Wednesday, January 20, 2016

PERCUTIAN KE LONDON-DAY 3 (Portobello Market,Makan Cafe,Notting Hill,Hard Rock London,Knightsbridge,Pont St,Harrods)

17 Oct 2015-Sabtu
 
Bangun pagi je tup tup tengok mak aku tengah masak roti john untuk breakfast, siap dengan sos untuk cicah lagi. Perghhh marvellous thank you mom! Ni yang best ni kalau bercuti dengan mak. Boleh manja2 mengada lebih sikit. Heehee. Pada aku bab2 makan ni sebenarnya boleh make or break one's vacation. Kalau travel mana2 pun kalau makan tak sedap or tak cukup, mood nak travel tu pun secara tak langsung pada aku akan terganggu. Dan selalunya every time travel aku perasan banyak duit habis kat makan je, compared to shopping or attractions. Itu pada akulah. Tapi ada jugak orang yang kaki shopping yang sanggup ikat perut tak makan sebab nak shopping punye pasal kan. Ha lain orang lain ragam. Ikut suka masing2 ler. Untuk korang yang sama spesies macam aku ni, memang selalu kene allocate duit lebih sikit untuk bab makan sebelum travel ke mana2. Nak tau brape banyak aku spend untuk makan sahaja kat London ni boleh refer last post aku nanti k.

So hari ni lepas breakfast kiteorang decide untuk check out PORTOBELLO MARKET. Kiteorang jalan kaki je dari Linden Gardens ke market ni. Dinasihatkan datang awal pagi ye sebab kalau lambat memang sesak gile tempat ni. Kiteorang sampai sini lebih kurang pukul 10 pagi. Masa ni pun orang dah mula ramai. Jom kita tengok apa yang menarik kat Portobello Market ni!
 
 
 
 

 
Kat market ni ada macam2, makanan, baju, barang2 antik, beg, barang perhiasan rumah, alatulis, macam2 lah you name it semua ada. Cuma yang tak bestnya bile orang ramai sangat nak bergerak masuk dari satu kedai ke satu kedai pun susah. Kan best kalau ada magik bagi diorang ni sume berambus. Haha. Aku beli sweater brown £15 & mak aku beli sweater biru £15 kat satu kedai ni. Menyesal pulak tak beli wrap cardigan dalam gambar kat atas ni. Harga £15 jugak, not bad. Tapi aku pikir sebab dah beli 2 helai kat Primark semalam so hari ni terpaksa la kawal diri kan. By the way trench coat yang aku pakai hari ni is the one yang aku beli kat Primark. Amacam smart tak?? Barulah terasa macam Londoner. Cewahhh. Hahaa. Ok lah cerita bab baju dah setel jom tengok apa lagi yang adaaaa...
 
 
 
 
 
 
 

 
Haa amacam? Rambang mata tak uolls?? Aku rambang mata k, tak tau nak fokus kat mana. Sampai bunga pun aku terasa nak beli! Ye lah kat sini bunga2 die sume kembang mekar setaman. So colorful! Mula2 ingat nak bergambar dengan Mad Hatter tapi tak jadi sebab ramai pulak yang tetiba jakun nak bergambar jugak. Ade pakcik ni memang aku respek lah die boleh buat muka selamba badak je posing2 kat situ depan orang ramai. Tak tau lah kalau die ada bagi duit ke tak kat si Mad Hatter tu. Dalam banyak2 stall, yang aku tak boleh tahan stall yang jual cushion covers. Alahai cutenye memang terjebak beli 2 helai. 2 helai je pun dah £20. Tu pun aku tahan nafsu yang membuak2 masa tu. Ikutkan hati nak je beli 4, tapi nasib baik aku tahan. Macam makcik2 pulak kan beli cushion covers tetibe. Hahaa. Mak aku pulak masa ni dah hilang kat mana ntah masing2 khusyuk bershopping!
 
 
 
 


Master Butcher at Portobello Rd - Halal meat
Kalo nak cari daging halal boleh datang ke kedai Master Butcher ni. Alamat 234 Portobello Rd, London. Ada macam2 potongan daging, sausages pun ada. Mak aku beli daging 1/2 kilo & sausages £5. Sori harga daging 1/2 kilo tu aku tak ingat sebab mak aku dah buang resit. Grrrrrr..Mula2 plan nak balik hotel masak tapi alang2 dah ada kat sini makan kat restoran je lah kot. Perut pun dah lapar. Kiteorang try MAKAN CAFE kat 270 Portobello Rd. Owner orang Kelantan rasanya. Aku order nasi dengan lauk campur. Rasa biasa2 je..maybe cater untuk tekak mat salleh kot. Yang best teh tarik die & sambal belacan. Takpelah support bisnes orang melayu. Kat sini nampak ramai la orang Malaysia. Foreigners pun ada jugak makan kat sini. Total makan berdua lebih kurang dalam £25.

MAKAN Café - Halal food
Ok lepas perut dah kenyang, perjalanan diteruskan. Mak aku sebenarnya nak tengok2 lagi barang2 kat market tapi aku macam malas pulak. Minat masing2 berbeza biasa la tu, so kene give and take ler. Aku ajak die tengok2 rumah around Lancaster Rd, pastu jalan ke Elgin Crest, Ladbroke Grove, Lansdowne Rd. Memang serius cantik2 rumah area sini. Tenang je. Mula lah kiteorang berangan kalau dapat rumah sebijik kat sini kan best. Jom layan gambar2 berangan kat bawah ni>>>>
 
 
 
 
 
Dah pusing2 tengok rumah kiteorang balik ke apartment untuk rehat & solat. Lepas tu keluar balik ke Bayswater Rd. Kiteorang survey2 harga pakej Hop On Hop Off sebab mak aku teringin nak naik bus tour. Harga tiket boleh tahan mahal £32/pax, tiket valid untuk 2 hari je. Aku tak minat sangat join bus tour ni tapi bagus gak la idea mak aku, at least dapat view kota London dari atas bas. Hari2 naik tube pun boring jugak. Tapi kiteorang tak beli dulu sebab nak cek harga tiket kat kedai lain pulak. Kesimpulannya tempat lain pun lebih kurang sama je harga.

 
 
Nak tergelak bila ingat2 balik masa posing depan phone booth ni. Sebab phone booth ni btol2 kat depan traffic light. Masa tengah posing tu kebetulan lampu merah pulak so ramai ler mata2 yang memandang. Haha memalukan. Mak aku malu nak bergambar mula2 tapi aku paksa jugak. Memang wajib la kan kalau datang London amik gambar kat phone booth ni. Ikon London tu. Mana la tau besok lusa diorang buang booth2 ni, at least ade gak kenangan. Ok next mission nak pegi HARD ROCK LONDON. Yang ni entah kenapa memang dah jadi habit aku singgah Hard Rock kalau pegi vacation mana2. Konon jiwa rockers ke??? Hahaaa entah la gua pun tak tau. Dari Baywater Rd kiteorang naik bas 148 sampai ke Hilton Hotel. Dari situ jalan kaki je sampai ke Hard Rock Shop. Aku tak shopping sangat pun kat dalam ni. Beli keychain je £6.99. Ok la tu janji beli something. Yang penting dapat jejakkkan kaki kat sini sebab ni kira Hard Rock yang pertama sekali dibuka. Haa mesti ramai yang tak tau fakta ni kan?
 
 
 
 
 
 
 
Lepas beli souvenir kiteorang posing2 jap depan Hard Rock pastu sambung ke arah KNIGHTSBRIDGE pulak. Ade satu insiden yang agak mengejutkan masa aku tengah lintas kat Belgrave Sq. Hampir2 kene langgar bas! Perghh gila punye driver bas. Aku pun salah jugak la main lintas jalan masa lampu merah baru nak tukar hijau, ingat sempat lepas tapi tak sangka pulak bas tu lagi tekan minyak. Puiii kurang asam btol. 1 inci je lagi nak langgar aku nasib baik aku sempat lompat kijang. Mak aku & tourist lain muka dah cuak gile dah kat belakang. Huhu nasib baik tak meninggal kat situ. Syukurrrr. 10 minit lepas tu kiteorang gelak macam orang gile. Hahaaa pengalaman btol. Ni la antara sebab kenapa aku suka travel sendiri je tanpa follow mana2 tour guide. Banyak pengalaman gila2 adventurous yang boleh buat aku tergelak sorang2 bila ingat balik.
 
 
 
 


 
 
Kat sini memang tempat feveret aku. PONT ST. Deretan rumah & bangunan color terracotta. Haishhh memang awesome! Nak tau brape harga 3 bedroom flat kat sini??? Haa kalau ada £10mil boleh la cerita k. Kalau takde diam2 sudah telan air liur sendiri ye. Dah puas jalan2 kat situ, mak aku nak masuk HARRODS pulak. Sebelum masuk Harrods lalu depan Mandarin Oriental Hotel. Sempat aku snap gambar hotel ni sebab memang cantik gile. Bilik paling murah kat MO ni aku cek dalam £360 semalam. Ok la not bad. Next time aku datang London aku dok sini lah, tunggu aku menang loteri dulu. Hahaaa.
 
Sampai kat Harrods kiteorang terus pegi kat food section paling bawah sekali. Pada aku ni je lah floor yang paling best pun. Pegi atas2 lagi boleh cuci mata je lah. Unless kau bini Sultan Brunei boleh la bershopping sakan kat sini. Décor kat dalam Harrods ni memang cantik especially kat area escalator die ala2 Egytian style gitu, siap ada sphinx lagi. Dah macam dalam set Mummy Return pulak aku rasa. Sori aku takde amik gambar dalam ni. Korang boleh google sendiri k.

 
 
 
 
Keluar je dari Harrods kiteorang singgah Topshop kat seberang jalan. Takde ape yang menarik pun. Pastu masuk souvenir shop tengok2 souvenir. Mak aku nak beli tshirt untuk cucu2 kesayangan die. Plan tengok2 t-shirt je sekali terborong macam2 pulak. Hehe biasalah tu. Lepas tu kiteorang gerak ke Knightsbridge Station amik Picadilly Line ke Holborn. Mak aii punyelah sesak dalam tube ni sampai tolak2. Dari Holborn ke Notting Hill ok je tak sesak. Cuma dari Knightsbridge ke Holborn je azab. Huhu. Lega btol bila dah sampai apartment. Bila cuaca sejuk ni memang rasa nak makan banyak & duduk dalam bilik je tak nak keluar rumah. Haha. Mak aku masak nasi goreng dengan daging yang kiteorang beli kat Portobello market siang tadi untuk dinner. Yummm! Pas makan amik gambar souvenir jap pastu ape lagi..tido ler. Banyak lagi tempat nak explore besok!
 
 
 

No comments:

Post a Comment