Thursday, August 6, 2015

OSAKA TRIP-DAY 4 (UMEDA SKY BUILDING, OSAKA CASTLE, HEP 5 FERRIS WHEEL, SHINSEKAI)

18 OCT 2014-Saturday

Hari ni kiteorang plan nak beli Osaka Amazing Pass (1 day pass ¥2,300) di JR Osaka Station & pusing2 sekitar Osaka. Ade banyak tempat jual Osaka Amazing Pass ni, untuk maklumat lanjut bole rujuk https://www.osaka-info.jp/osp/en/buy/buy.html Osaka Amazing Pass ni ade 2 jenis, 1 DAY PASS & 2 DAY PASS. Kiteorang tak beli 2 day pass sebab besok dah nak balik dah. Lagipun kiteorang tak berapa minat nak pegi sume muzium2 yang ada dalam pakej ni, tengok sikit2 sudah. Dulu masa kat Tokyo dah pegi muzium dah, so suasana lebih kurang sama je. Kiteorang prefer tengok pemandangan so out of 28 attractions, kiteorang pegi 3 tempat je. Nak ikutkan tak berapa nak untung sangat kalo amik pas ni setakat pegi 3 tempat je, tapi disebabkan hari ni aku macam penat sikit, so aku nak take it easy je lah..malas nak rushing2..

 
Ok lepas dah beli pas kat JR Osaka Station, kiteorang pun mula lah cari UMEDA SKY BUILDING ni. Haa yang ni memang azab btol nak cari. Tanya orang sana sini, sumenye tak faham English. Selagi kita buat muka tak faham selagi tu lah diorang cuba untuk explain in Japanese..Adoiii bersungguh2 btol orang Jepun ni, sampai aku terpaksa buat2 faham. Well terima kasih lah rakyat Jepun yang sangat prihatin, takpe aku cari sendiri je. In the end lepas dah tawaf area JR Osaka Station tu 5 kali last2 dapat gak jumpa bangunan ni. Rupa2nya kiteorang tak perasan kat mana pedestrian underground passage ni. Tempat macam tersorok sikit & memang takde signboard so kene pandai2 la cari ye.
 
Directions to Umeda Sky Building from JR Osaka Stn
 


 
 
 
 
Akhirnya dah sampai kat Umeda Sky Building..legaaa...Tinggi bangunan ni 173m & jenis open rooftop so dapat lah tengok pemandangan 360 bandar Osaka. Sangat menenangkan sebab jenis open air kan. Kalo ade rooftop café kt atas ni lagi menarik kot, bole lepak2 minum kopi ke ape sambil tengok pemandangan..Hmm tapi takde so telan air liur je lah ye. Pemandangan bandar Osaka ni taklah sehebat skyscrapers di Hong Kong or New York tapi still cantik la pada aku. Lepas puas amik gambar tu kiteorang patah balik ke JR Osaka Station. Misi seterusnya ialah makan tengahari!
 
 
Prawn biryani at Dotonbori
 
Tetiba tekak nak makan Indian food plak hari ni. Dah 3 hari tala sushi, so nak ler makan yang pedas2 sikit. Indian restaurant ni kiteorang tak buat research pun, kebetulan ternampak kat Dotonbori btol2 sederet dengan ketam giant Kani Doraku tu. Sorry tak ingat nama restoran ni, kalo korang tau bole la update kat aku k. Kiteorang order prawn biryani sebab tu je yang halal. Alhamdulillah lega dapat makan biryani. Lepas dah setel lunch kiteorang pun meneruskan misi seterusnya..Osaka Castle Museum!
 
 

 
 
Kat sini lah kiteorang berhenti jap untuk solat


 
Sebelum masuk dalam Osaka Castle Museum ni, laki aku dapat peluang amik gambar dengan group samurai. Punye lah ramai orang berebut nak amik gambar. Time aku nak amik gambar, diorang dah blah plak..cehhh..takde rezeki. Takpe lah, semalam aku dah dapat amik gambar dengan geisha kat Kyoto, so ok la tu kan.  Masa ni matahari terik gila so kiteorang cepat2 masuk dalam kawasan Osaka Castle Museum. Kiteorang nampak tembok around muzium ni macam redup je so naik la sekejap untuk rehat & solat. Mesti ade tourist yang tengok2 aku semacam je kan bila pakai telekung diri atas tembok ni..nasib baik siang, kalo malam??Confem diorang ingat hantu!hehehh..
 
Lepas dah solat & rehat, kiteorang beratur untuk masuk dalam castle plak. Line orang beratur punye lah panjang, masyaallah panas pulak tu..hmmm..menguji kesabaran btol. Pada aku dalam museum ni biasa2 je la, takde ape yang menarik sangat pun. Lepas dah setel round2 dalam muzium, kiteorang pun cari lah stall nak beli makanan. Nasib baik ada orang jual sotong bakar. Syukurrrrr...Jom layan sotong bakar jap!
 

Inside Osaka Castle Museum

 
Yummy!!!
 
Terliur plak aku tengok balik gambar sotong ni..hehehh..Kat sini tu je lah yang boleh dimakan, yang lain sume tak halal. Lepas keluar dari kawasan Osaka Castle Museum tu, kiteorang bergerak ke Tanimachi 4-chome Station. Singgah jap kat convenient store beli ice cream & snack sambil study map. Dari Tanimachi 4-chome kiteorang tukar train di Hommachi Station ke Umeda plak. Dah sampai Umeda lepak jap kat Osaka Station City. Saje nak tengok apa yang ada kat shopping mall ni. Last2 kiteorang minum kat Starbucks je kat Lucua mall. Lega dapat rehatkan kaki jap.
 
Masa ni kiteorang tak amik gambar sangat. Maklumlah dah penat. Misi seterusnya nak cari HEP FIVE Ferris Wheel plak. Ni pun satu hal nak cari. Bandar Osaka ni sangat sesak, especially kat area Umeda ni sebab ade main station, banyak department stores & pusat hiburan. Bayangkan pusat hiburan pun sampai 6 tingkat. Bowling, karaoke, snooker, darts, segala bapak hiburan sume bukak 24jam k!Memang korang bole enjoy ler sampai lepas subuh kat sini! Tapi kiteorang tak masuk pun. Gambar pusat hiburan ni kiteorang amik masa kat dalam ferris wheel. Sesat jugak kiteorang nak mencari ferris wheel ni, rupe2nya ferris wheel ni dalam shopping mall,dekat bahagian atas..Aiyoo patotlah pusing2 tak jumpa. Sabo je lah! Kat dalam ferris wheel ni gelap so gambar sume tak berkualiti. Kat bawah ni aku tepek 1 gambar je untuk tunjukkan suasana atas HEP FIVE ferris wheel ni.
 
 
View of Osaka from ferris wheel
 
Sebelum balik semula ke hotel untuk packing barang sume kiteorang singgah di Shinsekai jap untuk dinner terakhir di Osaka. Orang cakap Shinsekai ni ade retro feel, kira macam bandar lama la so something different dari apa yang kiteorang selalu tengok. Lagipun Shinsekai ni terkenal dengan kushikatsu. Kushikatsu ni jenis makanan bergoreng yang dicucuk dengan lidi, aku tengok kat internet memang nampak menyelerakan. Tapi bila kiteorang sampai kat sini susah plak nak cari yang takde babi..Sume babi je kiri kanan. Kalo bagi non-muslim, tempat ni consider food haven la, memang banyak gila kedai makan. Last2 kiteorang makan kat satu kedai ni, ntah ape nama sorry aku tak amik gambar sebab dah penat. Kiteorang order udang & sotong masak atas hot plate. Aku pun tak tau ape nama dish tu, main bedal je sebab dah lapar.
 

 


 
 
Memang cantik suasana malam kat sini, sangat retro..Penuh dengan lampu & signboard restoran. Macam2 bau makanan ada, bau babi pun banyak agaknya kat sini..hahaa..Maybe korang bole la buat research lagi untuk cari restoran kushikatsu yang takde babi kat area Shinsekai ni. Aku dah tak kuasa nak mencari sebab kaki dah sakit gila oiii..tak sabar nak balik hotel rendam kaki dalam air panas. Lepas dinner di Shinsekai kiteorang pun naik train balik ke hotel di Nakatsu. So ni lah sedikit sebanyak pengalaman kiteorang di Osaka pada hari yang keempat. Bsok aku sambung lagi k!


No comments:

Post a Comment