Sunday, September 24, 2017

PERCUTIAN KE PERTH WA 2017- DAY 2 (Spanda, Kings Park,Cafe Karache,Chemist Warehouse.San Churro)

6 Sept 2017 - Rabu

Hari kedua di Perth. Pagi2 dah bersemangat nak ke Kings Park. Honestly trip kali ni pun aku macam malas nak buat homework. Bilanya aku tak malas kan? Haha. Buat homework sikit2 je la. Dari Pensione Hotel kiteorang jalan kaki ke Elizabeth Quay. Repeat balik tempat yang sama sebab semalam sampai dah gelap. So hari ni nak tengok view siang plak. Dah sampai Elizabeth Quay kiteorang bergambar kat "Spanda". Spanda ni art sculpture setinggi 29m. Bentuk macam water ripples. Nampak simple tapi kos nak buat $1.3juta k. Kira nak bagi Elizabeth Quay ni nampak lagi cantik la. Masa ni lighting onzz sangat, ngam2 matahari terpancar kat Spanda tu. Langit pun membiru je. Apelagi kiteorang pun bergambar la kat sini sebelum gerak ke Kings Park.

SPANDA - ELIZABETH QUAY


Helloo....is it me you're looking for?

Selesai bergambar kiteorang cari jalan untuk ke Kings Park pulak. Kings Park ni luas. Kene tau nak tunggu bas kat bus stop yang mana. Sebab kalau guna transperth alamat destinasi tu kene pilih yang betul. Kalau tersalah pilih memang ntah ke mana la ko pegi nanti. Boleh tengok contoh kat bawah ni cara guna Transperth Journey Planner. Aku pilih "Fraser Av Kings Park (stop)". Naik bas no 935 (free takyah bayar). Aku memang tak berkenan sangat sebenarnya naik bas kat Australia ni sejak trip ke Melbourne dulu. Patotnya letak la skrin LED dalam bas atau buat announcement at every stop supaya orang tau kat mana nak turun. Lepas tu tak reliable sangat sebab selalu ada service interruption. Oklah enough about buses jom tengok keindahan Kings Park!


KINGS PARK
Bus stop Fraser Av



Cantik kan pemandangan bandar Perth dari Fraser Av ni? Tenang je lepak sini. Cuaca pun baik alhamdulillah. Walaupun matahari terik tapi angin dia sejenis sejuk yang mendamaikan jiwa. Kenapalah Malaysia tak sejuk macam ni? Why? Why? Aku teringin nak bawa kucing aku bersiar2 kat taman. Mesti dia suka. Kejar burung, kejar rama2, golek2 atas rumput yang bersih ni. Huhu. Pada aku Kings Park ni lagi best daripada Hyde Park kat London dulu. Dog owners kat sini nampak lebih responsible, takdelah lepaskan anjing sesuka hati. Taik anjing pun susah nak jumpa. Ataupun hari ni je aku bernasib baik? Haha ntah la aku pun tak tau.

Masa ni baru pukul 10 pagi. Orang tak ramai sangat sebab hari bekerja. Yang ada kebanyakkannya pelancong2 yang suka berkumpul & bergerak macam sekumpulan anak kambing mengikut tuannya aka pemandu pelancong (jangan marah ye heheee...) & lawatan budak2 sekolah. Booklet Perth dalam gambar kat bawah ni aku ambik kat airport Perth. Free. Dalam booklet ni ada Perth city map (tak detail sangat), Fremantle map, Swan Valley map & discount coupons. Quite useful. Agenda hari ni kiteorang nak santai2 je. Nak rasa suasana & vibe Perth CBD dulu & check out apa yang menarik kat Kings Park ni. 










Hampir 2 jam melepak di Kings Park, nasib baik bawak chips & coffee yang kiteorang beli kat Woolworths malam tadi. Kat sini ada tandas awam so no worries kalau rasa nak terkucil. Kafe & kedai souvernir pun ada tapi aku tak masuk pun. Sebenarnya banyak lagi port2 menarik untuk bergambar tapi aku cut it short je sebab perut pun dah lapar. Agenda seterusnya balik semula ke hotel untuk rehat, solat & makan. Dari Kings Park tunggu bas yang sama, no. 935 balik ke Pensione Hotel. Lunch kiteorang makan Nongshim noodles je dulu. Sekadar alas perut. Misi seterusnya mural hunting!

WOLF LANE MURAL




On the way nak cari mural di Wolf Lane, ternampak satu lagi art sculpture warna hijau kat Forrest Place. Benda alah ni namanya Grow Your Own by James Angus. Bentuk macam pokok kaktus. Mula2 tu kiteorang dari hotel naik bas untuk ke Wolf Lane tapi lepas terlepas bus stop yang sepatutnya aku turun, terus bengang & decide untuk jalan kaki je. Senang! Lagipun tak jauh sangat dari hotel lebih kurang ~750m. Dari dulu aku memang suka mural. Since kat Perth ni aktiviti agak terhad & kedai banyak tutup awal so ape lagi nak buat kan.

Pensione Hotel - Wolf Lane



Little Red Riding Hood and the Wolf by Hurben


Seahorse by Alexis Diaz

CAFE KARACHE @ 124 MURRAY ST

Ade lagi mural2 lain kat Wolf Lane ni tapi yang aku rajin snap dua ni je. Setel mural hunting kiteorang cari makan plak. Ye lah tadi kan makan maggie je tekak nak makan nasi plak. Kiteorang decide untuk cuba nasi beriyani kat Cafe Karache. Nasi beriyani kambing, nasi beriyani ayam & 2 teh tarik total $25. Rasa not bad. Tapi teh tarik tu memang superb lah. Highly recommended! Kombinasi teh, susu & gula seimbang.

Sambil makan2 tu sempat borak dengan owner kafe ni, En Yunus. Laki bini memang peramah. Diorang Singaporean. Dah lama berhijrah ke Perth hampir 20 tahun lebih. Tapi cakap melayu rilek je. Takde slang2 poyo macam meleis kat Malaysia ni yang bajet "urban" sangat. Puii. Siap nasihatkan kiteorang lagi kalau boleh hijrah la sebab nasib orang Melayu kat Malaysia & Singapore ni tak tau apa akan jadi lagi 10-20 tahun akan datang. Dengan politik huru-hara, rasuah makin teruk. Benefits masa tua pun takde. Ekonomi pun didominasi oleh kaum lain. Hmm btol jugak apa yang die cakap. Seronok dapat sembang dengan orang kita yang hidup di negara orang ni. Banyak ilmu yang kita dapat.



CHEMIST WAREHOUSE @ 1/109 MURRAY ST

Destinasi seterusnya ialah Chemist Warehouse. Kedai ni seberang jalan je dari Cafe Karache. Ada apa kat sini? Haa kalau yang kaki perfume tu boleh la shopping sakan. Mula2 aku tak tau pun apa yang best sangat tempat ni. Tapi lepas ada orang cakap celebrity perfumes dia murah2, aku pun check it out. Aku bukan hantu perfume, tapi kalau dah murah sangat boleh la nak beli satu dua kan, dah alang2 kat sini. Selain daripada perfume, aku beli Lucas' Papaw ointment 25g $5.99, Palmers raw shea hand cream 60g $2.20 & Loreal lipstick $10.69. Aku beli 1 perfume je dulu untuk mak aku. Banyak masa lagi untuk repeat tempat ni so takyah sakan sangat bershopping.









For my mom $14.99 je

SAN CHURRO @ 132 JAMES ST, NORTHBRIDGE

Untuk makan malam, kiteorang makan churros je. Tadi dah makan beriyani takkan nak makan nasi lagi kan. Dari Pensione Hotel ke San Churro lebih kurang 1122m. Nak jalan kaki boleh, nak naik bas pun boleh. Kiteorang jalan kaki je. Aku nasihatkan kalau nak berjalan kaki malam2, elakkan lalu kawasan sunyi. Walaupun Perth ni agak selamat, always be safe than sorry. Orang mabuk, homeless & aboriginal people ada je kat mana2. Orang aborigin ni kadang2 suka terjerit terpekik, mencarut & bergaduh tak kira masa. Kalau terserempak dengan diorang ni jalan terus & buat tak tau je. Perth ni malam2 macam bandar berhantu & so far aku tengok yang hidup area Northbridge ni je. 

Pensione Hotel - San Churro
Churros for Two, latte & chai latte $29
Kalau pegi Perth tak singgah San Churro memang rugi la. Sedap gile! Chai latte dia pun sedap. Teringat2 sampai sekarang. San Churro kat Perth ada beberapa cawangan. Northbridge, Leederville, East Vic Park, Subiaco, Fremantle & Hillarys. So boleh pilih la nak makan kat mana. Yang paling dekat dengan Pensione Hotel is of course cawangan Northbridge. San Churro ni antara kedai makan yang tutup lambat, sampai 11 malam. Ada hari sampai pukul 1 pagi. Sebelah San Churro ni ada LED skrin besar, siap dengan carpet grass & bean bags lagi. Nama tempat ni Northbridge Piazza kat simpang Lake St & James St. Cool jugak untuk lepak2 tengok movie. Tapi aku tak pasti hari apa & tayangan apa. Maybe korang boleh google sendiri ye. Itu sahaja untuk hari kedua di Perth!

Northbridge Piazza
Perth waktu malam..Sunyi sepi

No comments:

Post a Comment