Wednesday, September 30, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 3 (Featherdale Wildlife Park,Watson's Bay,Fireworks at Harbourside)

5 Sept 2015-Sabtu

First mission hari ni nak pegi ke FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Boleh check website diorang kat http://www.featherdale.com.au/Aku dah lama teringin nak belai2 kangaroo, wallaby, koala & haiwan2 seangkatan dengannya so tempat yang paling best untuk buat semua tu ialah di Featherdale Wildlife Park. Kalo korang pegi ke Taronga Zoo di Sydney, kangaroo & koala yang ada tak sebanyak di Featherdale, pastu nak petting pun kene bayar extra k. Ni ape yang aku bacalah from other websites & bloggers. Even kat tripadvisor pun ramai yang bagi good review tentang Featherdale ni. Dulu masa aku pegi Melbourne Zoo memang bosan gile, so trip kali ni aku tak nak lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan haiwan2 unik di Australia ni.


Perjalanan dari Sydney CBD ke Featherdale Wildlife Park ni agak jauh. Dari Kings Cross Station kiteorang berhenti di Central & tukar train ke Blacktown Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang boleh tertido dalam train ni, so alert lah ye jangan sampai terlepas station plak! Sampai je kat Blacktown Station, kiteorang proceed ke bus stop Platform 9 & tunggu bas No. 725. Ni lah die rupe bus stop kat Platform 9...


Bas 725 ni akan bawak terus ke Featherdale Wildlife Park. Tempat ni kecik je, tak besar mana pun. Aku nasihatkan better keluar awal pagi so by the time sampai sini orang still tak ramai lagi. Tempat ni buka dari 9am-5pm daily. Harga tiket $29.50/pax. Lepas dah bayar tiket tu, aku tak buang masa nak tengok burung2 semua tu..Tak heran pun..heheh..Terus pegi ke koala & kangaroo area. Memang best sebab kat sini boleh pegang kangaroo2 yang bebas berkeliaran!

 


 
Kat sini korang boleh beli makanan untuk bagi kat kangaroo ni. Harga $1 satu kon. Diorang memang suka btol makan kon ni. Aku tak berani sangat sebenarnya nak suap guna tangan ni..Aku hulur kon je pastu si kangaroo ni terus rampas,errkkk..Ganas jugak kau ni ye..Die nak makan sendiri kot..haha..

 

The kangaroo whisperer??? Haha

Kangaroo albino pun ada

 

These are red kangaroos
Aku ingat bulu kangaroo ni macam lembut, tapi lepas pegang kasar btol rupenye..Koala pun sama gak bulu kasar. Nak pegang koala memang kene hati2 sikit sebab penjaga park cakap diorang ni boleh cakar & gigit. Hmm lepas dengar tu memang takdelah aku nak pegang beriya. Kang tak pasal2 tergendala plak holiday aku sebab kene gigit koala..Hehe
 
Dekat sini ada banyak lagi binatang lain macam dingo, wombat, emu, Tasmanian devils, tapi aku tak laratlah nak upload semua kan. Sikit2 sudah..Lepas dah puas amik gambar, kiteorang lepak café makan chips dengan bbq sauce & ice cream. Banyak btol portion chips die so kenyanglah makan berdua. Alhamdulillah..Masa tengah makan ni dah masuk tengahari, orang pun dah start ramai. Nasib baik kiteorang datang awal. Aku memang serabut btol kalo ramai sangat orang kat satu tempat. Lepas makan tu kiteorang pun cepat2 blah. Tunggu bas kat bus stop depan park ni & naik bas no. 729 back to Blacktown Station.
 
Dari Blacktown kiteorang berhenti di Redfern Station & tukar train ke Circular Quay. Masa ni tak tau nak pegi mana sebenarnya sebab trip kali ni aku tak buat itinerary, just konsep go with the flow je...chewahhh..heheh..So lepas pikir2 ingat nak naik feri lagi sekali lah, this time pegi WATSONS BAY plak. Yahooo seronok dapat naik feri lagi sekali! Kat sini aku letak video so korang boleh la tengok suasana atas feri ke Watson's Bay. Memang sejuk berangin je & dapat tengok banyak kapal layar..syok wooo!
 
 




 
Sampai je kat Watson's Bay ni, kiteorang lintas taman & terus ke The Gap. Memang gojes, awesome & amazing btol view kat Watson's Bay ni especially from The Gap. Dah macam post card dah aku tengok!! Yang penting takde pelancong2 lain yang photobomb gambar aku. Hehe syukuuuur! Yang ade pun a few tourist mat salleh yang sangat considerate & tak conquer spot ni. Aku memang fedup kalo bertembung dengan group pelancong2 yang ikut tour ni. Nasib baik kat sini takde. Cuaca masa ni pulak memang sangat2 membantu dari segi lighting & dari atas ni boleh nampak bandar Sydney dari jauh. Memang tak sia2 lah buat keputusan untuk datang ke Watson's Bay ni. Highly recommended uolss! Selain daripada The Gap, korang boleh jugak berpiknik kat taman yang ada kat sini, or stay kat Watson's Boutique Hotel or lepak2 tepi laut tengok pelicans, up to you guys lah tapi nak remind kat sini ramai jugak yang bawak anjing...huhuuu..
 
Dari Watson's Bay, kiteorang patah balik ke Circular Quay & terus ke hotel untuk solat & rehat. Penat jugak menapak naik bukit kat The Gap tadi. Itupun kiteorang tak round habis. Korang kalo rajin boleh la explore lighthouse kat area Watson's Bay ni. Lepas dah rehat2, masa untuk makan pulak. Kali ni kiteorang makan dekat je dengan hotel dekat Darlinghurst Road. Tak larat dah nak jalan jauh2. Ade satu kedai India halal ni, "Indian Curry Point" memang kaw nasi beriyani die!Teringat2 sampai sekarang!
 



Nasi beriyani terbaik!!!!
 
Sambil tunggu nasi beriyani siap, kiteorang sembang2 jap dengan waiter Bangla kat kedai ni. Die tanya kiteorang dari mana. Kiteorang cakap from Malaysia. Terus die cakap melayu..haha..Rupe2nya mamat ni pernah keje kat Malaysia dalam 4 tahun. Lepas tu die pindah ke Sydney dah masuk 5 tahun. Bila tanya nape pindah Sydney, die cakap kehidupan kat sini lebih baik sambil senyum (FYI sewa kedai ni $6000 sebulan!) Aku tak tanyalah gaji die brape kat Sydney ni kan tapi rasanya bila pendatang asing pun tak berapa seronok duduk Malaysia, aku pun tak boleh salahkan die..Yelah sepanjang aku kat sini, rasanya takde lagi aku dengar berita pasal orang meragut ke, orang kene tetak ke, kene potong 8 ke ape. Kalo kat Malaysia bukak news every week ade je orang kene bunuh la ape..Bosan2..Mungkin korupsi & kadar janayah kat sini lebih rendah??? Tak tau lah..aku pun baru berapa hari je kat sini..
 
Lepas makan tu kiteorang singgah ke Hard Rock kat Harbourside lagi sekali sebab laki aku nak beli T-shirt ade orang pesan. Sementara tunggu die pilih2 t-shirt tu aku lepak kat café San Churro Harbourside. Aku order churros with cinnamon sugar $9, chai latte $4 & earl grey tea $4. Memang sedap churros die! Makan ringan2 pun habis melayang Rm50..huhuuu..Reason kiteorang lepak café ni pun sebab nak tunggu FIREWORKS kat Harbourside start pukul 8.30 malam. So alang2 nak menunggu tu lepak la dulu minum teh.
 
 
Kat Sydney ni memang selalu ade fireworks display. Bukan time new year je ade fireworks k. Nak tau schedule fireworks ni korang boleh check http://www.darlingharbour.com/whats-on/fireworks/ .
Sebelum fireworks start, pukul 8 malam tu kiteorang dah blah café & cari tempat duduk kat tepi jeti. Korang kene cop tempat at least setengah jam lebih awal sebab kalo datang last minit confem kene berdiri jelah tengok bunga api. Masa kiteorang kat sini punyelah ramai manusia. Ye lah, sape tak nak tengok bunga api kan????
 
 
What a great show to end our 3rd night in Sydney..Syoknye tengok bunga api! Heheeee..Kalo New Year punye show aku rasa lagi gempak kot! Selain daripada fireworks kat sini ade jugak fire dancing acts, pastu ade jugak cam mini konsert tapi lagu cina la plak masa ni. Lepas dah setel show tu, kiteorang pun ape lagi. berjalan kaki lah balik ke Town Hall station, then tukar train ke Kings Cross. Sampai hotel je zzzzzzzzzzzzzz.


Tuesday, September 22, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 2 (The Rocks Market,The Tea & Cosy Cafe,Observatory Hill,Opera House,Paddy's Market)

4 Sept 2015-Jumaat

Hari ni aku bangun pagi rasa bersemangat gile dan ceria je nak bersiap & keluar hotel. Kan bagus kalo everyday bangun pagi rasa excited camni?? Hari kedua ni plan nak pegi banyak tempat so aku decide untuk tukar pakai kasut Crocs je. Misi pertama nak tengok apa yang ada kat THE ROCKS. Since hari ni hari Jumaat, The Rocks ade buat food market. So ape lagi, lets check it out!

Nak pegi The Rocks ni senang je. Dari Circular Quay Station boleh jalan kaki je ke The Rocks market, lebih kurang 600m (refer map below). Aku rekomen pegi lalu George st & balik lalu jalan kat tepi laut tu, dapat tengok burung merpati berterbangan, feri lalu lalang, kadang2 nampak jugak kapal besar P&O berlabuh kt situ, ade orang main muzik & other street entertainers. Korang bole beli gelato or calamari n chips kat kedai2 area Circular Quay Station, pastu makan tepi jalan sambil people watching. Memang syok! Kalo kat Malaysia ni takde peluang la nak lepak tepi laut tengah2 panas, memang berpeluh la kan satu badan..huhuu..

Ok back to the The Rocks market, selain daripada makanan, ade jugak peniaga2 yang jual produk buatan tangan diorang, ade yang jual candles, ade yang jual jewelleries. Aku nampak satu stall ni jual coasters seramik. Memang cool, sesuai untuk beli as souvenir untuk family. Satu coaster dalam $5.


 
 
Aku beli coasters ni 3 bijik. Yang design satu lagi lupa nak amik gambar plak..hehee..Masa tengah tengok2 coasters ni terserempak dengan couple dari Malaysia. Borak2 la kejap. Diorang kat Sydney dalam 2-3 hari je pastu nak ke Melbourne pulak kalo tak silap. Dah banyak tempat jugak diorang travel tapi takde travel blog, kalo tak boleh aku follow. Lepas dah borak2 tu aku teruskan perjalanan ke THE TEA & COSY CAFE. Aku nampak café ni dalam instagram, ramai yang cakap cute sebab dekorasi ala2 English. Memang cute pun!
 
 
 

 
Since makan kat Sydney ni memang mahal & duit Ringgit pun makin menyakitkan hati so takdelah nak order beriya2 sangat kat sini. Kiteorang order Devonshire Set je, itupun dah $14 & extra latte $4. Kiteorang decide duduk kat balcony tingkat atas. Memang best minum teh & scones atas balcony ni. Lepas makan tu laki aku nak repeat beli coasters pulak untuk family die. Die memang suka tiru aku so kiteorang patah balik ke kedai coasters tadi.  
 
Dari The Rocks kiteorang sambung perjalanan ke Argyle St pulak dan terus ke OBSERVATORY HILL PARK. Dari Observatory Hill ni boleh nampak pemandangan Sydney Harbour Bridge dari atas bukit. Memang cantik! Jom layan gambar.
 
 
 
 
 
Hari ni matahari terik so ramai ler mat salleh dok berjemur kat sini tapi nasib baik aku dapat port yang takde orang. Bole ler posing2 amik gambar. Last shot ni aku amik guna timer je. Tapi leceh gak la nak adjust angle letak phone atas backpack tu pastu aku kene berlari pulak & buat2 pose duduk. Kira terer la kan dapat shot ni..heheeee..Puas hati! Aku tak berapa minat sangat kalo berjalan guna monopod ni, so guna timer je lah. Dah lepak2 amik gambar kat Observatory Hill ni, kiteorang patah balik ke Circular Quay & proceed ke SYDNEY OPERA HOUSE pulak.
 
 
 
 
 
 
Haa cantek tak pemandangan kat sini? Aku memang suka waterfront cities. Teringat plak masa aku kat Istanbul dulu. Cuma bila melepak kat Eminonu tu kehadiran pelarian Syria yang meminta sedekah & orang2 jual barang tu aku tak berapa berkenan sangat. Other than that Istanbul is a beautiful city. Kat Sydney Opera House ni memang takde la orang yang push2 suh beli barang ke ape, tapi ade la jugak nampak peminta sedekah mat salleh kat tepi Circular Quay Station.
 
Since perut pun dah lapar, kiteorang tak lepak lama kat Opera House ni. Dari Circular Quay Station, kiteorang naik train ke Central Station. Central station ni adalah railway station yang paling besar & paling sibuk di New South Wales, ade 25 platform & dibuka pada tahun 1906. Memang cantik station ni.
 
 
Ni je seketul gambar aku amik kat Central Station..hahaa sori ye..Otak dah pikir nak makan je, tak kuasa dah nak amik gambar. Dari Central Station, kiteorang try naik Light Rail plak untuk ke PADDY'S MARKET. Orang cakap kat Paddy's Market ade banyak souvenir murah2..
 
Mula2 Light Rail ni akan berhenti di Capital Square pastu berhenti kat Haymarket. Kiteorang pun turun di Haymarket. Paddy's Market ni btol2 depan stop ni. Hmmm pada aku Paddy's market ni xde apa lah. Biasa2 je, banyak kedai jual barang yang sama. Kalo korang nak beli t-shirt murah2 ade la kat sini..T-shirt budak kecik dapat dalam $6 sehelai. Aku tak beli apa2 souvenir pun kat sini lagipun mostly China made.
 
Lepas dah survey Paddy's Market masa untuk cari makan plak. Huh perut dah berbunyi2 tahap berapa desibel dah ni..Jalan punye jalan ingat nak makan kat "Mamak" sekali tutup la pulak..Ade hikmah sebenarnya, bile aku check2 balik "Mamak" ni ade masak babi jugak k. Cehhh hampeh btol. Restoran "Petaling Street" pun tak halal. So last2 kiteorang jumpa satu restoran ni "Chinese Noodle Bar". Kedai ni memang terpampang tulis halal. Alhamdulillahhhhhhhh:)
 
"MAMAK" IS NOT HALAL! JANGAN MAKAN KAT SINI!
 
 
 
 
This is what we ordered..Yummy!
Huh lega btol bile dapat makan kat Chinese Noodle Bar ni. Portion pun Alhamdulillah memang banyak. Aku sampai terpaksa tapau lauk daging tu sebab banyak sangat. Sepinggan $12.80. Kira dah murah la tu. Lepas makan barulah otak boleh berfungsi seperti biasa..hehee..Perut pun dah kenyang hati pun senang, kiteorang pun balik semula ke hotel untuk rehatkan badan. Yayyyy....
 
Lepas dah rehat2 kat hotel, kiteorang keluar lagi sekali. Kali ni naik feri dari Circular Quay ke MILSONS POINT. Sebelum nak tunggu feri sampai kiteorang beli calamari n chips. Bila cuaca sejuk ni perut asyik lapar je kan..hehee..Best makan panas2 sambil tengok pemandangan bandar Sydney dari atas feri. Entah kenapa aku ni memang suka naik feri, bot & kapal pun aku suka. Tak kira la siang ke malam..Rasa macam nak masuk dalam gambar ni balik je..huhuuu rindu btol moment ni..:(
 
 



 
Kat Milsons Point ni takde ape sangat cuma ada Luna Park je lah. Kiteorang lalu je amik angin, tak naik pun ride2 kat sini. Tujuan utama nak naik feri malam2 je tengok pemandangan ..hehe..Lepas dah amik gambar sikit2, kiteorang pun tunggu feri seterusnya & balik semula ke hotel. Hari kedua yang memenatkan tapi sangat awesome!!
 
P/S: Lupa nak cakap, untuk hari kedua ni kiteorang beli kad MyMulti2 untuk memudahkan perjalanan. Lagi jimat sebenarnya pakai kad Mymulti untuk 9 hari compared to Opal. Tapi MyMulti ni sah sampai end of this year je. Diorang akan terminate penggunaan MyMulti ni in 2016.