Saturday, September 29, 2018

PERCUTIAN KE LONDON DAN PARIS SEPT 2018 - DAY 1 (KLIA-AUH-LHR, Bayswater, Oxford St, PRIMARK)

12/13 Sept 2018 - Rabu/Khamis

Syukur. Segala puji bagi Allah. Tahun ni aku dapat jejakkan kaki ke London sekali lagi. Kali terakhir Oktober 2015 dengan mak aku (post 2015 tak sempat nak siapkan, sorry guys). Kali ni aku siapkan ok, insyallah. Nak pegi bercuti ni memanglah happy tapi perkara pertama yang aku fikir lepas dah book flight ticket is dekat mana nak hantar kucing2 aku untuk boarding. Dulu aku hanya ada seekor kucing. Sekarang dah ada 6 ekor. Semuanya kucing2 rescue yang aku dah vaksin dan mandulkan.

Bercakap tentang cat boarding ni, aku ada pengalaman ngeri yang aku nak share. Beberapa bulan lalu semasa cuti raya, aku hampir2 nak hantar kucing2 aku ke rumah seorang makcik ni di Kasturi Heights, Nilai. Aku dapat nombor makcik ni dari jiran aku. So aku assume it should be a good place lah kan. Bila aku hantar kucing2 aku ke sana, mak aii. Speechless! Tempat sangat kotor, berlalat, kucing dikurung dalam keadaan busuk, tak terurus. Kandang diletak di luar rumah, kawasan belakang rumah pulak bersemak samun. Kucing2 yang dihantar pun dia tak kisah dah vaksin ke belum. Semua dia tibai. Masa aku datang makcik tu takde, yang ada cuma laki dia. Bila aku decide untuk cancel boarding, laki dia dok pandang aku siap tanya "Eh tak jadi ke?"

"What the F? Of course lah tak jadi" Aku cakap dalam hati je. Ikutkan hati nak je aku sound pakcik tu tapi aku cover line je lah. Aku kesian gila dengan kucing2 yang ada kat situ. Aku harap korang yang baca posting aku ni, tolong forward info ni supaya JANGAN HANTAR KE SANA. So untuk trip kali ni, aku lebih berhati2. Aku book 14 hari boarding di Cat Stop Centre, Puchong. So far harga dia memang ok & kebersihan nampak memuaskan. Banyak tempat lain yang lagi cantik & ada aircon bagai, macam Catzonia tapi harga tak leh blah, terlalu mahal untuk aku. Pagi Khamis 12 Sept, dengan berat hati aku hantar kucing2 aku ke Cat Stop Centre. Dua minggu nak berpisah dengan anak2 bulus kesayangan. Huhu sedih wei.

Muka sedih je kene tinggal:(

Lepas setel cat boarding, kiteorang gerak ke KLIA naik Grab. Flight pukul 7.45pm, Etihad Airways. Seating arrangement 2-4-2, Airbus 330. Kiteorang dapat window & aisle seat. Flight berlepas mengikut jadual, no delays alhamdulillah. Selepas 7 jam, kiteorang sampai di Abu Dhabi Airport, transit 3 jam kat sini. Sempat lah singgah beli souvenir sekejap. Aku beli fridge magnet AED25 & charm bracelet untuk mak aku, AED30. Barang2 kat sini memang mahal. So tak dapatlah nak beriya sangat shopping. Lagipun kiteorang hanya tukar AED100 sahaja. Dapatlah nak minum kopi kat Costa Cafe sambil tunggu next flight. 



In flight meal from KLIA-Abu Dhabi

Fridge magnet & charm bracelet @ Abu Dhabi Airport

Costa cafe @Abu Dhabi Airport - Total AED43

Flight ke London bertolak pukul 2.40 pagi, Airbus 380. Seating luas sikit, 3-4-3. Ade passanger sebelah aku so tak dapatlah nak melunjur kaki. Kejung lah aku selama 7 jam lebih ke London. Huhu. Penantian itu satu penyiksaan. Akhirnya pukul 6.50 pagi waktu London kiteorang sampai di Heathrow Airport. Yayy! Baru nak yay yay sekali tengok line punyelah panjang kat imigresen. Dah la penat naik flight 14 jam, kene beratur pulak. Kali ni queue sangat teruk. 2015 masa aku pegi London dulu takde lah teruk macam ni. Staf airport sampai hulur air mineral untuk kiteorang sebab terpaksa beratur berjam2! Kesian kat orang2 tua, lama diorang kene diri. Akhirnya kiteorang lepas imigresen lepas hampir 3 jam menunggu giliran! Gila tak? Memang serius tak efisien Heathrow ni.

Heathrow Airport

Lepas collect luggage kiteorang bergegas ke arah train platform untuk ke Paddington. Tak sabar rasanya nak check-in hotel. Ade perubahan sikit tentang train ke Paddington ni. Dari airport ke Paddington station £10.30/pax, naik TFL Rail. TFL Rail ni lagi murah dari Heathrow Express. Ade ticket machine kat situ, korang tak payah susah2 beli Oyster Card kat kedai mana2. Kiteorang beli 2 Oyster Card dengan top up £30 seorang. Total £70. Salah satu advantage booking hotel di kawasan Paddington ialah korang tak perlu nak transfer train banyak kali dari airport. 


Ikut anak panah ke arah TFL platform


Platform TFL Rail
Inside TFL Rail

Perjalanan dari airport ke Paddinton tak lama, lebih kurang 30 minit je. Rasa bersyukur sangat book hotel di area Paddington. Kalau tak azab nak mengangkut luggage turun naik tukar2 train macam pengalaman aku di London dulu. Sampai je di Paddington Station kiteorang naik tingkat atas & jalan ke arah Grand Union Canal Exit. Sebenarnya kiteorang salah exit. Sepatutnya ke arah St Mary's Hospital. Dari Paddington ke hotel hanya 500m, tapi disebabkan tersilap, jauh la sikit berjalan. Akhirnya sampai juga di hotel yang beralamat di 8 Craven Hill, Paddington. Fuh lega! Walaupun kiteorang tak dapat check in sebab bilik belum ready, kiteorang letak luggage dulu & jalan kaki ke Tukdin untuk lunch.

Paddington Station

Ada escalator & lif kat Paddington Station

Leganya dapat makan kat Tukdin. Kiteorang order nasi goreng, nasi lemak & 2 teh tarik. Total £20. Nasi lemak nampak kurang menyelerakan, nasi goreng aku ok lah sedap walaupun nampak macam nasi goreng kosong je. Tukdin ni 70m je dari hotel. Haha terbaik. Lepas makan kiteorang pegi hotel balik tanya reception boleh check in awal ke tak. Alhamdulillah bilik pun dah ready & kiteorang menapak ke tingkat 2. Kene ingat ye accommodation kat London ni takde lif, Bilik yang kiteorang book memang sangat2 berbaloi. Luas, ada kitchen, ada tingkap mengadap pokok2. Cuma toilet je kecik sikit, takde bathtub. Total 6 malam di 8 Craven Hill £588.60 melalui Booking.com. 

Total lunch £20 @ TUKDIN

8 Craven Hill, Paddington

Our room for 6 nights

Alhamdulillah bilik sangat2 selesa. Dapatlah rehatkan badan sampai ke petang. Dalam pukul 5.30 petang kiteorang keluar balik cari SIM Card. Aku dah google siap2 lokasi Three. Three ni antara prepaid sim card provider yang ada kat London. Branch yang terdekat dengan hotel kiteorang ialah di 124 Queensway, Bayswater. Lebih kurang 800m jalan kaki. Sebelum tu sempat singgah Malaysia Hall Canteen, saje tengok2.  Sampai je kat Three kiteorang beli 2 SIM card PAY AS YOU GO plan, 5GB data, £15/pax. 


From hotel to Three SIM
Malaysia Hall Canteen entrance
Beli SIM card at THREE

SIM dah setel, kiteorang jalan kaki ke Lancaster Gate. Tunggu bas no.94 ke Piccadilly Circus. Dulu masa aku kt London aku naik Hop on Hop Off. Kali ni nak jimat duit sikit, naik bas biasa je. Bila naik bas touch je Oyster Card tu di card reader. Kalau boleh duduk atas lah. Korang boleh nampak pemandangan bandar London yang lebih cantik. Sampai je kat Piccadilly Circus, kiteorang jalan kaki all the way to Primark. Sambil jalan2 tu masuklah semua kedai famous macam River Island, Topshop, H&M, Bodyshop, dll. Aku masuk BodyShop sebab nak beli shower gel. Memang tak bawak shower gel dari rumah. Kebetulan ada promosi beli 1, yang second separuh harga. So aku beli 2 botol, £7.50.





Hasil tangkapan pertama £7.50

Lepas tu kiteorang masuk Primark pulak. Suasana sepanjang Oxford St ni memang sangat crowded tapi happening. Ni kira tempat wajib lah kalau melancong ke London. Dekat primark aku target beli baju tido je & souvenir untuk family. Pyjamas set dia cantik2 tapi sayang banyak saiz dah habis. Tinggal saiz XS & XXL je. Dalam banyak2 tu aku berjaya dapat selai je saiz S, £10 & stokin 5 pasang £1.80. Murah gila.

Baju2 di PRIMARK



Hasil tangkapan kedua -pyjamas set £10

PRIMARK dah setel kaki pun dah penat. Masa ni dah pukul 9 malam. Kiteorang naik tube dari Marble Arch ke Bayswater. Target nak beli groceries sikit kat Sainsbury's. Plan nak masak pasta simple2 je besok. Aku beli fettucine, cendawan, udang, roti, cili padi, sayur, bawang, air mineral & aiskrim. Total £16.75. Tak beli banyak sangat bahan sebab tak nak membazir. Dalam pukul 11 malam kiteorang sampai hotel balik. Penat! Tak jadi nak makan roti ke buat air ke apa. Lepas mandi terus tido. ZZZZZZZZ. That's all for day 1!


Groceries @Sainsbury's


No comments:

Post a Comment