjukkan tempat luwak tu dikurung. Pastu bagaimana kopi luwak diproses. Patutlah kopi luwak ni mahal sebab preparation mengambil masa yang lama. Nak kene cuci najis sampai bersih, nak kene jemur lagi. Baru aku tau yang luwak ni tak akan kunyah biji kopi, die akan telan satu2. Dan bila najisnya dikumpul, biji2 kopi tu still intact, tak hancur. Harga kopi luwak kat sini Rp.50k seorang. Rasa kopi luwak pada aku lebih kurang macam kopi biasa je. Ke lidah aku yang tak berfungsi?? Haha entah ler. Tapi bau serbuk kopi luwak ni memang best. Selain dari secawan kopi luwak korang akan dapat 14 cawan kopi & teh free. Ade kopi ginseng, kopi coklat, kopi vanilla, macam2. Aku tak minum banyak pun sebab takut nanti nak terkencing plak sebab lepas ni banyak lagi tempat nak dituju. Kalau nak tengok macam mana suasana kat Ubud ni boleh la follow IG aku @madame_treschic. Banyak video yang aku upload kat situ.





Kopi luwak dah setel perjalanan diteruskan ke PURA TIRTA EMPUL di Jl Tirta,Tampaksiring. Type Pura Tirta Empul dalam WAZE & follow je direction. Jarak lebih kurang 8km~20 minit. Pura ni dibina pada tahun 962 A.D pada kurun ke-10. Lama tu. Dinamakan Tirta Empul yang bermaksud "Holy Spring" sebab dibina di kawasan mata air. Nak masuk kawasan ni kene pakai kain sarung baik lelaki/perempuan. Entrance fee Rp.15k seorang. Ramai penganut2 Hindu yang datang untuk mandi atau bersuci kat mata air ni. Aku tengok mat salleh bukan main beriya mandi kat sini. Kiteorang tak lama pun sekadar melihat kawasan. Yang aku suka ialah ukiran senibina & kolam ikan die memang cantik. Ikan besar2 plak tu.







Part yang tak berapa best tu bila nak keluar die akan paksa lalu deretan gerai2 souvenir yang agak panjang, yang mana tetiba aku kene tarik oleh penjual ke dalam gerai. Hangin jugak la iolls baru nak feeling2 baju saloma ni sekali kene tarik daa. Laki aku plak tarik tangan aku yang sebelah lagi. Waduh2 sinetron apakah ini?? Haha nasib baik baju tak koyak. Memang la kesian dengan diorang ni nak cari rezeki tapi agak2 la kalau ye pun nak menjual. Walaupun dah berkali2 cakap "takpe2 terima kasih" tapi tak paham bahasa jugak. Akhirnya lepas berapa minit berjaya jugak la kiteorang "keluar" & aku terus lari ke motor. Legaaaa.

Next pit stop is DESA ADAT PENGLIPURAN BANGLI. Jarak dari Pura Tirta Empul ke Desa Penglipuran ni dalam 16km~26minit. Tempat ni kira macam kampung tradisional Bali. Rumah semua seragam & tersusun cantik. Rasa tenang je kat sini. Atap2 rumah kat sini dari bambu & penduduk kampung masih lagi mengenakan pakaian tradisional. Pintu masuk rumah semuanya sama saiz & dipanggil angkul-angkul. Lebih kurang 40% kawasan kampung ni dikelilingi dengan hutan bambu. Tempat ni aku rasa memang cantik la untuk dilawati walaupun agak jauh. Bayaran masuk Rp.15k seorang & parking motor Rp.5k.




Dari Bangli kiteorang gerak balik untuk lunch. Kebas jugak bontot & kaki naik motor lama2. Total distance dah merempit hari ni lebih kurang 58km. Hebattt. Lega rasa bila dah sampai kedai makan Padang kat Jl Raya Ubud. Nasi & lauk campur + teh o ais total untuk 2 orang Rp.64k. Lepas lunch kiteorang gerak balik ke hotel untuk solat & rehat. Belah petang kiteorang mulakan aktiviti cafe hopping yang seterusnya>> KEBUN BISTRO. Kafe ni terletak kat Jl Hanoman No.44. Kafe ni tak halal of course so cukuplah sekadar berkopi2 sambil tengok pemandangan & deko berkonsep provencial French style bistro. Dah la background music lagu Perancis, ade pulak lampu chandelier & lilin sana sini. Wow sangat romantica d amor! Hehe. Kafe ni pun eco friendly, banyak guna barangan recycle. Mesin2 jahit Singer yang dibuat meja & ditambah marble top ni pun dah berusia lebih 50 tahun. Kiteorang order 2 latte total Rp.57k. Memang berbaloi & tak puas rasanya lepak kat sini!


   


Hari dah makin gelap kiteorang decide untuk tinggalkan motor depan kafe & jalan2 di sekitar Jl Dewi Sita & Jl Monkey Forest. Banyak jugak kafe2 menarik kat sini. Tapi cukup setakat tengok2 dari luar je la. Area ni banyak kedai2 baju, lukisan & perhiasan. Mula2 ingat nak beli 1 lukisan tapi yang kiteorang minat semuanya di luar bajet. Haha susah jugak bila high taste ni. Dari Jl Monkey Forest kiteorang patah balik ke motor & gerak ke Jl Raya Ubud lagi sekali untuk dinner di Warung Igelanca. Warung ni sederet dengan kedai makan Padang siang tadi. Aku order nasi goreng udang & air untuk 2 orang total Rp.72k. Lepas makan tu terus balik ke hotel sebab penat. Itu je lah aktiviti hari kedua di Ubud. Can't wait for tomorrow!

Antara kafe2 yang ada di Jl Dewi Sita, Ubud



Saturday, October 22, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 1 (Tebesaya Cottage Ubud,Queens Tandoor,Seniman Coffee Studio)

11 Okt 2016-Selasa

Pejam celik pejam celik tau2 je dah setahun aku tak ke mana-mana. Last trip aku ke London bulan Oktober tahun lepas (sorry blog London tersadai tengah jalan tak setel lagi). Lama btol bertapa kat rumah, jiwa aku ni meronta-ronta nak tunggu next vacation jadi kenyataan. Alhamdulillah tuhan panjangkan umur aku untuk ke Bali pula tahun ni.Walaupun sebenarnya aku tak berapa suka sangat negara2 yang panas ni tapi disebabkan bajet dah itu je yang mampu, maklum la musim gawat so aku book je lah tiket ke Bali.

Seperti yang korang sedia maklum aku memang sejenis spesies yang tak suka hire tour guide. Kalau boleh pergi sendiri aku akan cuba pergi sendiri. So trip ke Bali ni adalah 100% TANPA SUPIR. Dan tempat2 yang aku pergi memang lain sikit dari yang lain. Aku lebih kepada aktiviti "cafe-hopping" di Bali. Santai2 mo man tai je. Aku tak buat aktiviti sukan air semua tu sebab terlalu panas & tak kuasa uolls. Haha


Aku ke Bali dari 11-17 Oktober (7 hari/6 malam). Book tiket kat Air Asia Go untuk 2 orang total RM1,146.52 (flight return + hotel 4 malam di Seminyak) + Agoda RM439.16 (2 malam di Ubud). Aku beli Tune Protect Travel Insurance & tukar seat for 2 pax additional RM200 kat situ. Detailed expenses aku akan update di post terakhir nanti. Reason aku stay kat Ubud & Seminyak sebab nak rasa perbezaan suasana di kedua2 tempat tu. Dan memang betul jangkaan aku memang berbeza suasananya. Ubud lebih cultural, lebih artistik & tradisional. Seminyak pula lebih modern, hip & happening, lagi banyak cafe2 menarik. Rumah2 kat Ubud & Seminyak pun berbeza.

Off we go to Bali!
Flight aku ke Bali bertolak jam 10.50 pagi dari KLIA2. Perjalanan mengambil masa 3 jam je. Aku tak order in flight meal pun so jimat duit di situ. Sampai di Ngurah Rai International Airport lebih kurang pukul 2 petang. Waktu Bali & KL sama je cuma waktu solat di Bali awal sikit dari KL. Sebelum turun dari pesawat tu sempat plak kapten nyanyi lagu acapella. Haha layankan je lah. Keluar je dari pesawat ada shuttle bas yang dah tunggu untuk hantar ke terminal. Mula2 aku pelik gak kenapa takde form untuk diisi. Lepas tanya petugas kat situ die cakap tak perlu isi apa2 borang. Beratur je kat imigresen & tunjuk pasport. Wow senang betul.

Rupa2nya lepas imigresen barulah kene isi custom declaration form. Lepas isi borang pass je borang tu kat officer & scan beg. Pastu setel! Since kiteorang tak hire supir, bila keluar je dari arrival terminal kiteorang terus menghala ke "Airport Taxi Counter". On the way tu bersiap sedia lah untuk "diganggu" dengan pemandu teksi yang tak putus2 promote services diorang. So bersabar je lah labu & terus ke kaunter. Bagitau alamat hotel & pekerja kaunter tu akan bagi resit & total yang perlu dibayar. Tapi bayaran perlu dibuat ke pemandu teksi bukan kat kaunter.



Aku sebenarnya bajet tambang teksi lebih kurang Rp300k je dari airport ke Ubud based on apa yang aku baca from other blogs, tapi die minta Rp400k pulak. Mungkin dah naik harga kot. Entah ler. Lepas tu akan ada mamat yang "offer" nak tolong bawa kan beg korang ke teksi pastu minta tips. Bila laki aku bayar sikit die bising cakap tak cukup tak cukup. Amboi banyak songeh plak mamat ni. Once dah masuk teksi terus rasa tenang & lega from all the chaos. Tak sabar aku nak check in hotel. Nasib baik cab driver kiteorang sempoi & friendly.

Dalam perjalanan ke Ubud korang akan dapat tengok banyak ukiran2 batu & kayu, berhala dan perabot di kiri kanan jalan yang sempit. Semua hasil kerja tangan penduduk Bali especially kat kawasan Batu Bulan. Diorang ni memang berseni btol. Yang paling aku tak tahan tengok ukiran pintu yang cantik2 & perabot2 kayu yang diorang buat. Perghhh kalau banyak duit ni dah lama aku borong. Satu lagi aku perasan tanaman kat sini subur2, sampai rumput pun nampak cantik menghijau je. Sorry takde pulak gambar nak tunjuk. Akhirnya lebih kurang 1 jam 15minit (~37km) kiteorang sampai di Hotel TEBESAYA COTTAGE di Jl Jatayu, Ubud. Yeahhhhh






Sampai kat hotel aku terus hand over booking yang aku dah print from Agoda. Reception yang bertugas memang sangat2 friendly. Sampai je terus dapat air. Dia bagi 1 salinan map supaya kiteorang boleh navigate sendiri around Ubud. Pastu untuk breakfast diorang boleh hantar terus ke bilik, just bagitau nak pakej yang mana & pukul brape diorang akan hantar. Kiteorang order western breakfast je (banana pancakes, fruits, fruit juice & coffee) sebab nasi goreng dia tak halal. So lepas borak2 tu kiteorang terus dapat kunci & check in. Bilik memang sangat best. Masuk je bau bunga. Dalam tandas pun ade bunga sana sini. Balcony pulak facing pool. Memang syok. Tak sabar nak freshen up & tengok ape yang ada kat Ubud ni.

Dari Tebesaya Cottage kiteorang jalan kaki ke Jl Hanoman. Jalan ni memang banyak kedai2 baju, perhiasan rumah, lukisan. Ade kedai masakan Padang "SANAK" kat sini so korang tak perlu risau nak cari makanan halal. Kiteorang plan untuk jalan terus sampai ke Jl Raya Ubud untuk check apa yang best kat sana. Mula2 plan nak makan seafood kat Bale Udang Mang Engking kat Jl Raya Goa Gajah or Kayun Restaurant tapi bila tanya kat tourist information counter yang ada kat Jl Raya Ubud tu rupa2nya terlalu jauh untuk jalan kaki. FYI Bali trip kali ni aku tak buat thorough research pun. Perut pun dah lapar & hari pun dah gelap (magrib masuk awal 6.15 petang) so last2 jumpa kedai makan India "QUEENS TANDOOR" kat Jl Suweta (opposite Puri Saren, Ubud Palace). Kiteorang order prawn biryani, garlic naan & aloo gobi (cauliflower & kentang). Itu je antara menu yang boleh dimakan. Prawn biryani & naan die memang serius terbaik! Tak rugi bayar mahal. Total Rp.276k

Kat sini katanya teksi, Uber dan seangkatan dengannya tak boleh beroperasi
Deretan kedai kat Jl Hanoman
Restoran Sanak di Jl Hanoman- Masakan Padang (HALAL)
Ubud dipenuhi dengan Pura atau temple..Sana sini ada

Dinner at QUEENS TANDOOR Ubud
Untuk peringatan jalan di sekitar Jl Raya Ubud ni sangat sesak, Motor memang terlalu banyak & jalannya sempit2. Lampu jalan tak berapa nak ada, traffic light pun kurang. So berhati2 la kalau nak melintas tu especially waktu malam. Kat sini stail koboi je. Lepas dah setel dinner misi seterusnya cari SIM CARD. Tourist information counter cakap ada 1 kedai yang jual kat Jl Raya Ubud tu dan akhirnya kiteorang jumpa. SIM CARD SIMPATI 2GB Rp160k. Mintak kurang tak dapat so aku beli je lah. Sebab internet memang keperluan penting since kiteorang tak guna supir. Lagipun banyak plak nyamuk gigit kaki aku masa tu. Lepas dah tukar simcard tu aku rasa lega gile sebab dah boleh guna WAZE. Yeahhhh

So next target is cafe hopping no.2! Since motor tak sewa lagi, aku pilih cafe yang berdekatan je dengan kedai simcard tu which is Seniman Coffee Studio kat Jl Sriwedari No.5. Type je Seniman Coffee & follow je directions from WAZE. Senang! Cafe die sempoi je ala2 hipster gitu. Bila lepak cafe2 kat Ubud ni cari la seat di bahagian dalam sebab kalau duduk luar confirm kene gigit nyamuk. Kiteorang order ice latte & hot mocha. Total Rp.78.2k. Presentation kopi die menarik, kopi dihidang dalam dulang dengan biskut sekali. Rasa kopi dia pada aku biasa2 je la. I've tasted better. One more thing most cafes kat Bali ni ade WIFI so jangan malu jangan segan untuk tanya password WIFI. At least kat situ boleh jimat data plan korang.

Coffee at Seniman Coffee Studio Ubud
So cafe hopping day 1 dah setel. Badan pun dah berlengas kiteorang decide untuk balik semula ke hotel. Kali ni lalu jalan lain pulak. Jarak dari Seniman Coffee Studio ke Tebesaya Cottage lebih kurang 1.6km. Disebabkan malam, penat berjalan tu tak terasa sangat. Walaupun area Ubud ni gelap tapi alhamdulillah selamat. On the way balik tu nampak satu lagi kedai makan Padang & Warung Igelanca along Jl Raya Ubud, berdekatan simpang Jl Jembawan. Dua2 kedai makan ni dalam deretan yang sama. So kalau korang duduk di central Ubud, insyaallah tak susah untuk cari makanan halal kat sini (provided ada WAZE). Ok lah that's all for Day 1..tidur dulu!