Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk hari ke-5 di Perth. Zaman sekarang ni masa berlalu cepat gila kan. Nak nak kalau pegi vacation. Lagi lah. Kumpul duit punyelah lama, habis duit sekelip mata je. Huhu. Sebab tu everytime aku melancong kalau boleh aku cuba untuk stay lebih dari 5 hari. Baru puas hati. Itupun tengok bajet la kan. Takde bajet dok rumah je diam2.
Ok hari ni kiteorang akan ke Pinnacles Desert & Lancelin Dunes. Aku sewa kereta selama 2 hari je. Sebelum bertolak kene lah amik kereta sewa dulu di Aries Car Rental. Lebih kurang 1.2km dari Pensione Hotel. Kiteorang decide untuk jalan kaki je. Boleh bakar lemak sikit. Hehe. Sampai di Aries Car Rental staf pesan supaya hati2 & jangan tinggalkan beg atau barang2 berharga dalam kereta walaupun sekejap terutama di kawasan King's Park & area Blue Boat House sebab dah banyak berlaku kes kecurian kat situ. Lepas dah setel sesi penerangan & check keadaan kereta kiteorang pun mulakan perjalanan. Let 's go bebeh!
Pensione Hotel - Aries Car Rental |
Ini kali kedua road trip aku di Australia. Road trip yang pertama rasanya 5 tahun lepas di Great Ocean Road (GOR), Melbourne. So kali kedua ni tak berapa jakun sangat. You already know what to expect. Lagipun steering belah kanan. Jalan kat Perth ni pun takde lah complicated macam kat Melbourne dulu. Paling takleh lupa dia punya hook turn. Perghh. Sape yang pernah drive kat Melbourne mesti tau.
Jarak dari Aries ke Pinnacles lebih kurang 230km & mengambil masa selama 2.5jam via Indian Ocean Dr. Taip je "Pinnacles Dr" kat WAZE. Insyaallah sampai. Aku nasihatkan korang yang nak buat road trip ni bertolak awal pagi, preferably sebelum pukul 8 pagi supaya tak rushing & waktu nak balik tu takde la gelap sangat (boleh refer itinerary kat bawah). Memang tak digalakkan drive waktu malam kat Australia ni. Apa tak nya, dalam perjalanan nak ke Pinnacles, aku nampak lebih kurang 5 ekor bangkai kangaroo kat kiri kanan jalan. Kesian kangaroo2 tu. Selain daripada kangaroo, emu & landak pun banyak melintas kat sini. So becareful guys!
Aries Car Rental - Pinnacles Desert |
Kalau berminat nak pegi Pinnacles & Lancelin korang boleh refer itinerary ni okies:-
- 7.30 am - Drive to Pinnacles @ Nambung National Park, Pinnacles Dr
- 10.00 am - Arrive at Pinnacles
- 11.15 am - Drive to Lobster Shack @ 11 Madrid St, Cervantes
- 11.45 am - Arrive at Lobster Shack (Lunch)
- 1.00 pm - Drive to Sand Dunes @ Lancelin Township, 102 Gingin Rd, Lancelin
- 2.00 pm - Arrive at Lancelin
- 3.00 pm - Drive to Perth CBD
- 5.30 pm - Arrive at Perth CBD
Bayaran masuk ke Pinnacles ni $13 per vehicle. Pada aku agak mahal la. Lepas je dari entrance ada tempat letak kereta & Pinnacles Desert Discovery Centre. Tapi aku tak masuk pun discovery centre ni. Macam malas plak. Haha. Tak tau lah kenapa malas, mungkin sebab aku pernah tengok fairy chimneys & rock formations yang lagi cantik kat Cappadocia dulu kot. So batu2 kenit kat sini macam tak berapa impressive sangat pada aku. Nak tengok Pinnacles ni ada 2 cara. Berjalan boleh naik kereta pun boleh, ikut Pinnacles Loop sepanjang 4km. Kiteorang ni jenis tak kuasa nak jalan time2 matahari tengah terik so naik kereta je lah.
Bila dah jumpa lokasi yang agak menarik untuk bergambar kiteorang park je kereta berdekatan dengan kawasan tu. Honestly aku tak lama pun kat Pinnacles ni. Dalam gambar memang tak dinafikan nampak amazing. Itulah first impression aku lepas tengok gambar2 dalam IG. Tapi lepas dah sampai sini, hmmmm. Pada aku biasa je. Indah khabar dari rupa. Tanah dia mendatar je & bukan semua tempat penuh dengan batu. So pandai2la korang cari port terbaik untuk bergambar. You can get some pretty cool pics here. But that's about it. Macam tak berapa berbaloi dengan bayaran $13. Itu pendapat aku lah. Lain orang lain taste kan.
LANCELIN DUNES
Ok nak cerita sikit pasal Lancelin ni. Kalau korang perasan dalam itinerary asal sepatutnya kiteorang lunch kat Lobster Shack, Cervantes. Tapi apa boleh buat. aku tertido plak dalam kereta. So bila co pilot tertido pilot pun terbabas dengan konfiden nya ke arah Lancelin. Huhu. Dah nak sampai Lancelin baru pilot tanya jalan. Hmm. Melepas lah nak rasa lobster. Kiteorang terpaksa teruskan perjalanan ke dunes je sebab nak patah balik ke Lobster Shack agak jauh. Bila perut lapar ni nak lepak dunes lama2 pun terbayang lobster je bila tengok pasir tu. Haha. Hangin pun ada. Kat dunes ni selain aktiviti sandboarding, boleh jugak sewa quad bike. Harga tu aku tak pasti berapa. Confem mahal kot. Sandboarding murah sikit berbanding quad bike tapi aku tak berapa minat. Ada jugak mat salleh yang datang sini bawak motor. Bawak macam pelesit. Agak bahaya sebab ada potensi boleh kene langgar dengan diorang ni sebab kawasan ni berbukit2. Dinasihatkan kalau nak selamat jangan pakai baju & seluar putih.
Sap sup amik gambar kiteorang terus ciao. Cukup2 lah tu berposing tengah panas. Tak sabar nak balik CBD makan. Aku dah la daripada pagi tadi makan potato salad & chips je dalam kereta. Nasib baik masuk dunes ni free takyah bayar. Yeayy. Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik takde binatang yang terkorban kene langgar. Sempat jugak berhenti kereta kejap sebab nampak emu & anak2 dia. Maklumlah jarang nampak emu. Lebih kurang pukul 4 petang kiteorang sampai di Pensione Hotel. Laki aku park kereta kat Aries sebab kat sini parking free. Cuma yang leceh tu kene naik bas lah untuk ke hotel. Nak jalan kaki pun boleh kalau rajin.
LOVE & CARE CAFE @ PIER ST
Aktiviti seterusnya of course lah MAKAN. Kiteorang order nasi beriyani dengan ayam & daging. Total untuk 2 orang $24. Lepas setel makan baru rasa lega. Sambil makan tu terpikir gak apa benda lagi aktiviti yang boleh dibuat kat Perth ni. Maklumlah jam dah nak masuk pukul 5 petang, macam nak hujan pun ada. Shopping mall pun dah tido. Pikir punya pikir last2 kiteorang plan untuk jalan2 kat Elizabeth Quay & South Perth Foreshore je lah. Seronok gak petang2 lepak area ni. Sebelum ke Elizabeth Quay sempat amik gambar sekitar St George Cathedral & Ascalon artwork.
Total $24 |
St George Cathedral |
Ascalon artwork |
SOUTH PERTH FORESHORE
Nak ke South Perth Foreshore ni senang je. Naik ferry kat Elizabeth Quay Jetty. Beli tiket kat mesin $2.20 sorang. Perjalanan lebih kurang 13 minit. Ferry akan berhenti kat Mends St Jetty. Dari sini boleh nampak pemandangan bandar Perth dari jauh. Cantik. Ada kerusi untuk melepak sambil tengok pemandangan. Taman ada playground pun ada. Ramai yang bawak anak2 main kat playground. Perth Zoo pun ada kat sini tapi aku tak masuk pun. Enough of zoo la. Masa ni langit dah mendung, hujan sekejap turun sekejap berhenti. Lepas tu hujan balik. So kiteorang nak lepak lama2 pun tak boleh. Yang menarik kat sini is the park & the view from the jetty. Kedai makan tak banyak choice & malam2 mati la area ni. Misi seterusnya balik hotel & rehat. On the way balik hotel tu tiba2 muncul rainbow besar kat Elizabeth Quay. Free dari yang Maha Esa. Alhamdulillah.
Rainbow in Perth |
CINEMA PARADISO @ 164 JAMES ST, NORTHBRIDGE
Aktiviti malam ni tengok wayang kat Cinema Paradiso, Northbridge. Haa memang bunyi agak pelik kan tengok wayang. Apa lagi nak buat labu. Sebelum tengok wayang tu sempat singgah Prestige Kebab House @ 77 James St. Makan lagi. Hehe. Maklumlah musim hujan, sejuk plak tu. Perut asyik lapar je. Kebab & pizza total $15. Pizza rasa biasa je. Kebab beef steak tu terbaik. Puas hati makan. Daging juicy & banyak, kira berbaloi lah dengan harga. Lepas makan kiteorang terus masuk wayang. Tengok movie "Maudie". Total 2 orang $38. Memang mahal tapi layankan je lah.
Prestige Kebab House @ 77 James St |
Cinema Paradiso |
Area Northbridge waktu malam |
No comments:
Post a Comment