Wednesday, September 27, 2017

PERCUTIAN KE PERTH WA 2017- DAY 3 (Cat Cafe Subiaco,Charcoal Chicken Dianella,Northbridge,Nene Chicken)

7 Sept 2017 - Khamis

Hari ni terasa nak pegi The Cat Cafe kat Subiaco. Aku dapat tau pasal kafe ni kat IG. Nampak macam menarik. Rasanya ini satu2nya kafe kucing yang ada kat Perth. Nak ke kafe ni senang je. Dari Pensione Hotel, kiteorang jalan kaki ke Perth Station. Beli tiket $3.10 seorang & tunggu train kat Platform 7, Fremantle Line. Mesin tiket ni terima duit paling besar $20. Tapi baki maksimum dia boleh bagi $9.90 je. So hati2 la bila masuk duit tu. Kat tiket tu ada tulis expiry time. Tiket jangan buang sebab boleh guna balik asalkan within the time limit. Kalau lebih dari expiry time tu kenalah beli tiket baru.



THE CAT CAFE @ 147 ROKEBY RD

Dah sampai Subiaco Station, boleh jalan kaki je ke The Cat Cafe atau naik bas pun boleh. Kiteorang naik bas no. 97. Tiket $2.10 seorang. Ingatkan jauh rupa2nya 500m je dari Subiaco Station. Duhh rugi duit. Tu lah sape suruh tak buat homework kan. Dah sampai The Cat Cafe kiteorang jalan2 tengok mural dulu. Kebetulan sebelah kafe ni ada mural besar. Mural ni dilukis oleh Mel McVee & diberi nama "Subiaco was built on a Sunday". Tengah sibuk bergambar tiba2 ada mat salleh ni offer nak amik kan gambar. Beriya2 dia jadi photographer. Baik btol. Terbukti Perth ni kebanyakkan orangnya peramah, pemandu bas pun peramah & tiada Islamophobia. Alhamdulillah. Pengalaman yang agak berbeza jika dibandingkan dengan percutian aku ke London dulu.

Subiaco Station ke The Cat Cafe Perth


Mural by Mel McVee "Subiaco was built on a Sunday"

The Cat Cafe ni selain daripada kafe, ada bilik khas atau cat lounge yang menempatkan 11 ekor kucing. Kucing2 ni semuanya rescued cats. Kalau nak masuk cat lounge ni kene bayar $12 seorang untuk sejam atau $8 untuk setengah jam. Aku rasa kat Malaysia pun sepatutnya lebihkan awareness tentang stray cats ni. Buat cat adoption program & TNR, bukan sibuk dengan expo kucing mahal yang gebu2 je. Kesian lah kat kucing2 jalanan yang banyak terbiar tu. Sebahagian daripada untung kedai ni diorang akan salurkan pada program2 animal welfare. Bagus usaha diorang ni. Plan asal nak juga masuk untuk sesi setengah jam ke apa tapi memandangkan perut dah meminta2 nasi kiteorang cuma beli latte je lah. Dua latte $9. Ok lah tu dapat juga menderma sikit. Ingat nak order cat cupcakes tapi takde rezeki sebab cat cupcakes hari Jumaat baru ada. Untuk maklumat lanjut tentang The Cat Cafe ni boleh refer https://www.purrth.com/



2 latte total $9

Sebelum gerak cari nasi, kiteorang bergambar kat satu lagi mural yang cool. Mural ni dilukis oleh Daek Williams & diberi nama "Scifi girl explorer in alien utopia cat world". Haaa panjang btol nama. Sebenarnya ada banyak lagi mural2 yang cool kat Subiaco ni. Kalau korang rajin & jenis appreciate art, boleh la explore kawasan ni. Tapi aku malas sebab nak mencari tu satu hal, bukan senang. Tambang bas lagi, menapak lagi. Ni pun kebetulan ternampak. Ok lah misi seterusnya lunch!

Mural by Daek Williams

CHARCOAL CHICKEN @ ALEXANDER DR & GRAND PROMENADE DIANELLA

Dari Perth Station kiteorang tunggu bas di Perth Busport (sebelah Perth Station je) untuk ke Dianella. Ada beberapa bas yang lalu kawasan Dianella ni. Antaranya bas no. 360/361/362 & 960. Harga tiket $3.10 sorang. Cakap kat bus driver nak turun kat Dianella Plaza. Perjalanan lebih kurang 20 minit je. Kawasan sekitar Dianella Plaza ni memang pekan koboi la. Nothing much to see and do here. Kecuali untuk makan kat Charcoal Chicken. Lepas tu kalau boring2 boleh la nak pegi Coles beli barang dapur. 

Perth Busport to Dianella



Sampai je kat Charcoal Chicken ni orang punya la ramai. Maybe sebab kebetulan lunch hour. Meja kat dalam & luar kedai semua penuh. Ramai muka orang Malaysia kat sini. So kiteorang plan untuk tak buang masa, terus beratur untuk order. Aku plak cari tempat duduk kat luar kedai kalau ada. Tengah berdiri tunggu meja kosong tetiba ada staf datang bawak meja & kerusi. Aku pun menyengih cakap "Is that for me?" Staf tu cakap ye dengan penuh senyuman. Wahh nasib baik dia bagi extra meja. Aku perasan ramai jugak yang terpaksa bungkus je sebab meja tak cukup. So kesimpulannya rajin2 lah menyengih buat muka friendly ye. Mana tau nasib baik kan.

Kat Charcoal Chicken ni ada banyak pilihan. Nak makan ayam ada, kambing ada, burger pun ada. Kiteorang order Sweet BBQ Lamb 1/2 Ribs + rice + salad. Sepinggan $17.90. Ada lebih kurang 6 jenis salad yang korang boleh pilih. Portion dia memang besar, satu pinggan tu 2 orang boleh makan sebab seriously aku tak habis pun. Nasi banyak sangat. Patutnya aku order kombinasi 1/2 ribs + salad je. Sebenarnya aku order kambing BBQ ni sebab terbaca reviews yang cakap kambing dia sedap gila. So expectation automatically mencanak tinggi la kan. Tapi lepas rasa, biasa2 je lah pada aku. Sedap rasa manis tapi blom tahap gila lagi. Agak liat daging dia. Makcik2 or atok2 yang pakai gigi palsu tu ade potensi boleh tercabut ler gigi palsu. Hehee. Tapi pilihan salad tu aku suka. Aku pilih caeser salad. Tak kedekut croutons & telur rebus. Puas hati makan! Lupa plak nak amik gambar salad bar dalam kedai tu. Seafood salad pun ada.

Total 2 orang makan $40

"Err boleh habis ke ni???"

Setel makan kiteorang jalan2 tengok apa yang ada kat area ni. Ada Subway, Queen Kebab, Woolworths, The Reject Shop & kedai2 lain. Macam takde mood plak nak check out kedai satu2, kiteorang masuk Coles je untuk ke toilet & beli buah strawberi sikit. Harga menarik, satu kotak 99 cents je. Tapi tak taulah manis ke tak. Gamble je beli. Geram btol tengok cendawan dia besar2 kat sini. Kalau kat KL cendawan swiss brown yang cenonet tu pun dah berapa. Ha nak bagitau masa masuk toilet kat Coles tu ada makcik (mat salleh) ni tegur aku. Dia cakap cantik. Cantik ke?? (Dia yang cakap bukan aku yang cakap k so tolong jangan muntah). Hehe. Motif aku bagitau ni sebab nak membuktikan yang diorang ni like I said kebanyakkannya peramah.



Dianella bus stop - Perth Station

Dari bus stop Daniella kiteorang balik semula ke Perth Busport & jalan kaki ke Chemist Warehouse kat Murray St beli perfume lagi sebab ada orang pesan. Sampai kat hotel lega btol. Bila perut dah kenyang ni rasa nak baring & tido je. Sambil rehat2 kat hotel tu sempat makan strawberi yang beli kat Coles tadi cicah dengan Nutella. Patotlah strawberi murah. Tak manis pun. Huh. Nasib baik ada Nutella. Aktiviti seterusnya ke Northbridge lagi sekali. Tempat ni je lah yang hidup pun malam2.

Strawberi $1 je

NORTHBRIDGE





Kawasan Northhbridge ni ada banyak juga makanan halal. Yang paling banyak kedai kebab lah. Kalau nak makan Malaysian food boleh cuba The Satay Club @ Old Shanghai, 123 James St. Nene Chicken @ 82 James St pun halal cuma sebab dia ada serve arak so takdelah logo halal di situ. Tapi kiteorang dah dapat confirmation daripada pihak Nene Chicken mengatakan diorang source ayam dari supplier halal. Kat Northbridge ni hidup sebab banyak pub & kafe. Chemist Warehouse pun ada cawangan kat sini. Lepas round2 kiteorang decide untuk dinner kat Nene Chicken. 

NENE CHICKEN @ 82 JAMES ST, NORTHBRIDGE


Total $26
Satu je nak cakap pasal Nene Chicken ni. Terbaikkk. Itu pada tekak aku lah ye. Rindunya nak makan lagi. Tolong buka cawangan kat Malaysia please! Setakat Kyochon tu biasa je pada aku. Aku ni hantu pedas. Kat sini ada 9 jenis perisa ayam. Boleh order campur2 tapi kene bayar extra $2. Kalau suka pedas aku rekomen order Swicy (pedas manis) & Freaking Hot (pedas kaw). Kiteorang order set Original + Freaking Hot Large size (dapat 8 ketul), sekali dengan coleslaw & radish. Total semua sekali dengan air $26. Dah makan pedas tu tetiba tekak teringin nak manis2 plak. Kebetulan sebelah Nene Chicken ni ada Ben & Jerry's. Haa apa lagi. Terjebak beli aiskrim plak. Aku order Chunky Monkey dengan choc dipped waffle cones with nuts $7.70. Fuhh memang best! Kenyang perut suka hati. Ape lagi lepas tu balik hotel tido dengan senyuman ler.

Total $7.70


No comments:

Post a Comment