Mesti korang tertunggu2 day 4 kan? Ada yang tak sabar nampaknya. Hehe.
Ok hari ni sebelum gerak ke Fremantle, kiteorang brekkie kat tempat yang agak popular dikalangan locals. Pelancong jarang lepak sini. Setiap kali travel mana2, aku memang suka tempat2 makan yang locals selalu pegi. Baru la feel kan. Aku dapat tau pasal tempat ni pun dari Instagram. Untuk makluman kafe ni ada hidangan ham, so sesiapa yang rasa was2 tu korang boleh lah skip tempat ni k. Toastface Grillah ni buka seawal 7 pagi. Ada hari pukul 9 pagi. Terletak di Grand Lane, di hujung simpang Wellington St & Barrack St. Menu utama toast & coffee.
Kiteorang order 3 Cheese $7, Chilli Cheese $7 (biasalah aku kan suka pedas) & 2 cawan kopi $7. Total $21. Kalau dikali dengan 3.4 dah berapa RM kan? Haha takyah la convert buat sakit otak je. 3 Cheese tu ada campuran cheddar, gruyere & emmental. Ha apa kejadah gruyere & emmental tu? Tu kira Swiss cheese lah saudara saudari sekalian. Chilli cheese plak ada campuran cheddar, chilli & smoked paprika. Rasa sedap gak la. Roti dia rangup. Cuma dalam otak aku mengharap cheese tu lebih rasa lemak berkrim. Tapi ni rasa light2 jerr.
TOASTFACE GRILLAH @ GRAND LANE
Breakfast total $21 |
Sambil lepak makan roti, aku peratikan ramai kat sini lelaki. Kebanyakkannya pekerja2 yang baru nak masuk ofis. Tempat duduk tak banyak, ramai yang makan sambil berdiri pastu merokok berjemaah. Kawasan kafe ni tak besar, macam reban ayam je. Keliling kafe banyak mural. So lepas makan tu aku round2 tengok mural apa yang ada. Terasa poyo plak bergambar pagi2 buta kat sini. Ye lah macam aku cakap tadi, tempat ni kebanyakkannya dikunjungi oleh locals je. Kiteorang je pelancong sesat. Heheh.
FREMANTLE
Fremantle Station |
Fremantle Station to E Shed Market |
Jarak dari Fremantle Station ke E Shed Market ni lebih kurang 700m. Aku tak lama pun kat E Shed market sebab tak menarik sangat minat aku. Maybe sebab ni dah kali ketiga ke Aussie so takdelah beriya sangat nak tengok souvenir lagi. Kat dalam ni ada beberapa kedai kraf & kedai souvenir, yang popular Megabes & Aussin. Aku masuk Megabes je. Orang Malaysia penuh kat sini, kedai plak kecik sampai berlaga2 bahu. Cari punya cari last2 aku berkenan kat magnet + bottle opener ni. Terus sambar. Konon nak cepat tapi nasib tak berapa baik beratur belakang minah Filipino ni. Aku tak pasti samada dia nak beli souvenir untuk family dia atau dia nak buat bisnes jual souvenir?? Mak aii berplastik2 dia borong. Total dekat nak $200. Masa nak bayar tu ada lagi yang dia nak beli. Gila lah. Ade mat salleh belakang aku sampai sanggup bayar lebih (dia cakap kat owner kedai takpelah keep the change) sebab malas nak tunggu lama sangat. Tersengih2 owner Megabes tu. Siap promote kedai dia satu lagi kat dalam Fremantle market. Bisnes jual souvenir je tapi dah kaya raya cina ni siap bukak cawangan lagi. Pandai btol buat duit.
Cute tapi tak berbaloi dengan harga |
Perth magnet |
Setelah beratur punya lama, akhirnya dapatlah aku beli 2 ketul bottle opener + magnet Perth ni. Aku beli pun sebab ada tulisan Perth & kualiti superb. Harga pun superb aka mahal! Nanti aku cek balik harga, tak ingat plak. Rasanya $7 kot sebijik. Souvenir dah setel, misi seterusnya nak check out Fremantle market. Dalam perjalanan tu sempat amik gambar bangunan2 yang ada. Memang cantiklah Fremantle ni. Aku plak sejenis yang minat senibina walaupun tak pernah amik course senibina masa kat U dulu. Heheh. Terasa dalam movie set zaman dulu2 gitu. Such a different vibe from Perth city. Let's check it out!
Cantik kan? Gambar ni semua aku capture guna iphone 6 je. Lepas tu edit sikit. Kalau guna iphone 8 ni confirm lagi meletop gambar. Hehe. Dah2 takyah nak berangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Lagipun kos iphone 8 tu boleh lepas vacation ke Europe! Ok lah sambung balik pasal Fremantle. Kawasan ni ada vibe ala2 French Quarter, New Orleans sikit. Walaupun aku tak pernah jejak kaki ke New Orleans lagi. Haha. Itu berdasarkan apa yang aku pernah tengok dalam tv la. Ukiran pada balcony & balustrades (railing) tu yang buatkan bangunan2 kat sini nampak menarik. Personally aku rasa Fremantle ni tak cukup setakat datang sekali je. Kene repeat tak esok lusa untuk kopi2. Tersangatlah chill dapat lepak minum2 kat sini.
FREMANTLE MARKET
E Shed Market to Fremantle Market |
Mural by ROA |
Jarak dari E Shed Market ke Fremantle Market lebih kurang 1.1km. Sebelum masuk market ada mural di Henderson St. Ini bukan tikus ye. Ni lukisan seekor numbat. Numbat ni dikategorikan sebagai spesies terancam di Australia. Kebanyakkannya hidup di bahagian barat Australia. Lukisan sepanjang 25m ni dilukis oleh artis Belgian, ROA. Aku dapat tau yang artis ni dibayar $15,000 untuk lukisan ni. Untungla. Hasil lukisan semalaman kat dinding je boleh dapat banyak tu. Tapi memang detail lah lukisan dia. Setel bergambar kiteorang masuk Fremantle market plak. Ada macam2 kedai dalam ni tapi aku tak bergambar sangat sebab terlalu sesak. Yang menarik minat aku kedai no.44. Kedai ni jual lukisan2 dari pelukis tempatan Wendy Binks. Antara hasil karya dia yang femes ialah stunned emu designs. Aku beli emu magnet & bingkai gambar. Sori harga tak ingat plak nanti aku update balik.
Wendy Binks Shop |
Sebelum keluar Fremantle Market, lokasi terakhir kiteorang check out ialah Megabes. Again. Saje nak tengok apa yang ada. Cawangan Megabes kat Fremantle Market ni lagi selesa la pada aku sebab dekat dengan exit. So tak rasa stuffy macam kat E Shed. Mula2 plan tak nak beli apa tapi last2 terjebak beli beach towel 2 helai. Satu untuk family aku. Ok la jugak kan boleh guna kat rumah. Aku beli pun sebab ada lukisan Fremantle kat towel tu. Harga towel $10.95 sehelai.
Dah penat berjalan apa lagi perut pun dah berbunyi. Lunch kiteorang nak makan kat Kailis Fish Market. Macam biasalah semua pelancong Malaysia berpusu kat sini. Jarak dari Fremantle Market ke Kailis lebih kurang 850m. Sebelum tu sempat la singgah kat taman berhadapan Mews Rd. Kat taman ni ada Sky Ride Ferris Wheel. Tengok je, tak naik pun. Best jugak lepak sini dengan angin yang sepoi2 bahasa. Orang pun tak ramai. Depan ferris wheel tu belah kanan dah nampak kafe Cicerello. Kiteorang bergambar jap depan kafe ni sebelum ke Kailis.
Err patung kuning tu macam lucah je? |
Akhirnya sampai di Kailis. Orang Malaysia & Indon punyelah ramai. Kafe hampir penuh so kiteorang cepat2 cop seat kat luar. Tak minat duduk bahagian dalam kafe sebab lighting tak onzz. Heheh. Lagipun kat luar boleh tengok seagulls. Aku tak order banyak sebab takut tak habis. Just order squid & fish, $16.50 & spring mineral $3.80. Tetiba laki aku pegi tambah order chilli mussel $26.50. Sekali datang perghh penuh semangkuk. Aku dah la tak suka mussel. So dia terpaksa lah melantak sorang2 kupang semangkuk tu sampai habis. Haha. Kesimpulannya biasa2 je fish n chips kat sini. Fresh la tapi that's about it. Takde la best gila2 macam ramai orang cakap sebab ikan & sotong goreng tepung je pun. Sotong goreng tepung kat Avalala Damansara Uptown lagi sedap! Haha. Tapi yang pasti yang best kat sini is the ambience.
GONDOLAS ON THE SWAN
Belah petang kiteorang repeat area Elizabeth Quay. Kali ni aku teringin nak naik gondola. Sebelum naik gondola sempat bergambar lagi sekali kat Elizabeth Quay Bridge. Tak sudah2 bergambar kan. Siap buat video lagi. Sabar je lah photographer aku. Heheh. Kalau nak tengok video2 yang aku amik kat Perth ni boleh follow IG aku >> madame_treschic. Syok btol lepak petang2 ni. Matahari dah tak terik. Angin pun makin sejuk. Setel bergambar kiteorang gerak ke jeti untuk naik gondola. Gondola ride ni ada ride sejam & ada 15 minit. Untuk ride 15 minit, bayaran $15 seorang. Walaupun rasa 15 minit tu macam sekejap, tapi trust me, memang berbaloi. Bila dah naik tu siap ada muzik instrumental lagi, wow rasa macam kat Venice plak. So romanticooooo!
DINNER - INSAN CAFE
Disebabkan dah puas melepak sampai ke petang, kiteorang decide untuk tido awal malam ni. Lagipun esok full day road trip & kene bangun awal untuk amik kereta sewa. Mula2 plan nak makan malam kat Cafe Karache tapi tutup plak. Aku mengidam teh tarik dia. Tapi takde rezeki nampaknya. Huhu. So dinner kat Insan Cafe je lah. Kiteorang order mee goreng, nasi goreng & teh tarik. Total $27. Lepas tu singgah Woolworths jap beli snack untuk road trip esok. Aku beli potato salad $4.99, Dare iced coffee $2.85, spring water 3 botol $2.10 & Smiths chips $2.50. Tu je untuk hari yang keempat. Goodnight!
Total $27 |
Bekal untuk road trip |
No comments:
Post a Comment