Hari ni kiteorang kene check out hotel sebelum pukul 12. So kiteorang decide untuk check out awal sikit & tumpang letak luggage sekejap kat reception. Kat Korea ni insyaallah selamat kot walaupun bajet hotel. Kalo kat Malaysia hmmm xtau lah nak cakap..kat surau pun orang bole mencuri kan...pikir sendiri ler..
Lepas drop bag, kiteorang singgah ke Dongdaemun lagi skali nak shopping sikit sebelum gerak ke Gangnam..heheee.. Dongdaemun ni kira heaven la untuk ladies sebab banyak department stores jual baju, Goodmorning City, Hello APM, Migliore, Doota Mall (bole refer map below). Sume stores ni sebelah2 je. Heaven kan????? Xyah jalan jauh2..Guys & kids punye baju pun ade, mostly kene naik upper floors. Diorang ni memang bukak daripada pagi sampai pagi k..Ini la baru namanya shop till you drop! Kalo minat cardigan kat sini memang banyak. Untuk muslimah memang sesuai lah pakai cardigan ni sebab labuh2. Banyak pilihan sampai rambang mata tak tau nak beli mana satu. Ni kalo pegi dengan geng2 pempuan ni mau bankrupt dibuatnya! Nasib baik lah travel dengan hubby so tak jadi nak bankrupt..hahaaa...
Haa rambang mata tak?? Sorry tak banyak amik gambar masa ni sebab tengah khusyuk tengok baju..hahaaa..biasalah orang pempuan:) Harga not bad la antara 15,000-35,000won..yang mahal lagi pun ade tengok design & kualiti. Kat sini takde fitting room so kalo nak try tu kene sarung camtu je lah pastu tengok depan cermin. Since takde fitting room agak susah lah nak pilih baju..huhuuu..Sampai ade pempuan ni nak try jeans, diorang bagi cam kain sarung untuk cover, pastu pempuan tu try kat situ gak! Hebat2..Oh lupa nak cakap cardigan grey labuh yang I pakai dalam pictures before this I beli kt sini lah. Beli selai je 25,000won..heheeee..Berjaya menahan nafsu coz plan nak save duit for another trip. Hubby pun ada jugak tengok guys punya baju tapi die tak berkenan. In the end kiteorang beli sweatpants je sebab nampak macam cool plak. I plan nak pakai sweatpants ni buat pakai kat rumah je..heheee design die cute2. Try minta kurang tak dapat, cissss kedekut punya auntie! So kene la bayar ~15,000won each. Nasib baik beli 2 lai..Yahooo!
Cute sweatpants 15,000-16,000won each |
So lepas shopping kiteorang pun jalan kaki ke Dongdaemun Shopping Complex next to JW Marriot Hotel nak cari Korean Silk untuk belikan family. Bila masuk building ni memang banyak lah kain tapi xtau kain ape, nampak macam banyak chiffon & cotton je. Bila tanya masing2 English memang tersangat fail k. Cakap "silk" pun diorang tak faham..huhuuu..Ade sorang auntie ni sebut "shike", silk lah tu kot. Die bagi direction tapi dalam bahasa Korea lah ye. Kesiannn masa tu memang rasa rugi je tak belajar bahasa Korea. So bile dah pusing2 tak jumpa silk kiteorang pun gerak ke restoran Dongdaemun grilled fish yang famous tu untuk lunch. Hari tu nak makan kat kedai tak dapat sebab tutup, so hari ni nak try luck. Syukur sebab bila kiteorang sampai je auntie tu tengah bakar ikan. Yesssss! Auntie ni & staf die memang bagus lah, sengih je memanjang. Patotlah kedai ni sangat famous dikalangan bloggers. Diorang ni dah tau kita ni muka tourist, so just pilih nak ikan apa then duduk diam2 kat dalam kedai. Hubby pilih mackerel & I pilih ikan errr..kerisi kot, not sure. As usual set ikan bakar ni akan datang dengan banchan skali. Nak wasabi dengan kicap pun ada, self service. 2 sets around 16,000won.
Dongdaemun Grilled Fish Set |
Kalo tengok gambar ni mesti korang wondering kan nape auntie ni buat muka camtu?? Haa die bukan mengadu sakit gigi k.Sebenarnya die bagi sign language cakap I comel..hahaa (jangan muntah eh)Bagus btol customer service auntie ni, I lap you lah auntie!Mana tau lepas kene puji ni insyaallah I datang makan sini lagi ye..Heheeeeeeee...
Orait back to food review, kalo compare ikan bakar kat Dongdaemun ni dengan our first ikan bakar kat Namdaemun market hari tu memang jauh beza (ni bukan sebab kene puji tau!). Kat sini die tak overcook so ikan die still moist & melt in your mouth gitu. Ni kalo cicah dengan kicap letak cili padi ckit, bawang ckit pastu makan dengan nasi lemak panas2 perghh memang terbaik woo, teringat plak makan ikan bakar kat Umbai. Dah2 xyah nak berangan k, kat Korea buat cara orang Korea, makan dengan nasi cam pulut & banchan yang mostly sangat bland takde rasa. Oklah janji perut kenyang kan. So lepas kenyang kiteorang pun jalan kaki cross Cheonggyecheon stream (stream ni overrated lah, actually nothing extraordinary pun tapi air die memang jernih la) & bergerak ke Dongdaemun Design Plaza or DDP. DDP ni opposite shopping malls tu je (bole refer map kat atas tadi). Very futuristic looking building, kalo malam memang lagi cantek amik gambar kat sini.
UFO has landed.... |
After our drink we headed back to our hotel sebab nak amik luggage. Alhamdulillah lega check out hotel hari ni, memang kiteorang hoping hotel kat Gangnam nanti lagi comfortable lah. Nak gerak from CMS Inn Hotel dari Hoegi Station ke Pharos Hotel kat Sincheon Station bukan senang k. Imagine kene tolak luggage sambil naik tangga turun tangga, turun naik train, transfer station lagi. Nasib baik lah luggage 2 je! Kalo compare subways kat Jepun banyak disediakan escalators so sangat convenient untuk kesana sini dengan luggage, tapi kat Seoul ni ade lif je,itu pun selalu penuh. Escalators ada kat a few stations je. So just bare that in mind kalo korang plan untuk tukar2 hotel kat Seoul ni. Nak cari Pharos Hotel from Sincheon Station nasib baik senang. Alhamdulillah lega..Just 2 blocks away from the station (Exit 4) & turn left. Kat sini ada banyak farmasi, beauty shops, bakery & restaurants. Depan hotel je ada convenient store. Room & bathroom spacious, clean, housekeeper friendly, WIFI pun laju. So memang highly recommended!
Bila dah check in hotel selesa ni, sakit tekak & batuk pun automatik rasa cam dah berkurangan je..hehee..Lega dapat tilam empuk, dah 3 malam tido tilam keras ok!Untuk Rm775 for 3 nights memang sangat2 berbaloi, beza ~Rm150 je from bajet hotel!So lepas solat & rehat, kiteorang pun mulakan langkah untuk explore area Gangnam plak. First destination is Hard Rock Café Seoul. Nak ke Hard Rock Seoul ni just turun Jamsil Station, take Exit 1 & proceed ke Lotte World Mall. Hard Rock Café Seoul is on the 5th floor, makanan halal yang bole dimakan pun ada kat 5th floor ni, so jangan risau.
Lotte World Mall entrance |
Ramai btol jumpe orang Malaysia dalam Hard Rock ni, sume tengah shopping. I memang suka kumpul keychain guitar Hard Rock tapi Seoul punya version tak rock langsung k, ade ke guitar bling2, hishh tak minat lah. So bila tak dapat beli keychain terpaksa la beli benda lain, lepas belek2 akhirnya belilah sweater color maroon ni.Cool sebab design die simple je tapi patchwork die menarik. Harga 54,000won. Lepas tu nampak plak scarf corak guitar, cool jugak tu! Harga 22,000won, mula2 ingat nak beli tapi bila pikir2 balik scarf sampai 22,000won macam tak worth it lah. Kalo ade tulisan Hard Rock ok gak kalo beli. So beli sweater je la akhirnya:) Hubby beli T-Shirt Hard Rock 29,900won, glass 19,900won & fridge magnet 5,900won.
Hard Rock Bebehhhh |
Ok lepas shopping kat Hard Rock tu kiteorang round2 Lotte Mall ni. Nak makan memang sume mostly mahal la. Yang affordable kat sini snack food die jelah, kiteorang beli fish cake inti custard or Bungeoppang & sweet potato je. Ade banyak stall kecik2 kat 5th floor ni, lepas tapau fish cake & sweet potato tu kiteorang lepak kat café order hot tea & coffee.
Walaupun nampak simple tapi sedap k! Sambil2 makan tu kiteorang plan itinerary bsok samada nak pegi Everland or Lotte World je. Tekak still rasa sakit lagi, macam tak larat plak nak berjalan jauh sampai ke Everland. Dah tentu kat Everland tu kene banyak berjalan jugak sebab area besar. Everland ni rasanya lebih kurang macam Ocean Park kat Hong Kong la kot. Lepas discuss kiteorang decide untuk hangout kat Lotte World je lah since dekat sangat dengan hotel. Lagipun kiteorang dah pernah pegi Disneyland, DisneySea, Universal Studios sume tu, so rasanya dah cukup dah pengalaman pegi theme parks ni. Kiteorang decide untuk beli tiket AFTER 4 SPECIAL PASS untuk masuk Lotte World. Kalo beli tiket after 4pm ni ade discount. 37,000won per pax. Rasanya 6 jam kat theme park dah lebih daripada cukup.
Lepas dah habis minum, masa untuk dinner plak. Plan untuk dinner kat Halal Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant. Sebenarnye restoran ni tak masuk dalam itinerary pun sebab I memang tak makan kambing. Tapi nak dijadikan cerita, hari kedua lepas kiteorang balik dari Restoran I Love Sindang Dong, kiteorang jumpa sorang akak ni dari Malaysia dalam subway. Sembang2 dengan die sekali die recommend Restoran Yang Good ni. Die cakap kawan die yang tak makan kambing pun suka makan kambing kat restoran ni sebab tak hanyir langsung. Hmm menarik jugak tu bunyi nye..So kiteorang pun recommend restoran I Love Sindang Dong kat akak tu jugak. Siap bertukar2 info lagi dalam subway (Kak if you're reading this thanks again for recommending ya,kalo tak memang I takkan pegi restoran ni..hehee). 1 set of lamb on skewers & additional lamb fillets total 35,000won. Yang paling best is the banchan macam mix vege tu, memang sedap! I habiskan satu bowl & lepas tu waiter tambah lagi.Yayyy..
Halal meat finally!Thank God! |
DIRECTIONS TO HALAL YANG GOOD KOREAN BBQ LAMB RESTAURANT:
1)Exit Yeoksam Station (Exit 6)
2)Walk straight until you reach KFC, turn left
3)Take 1st junction to the right
4)Turn Left (road is a bit downhill)
Lepas kenyang makan kambing, kiteorang pun naik train balik ke hotel & zzzzzzzzzz.
Next update>>Garuso Gil, Gangnam, Lotte World
No comments:
Post a Comment