Bangun pagi hari ni rasa bersemangat gile. Tak sabar nak pusing2 London. Nasib baik apartment kat Linden Gardens ni bersih, selesa, air panas ada semua cukup. Dapur pun complete dengan kitchen utensils, tinggal kene beli groceries je. Sabun pencuci pinggan pun ada! Aku pilih lokasi kat Notting Hill ni sebab sangat strategik. Tak sampai 100m dah sampai Notting Hill Station. Nak pegi Hyde Park pun lintas jalan je. Tesco dekat, convenient stores banyak. Cuma harga je la agak mahal pada aku. Nak2 pulak duit ringgit masa ni jatuh teruk. Huhu.
Pagi ni kiteorang decide untuk jalan2 area Bayswater Rd. Masa tengah jalan tu tiba2 ternampak kafe ni nama CAFE DIANA. Hmm macam menarik ni. So apelagi masuk la jap untuk breakfast. Sebab groceries tak beli lagi so hari ni terpaksa la makan luar. Kat dalam kafe ni ada banyak gambar2 Lady Di tapi aku tak amik gambar beriya. Segan pulak pepagi buta nak behave macam tourist sangat kan. Hehe lek lu. Kiteorang order eggs on toast, eggs with chips, orange juice & hot tea. Total £17. Memang otak tak nak convert tapi terconvert secara tak sengaja, £17x6.5=RM??? Ermm tak yah cakap la. Makan je lah. Itulah nasib bila duit makin jatuh ni, semuanya mahal mahal mahal. Sebenarnya takde apa yang special sangat makan kat sini cuma ambience die cantik la, very cozy dan klasik gitu. Fefeeling Lady Di jap. Ehem ehem:)
Lepas makan tu posing2 jap luar kedai. Amik gambar dulu sebelum blah. Mak aku segan nak bergambar so aku pose sorang je. Hehe. Breakfast dah setel now misi untuk shopping pulak. Takdelah nak shopping beriya cuma target nak beli trenchcoat je. Dengar kata kat PRIMARK murah2. Sebelum sampai Primark tu, kiteorang jalan kaki sepanjang Bayswater Rd. Memang cantik2 buildings kat sini. Nampak seragam je. On the way tu ternampak kedai souvenir. Mak aku mula lah excited nak masuk. So masuk la jap tengok ape yang ada.
Fridge magnets paling murah 99p satu. Kalo beli banyak tokey kedai kadang2 bagi 2-3 bijik free, pen free. Owner kedai ni India, lama jugak la die sembang dengan mak aku sebab mak aku ni jenis friendly, banyak borak. Dah habis borak2 tu aku tengok banyak jugak la souvenir yang mak aku borong. Mostly untuk sedara mara. Dangerous mak aku ni kalo dibiarkan tanpa pemantauan. Haha. Lepas beli souvenir kiteorang sambung jalan kaki lepas Queensway Stn, Lancaster Gate, Marble Arch Station. Sebelum Marble Arch Station ni ada kedai groceries SAINSBURY, dekat corner Edgware Rd. Ramai btol orang area ni. Kiteorang decide untuk shopping dulu kemudian baru beli groceries. Jalan depan sikit dah nampak Primark belah kanan. Kat sebelah Primark ni ade lagi satu kedai souvenir, mak aku nak masuk lagi. Haha. Depan kedai souvenir ni ada jualan lambak 50%. Coaster set 99p, notebook 99p, stationeries 99p. Tapi kualiti biasa2 je la.
Lepas dah survey2 harga souvenir kiteorang masuk Primark pulak. Mak aii ramai gile ok orang dalam ni. Sampai nak try baju pun orang try kat luar fitting room je. Tu pun berebut cermin. Hmm..Fitting room penuh & salesperson die pun takde nye nak senyum2. Maybe penat melayan customer kot sebab ramai sangat. Aku memang tak berapa minat shopping kalo kene berasak-asak dengan orang ni. Diva tak?? Hahaa. Nak amik gambar suasana dalam Primark ni pun aku sampai takde mood. Serious serabut kepala. Aku beli satu trenchcoat color navy blue £25 & satu long wool coat color grey £25. Grab baju je terus beratur untuk bayar. Nak bayar pun queue punyelah panjang. Aku nampak minah2 arab memang banyak la yang memborong kat sini. Diorang setakat £25 selai tu celah gigi diorang je kot. Nak tengok trenchcoat & long coat yang aku beli tu boleh la refer post2 lepas ni k. Masa nak bayar tu, cashier muslimah kat Primark tanya aku dari Malaysia ke? Aku cakap mana tau. Die kata orang Malaysia ni style tudung lain macam sikit, cantik2. Die siap tanya lagi aku beli tudung kat mana. Die minat katanya. Hehe. Aku layankan je la cashier tu. Memang friendly.
Selesai shopping kat Primark kiteorang lintas jalan & check out Wallis pulak. Ingatkan Wallis kat sini murah tapi tengok harga lebih kurang je. Kat sini layanan berbeza la, dok "dahling, dahling" bagai. Dah macam VVIP aku rasa. Hehe. Pastu salesgirl kat sini pun ade yang muslimah. Die tegur aku tanya dari mana. Aku cakap Malaysia. Die dari Somalia. Siap tanya kalo nak hijrah ke Malaysia ok tak. Ermm aku pun tak tau nk komen macam mana. Aku cakap kat Malaysia gaji sales assistant lagi lah kecik. Ingat nak tanya brape gaji sales assistant kat London ni tapi segan pulak, kurang sesuai rasanya. Lepas borak2 tu mak aku last2 beli sweater sehelai. Lepas tu singgah Topshop pulak kat sebelah. Tak beli ape pun, takde yang menarik.
Sebelum balik apartment kiteorang singgah Sainsbury untuk beli groceries. Perut pun dah kruk kruk lapar. Boleh pilih nak bayar kat cashier or self check out. Aku pun try self check out ni. Total £23.35. Udang dah siap kopek 225g, harga dalam £5. Senang je boleh terus campak dalam kuali. Harga barang dapur kat sini boleh refer resit kat bawah ni. Memang banyak la boleh save kalo masak sendiri. Sempat mak aku amik gambar candid aku tengah sibuk scan barang. Haha. Keluar je dari Sainsbury kiteorang terus naik tube kat Marble Arch Station sampai ke Notting Hill Station. Sampai je kat apartment aku masak spaghetti aglia olio letak udang. Mmmm sedap!
Lepas lunch, rehat & solat, kiteorang sambung balik ronda2 London. Mula2 plan nak pegi Hyde Park je tapi tengok macam nak hujan pulak. So terus decide pegi OXFORD CIRCUS naik tube. Mak aku memang kurang minat naik tube ni. Yelah sebab tube ni selalu sesak, nak kene turun naik tangga lagi. Pastu nasib tak baik dok sebelah pak hitam mabuk pulak. Kesian mak aku. Tapi nak buat camne kan takkan nak naik cab hari2. Amboi amboi amboi. Sampai je kat Oxford Circus dah mula mendung & berangin. Standard lah tu cuaca London memang camni. Kalo kat Australia langit selalu biru, kat sini langit selalu kelabu. Hehe
Dah memang jadi trademark aku kalo pegi travel mana2 memang akan ada pos wajib kat train signboards. Haha memang pelik tapi tu lah minat aku. Hopefully satu hari nanti aku dapat kumpul gambar train stations kat serata dunia. Pastu boleh frame & gantung kat bilik, cool tu. Cuma yang tukang amik gambar tu kene bersabar la sikit dengan aku sebab bukan senang nak amik gambar kat train stations ni, kene tunggu orang tak ramai, pastu kene hati2 gak sebab ada stations yang platform die agak sempit & ada station yang pekerja diorang tak bagi amik gambar.
Ok sambung balik pasal Oxford Circus tadi. Nama Circus ni bukan maknanya ada sarkas ye kat sini. Badut2 sarkas tu takde k. Haha. Circus tu dalam bahasa latin maksudnya "circle". Sebab kat sini ada circular open space antara Oxford St dan Regent St. Kat Oxford Circus ni ada macam2 kedai. Kalo banyak duit memang heaven & rambang mata lah area ni. Kalo takde duit jawabnya cuci mata je lah. Cuci mata pun seronok jugak ape. Pada aku yang penting pengalaman mengembara tu. Btol tak? Aku ada jugak masuk Clarks kat sini tapi harga takdelah murah. Lebih kurang je macam kat Malaysia. Boots lepas sale jadi £50, flats dapat £20. Yang tengah sale memang murah tapi tinggal design yang aku tak minat. Last2 tak beli apa pun.
Ingat nak lepak2 minum kopi tapi banyak nampak Starbucks je. Boriiiing. Ade la Caffé Nero pastu cawangan fast food Pret A Manger berlambak tapi kiteorang tak masuk pun. Cafe yang cantik2 semuanya pub. Macam Sherlock Holmes pub kat bawah ni memang comel tapi pub ler. Lepas pusing2 Trafalgar Square, amik gambar depan pub kiteorang jalan terus sampai ke Hungerford Bridge. Dari sini dah nampak LONDON EYE. Mula2 ingat nak naik tapi mak aku tak nak pulak. Gayat die cakap. So kiteorang jalan2 tengok carousel, pastu lalu Westminster Bridge, BIG BEN. Tup tup dah gelap dah masa ni. Bila gelap kualiti gambar pun tak berapa memberangsangkan. Nak selfie pun tak kuasa. Huhu. So lepas round2 kat Big Ben tu kiteorang gerak balik naik tube dari Westminster Stn ke Notting Hill. Sebelum tu singgah Paddington jap. Paddington Stn ni memang besar. Ntah kenapa aku tak amik gambar pulak kat sini. Just depan train station je. Sorry ye. Sempat kiteorang masuk Sainsbury kat sini cari telur tapi telur takde pulak. Line beratur pun punyelah panjang. Semua sibuk beli barang dapur lepas balik keje. Situasi yang sama aku perasan masa vacation kat Aussie dulu.
Dari Paddington Stn kiteorang gerak ke Notting Hill. Sebelum tu singgah Tesco jap cari barang dapur lagi. Teringin nak makan aiskrim Ben & Jerry's. Haha mengada btol. Maklumlah bile cuaca sejuk ni tekak nak makan macam2. Puas cari telur kat Sainsbury takde Tesco pun takde, hishhhh orang London ni kuat btol makan telur agaknya sampai habis stok! Last2 jumpa jugak telur kat convenient store kecik Buy Best. Tu yang seronok kalo stay area dekat dengan Notting Hill Stn ni, macam2 adaaaa. Kedai kebab halal pun ada, dekat je dengan apartment kiteorang. Sampai apartment mak aku panaskan balik spageti siang tadi & makan croissant. So far hari kedua yang awesome kat London. Cant wait for tomorrow!
No comments:
Post a Comment