Hari ni aku bangun pagi rasa bersemangat gile dan ceria je nak bersiap & keluar hotel. Kan bagus kalo everyday bangun pagi rasa excited camni?? Hari kedua ni plan nak pegi banyak tempat so aku decide untuk tukar pakai kasut Crocs je. Misi pertama nak tengok apa yang ada kat THE ROCKS. Since hari ni hari Jumaat, The Rocks ade buat food market. So ape lagi, lets check it out!
Nak pegi The Rocks ni senang je. Dari Circular Quay Station boleh jalan kaki je ke The Rocks market, lebih kurang 600m (refer map below). Aku rekomen pegi lalu George st & balik lalu jalan kat tepi laut tu, dapat tengok burung merpati berterbangan, feri lalu lalang, kadang2 nampak jugak kapal besar P&O berlabuh kt situ, ade orang main muzik & other street entertainers. Korang bole beli gelato or calamari n chips kat kedai2 area Circular Quay Station, pastu makan tepi jalan sambil people watching. Memang syok! Kalo kat Malaysia ni takde peluang la nak lepak tepi laut tengah2 panas, memang berpeluh la kan satu badan..huhuu..
Ok back to the The Rocks market, selain daripada makanan, ade jugak peniaga2 yang jual produk buatan tangan diorang, ade yang jual candles, ade yang jual jewelleries. Aku nampak satu stall ni jual coasters seramik. Memang cool, sesuai untuk beli as souvenir untuk family. Satu coaster dalam $5.
Aku beli coasters ni 3 bijik. Yang design satu lagi lupa nak amik gambar plak..hehee..Masa tengah tengok2 coasters ni terserempak dengan couple dari Malaysia. Borak2 la kejap. Diorang kat Sydney dalam 2-3 hari je pastu nak ke Melbourne pulak kalo tak silap. Dah banyak tempat jugak diorang travel tapi takde travel blog, kalo tak boleh aku follow. Lepas dah borak2 tu aku teruskan perjalanan ke THE TEA & COSY CAFE. Aku nampak café ni dalam instagram, ramai yang cakap cute sebab dekorasi ala2 English. Memang cute pun!
Since makan kat Sydney ni memang mahal & duit Ringgit pun makin menyakitkan hati so takdelah nak order beriya2 sangat kat sini. Kiteorang order Devonshire Set je, itupun dah $14 & extra latte $4. Kiteorang decide duduk kat balcony tingkat atas. Memang best minum teh & scones atas balcony ni. Lepas makan tu laki aku nak repeat beli coasters pulak untuk family die. Die memang suka tiru aku so kiteorang patah balik ke kedai coasters tadi.
Dari The Rocks kiteorang sambung perjalanan ke Argyle St pulak dan terus ke OBSERVATORY HILL PARK. Dari Observatory Hill ni boleh nampak pemandangan Sydney Harbour Bridge dari atas bukit. Memang cantik! Jom layan gambar.
Hari ni matahari terik so ramai ler mat salleh dok berjemur kat sini tapi nasib baik aku dapat port yang takde orang. Bole ler posing2 amik gambar. Last shot ni aku amik guna timer je. Tapi leceh gak la nak adjust angle letak phone atas backpack tu pastu aku kene berlari pulak & buat2 pose duduk. Kira terer la kan dapat shot ni..heheeee..Puas hati! Aku tak berapa minat sangat kalo berjalan guna monopod ni, so guna timer je lah. Dah lepak2 amik gambar kat Observatory Hill ni, kiteorang patah balik ke Circular Quay & proceed ke SYDNEY OPERA HOUSE pulak.
Haa cantek tak pemandangan kat sini? Aku memang suka waterfront cities. Teringat plak masa aku kat Istanbul dulu. Cuma bila melepak kat Eminonu tu kehadiran pelarian Syria yang meminta sedekah & orang2 jual barang tu aku tak berapa berkenan sangat. Other than that Istanbul is a beautiful city. Kat Sydney Opera House ni memang takde la orang yang push2 suh beli barang ke ape, tapi ade la jugak nampak peminta sedekah mat salleh kat tepi Circular Quay Station.
Since perut pun dah lapar, kiteorang tak lepak lama kat Opera House ni. Dari Circular Quay Station, kiteorang naik train ke Central Station. Central station ni adalah railway station yang paling besar & paling sibuk di New South Wales, ade 25 platform & dibuka pada tahun 1906. Memang cantik station ni.
Ni je seketul gambar aku amik kat Central Station..hahaa sori ye..Otak dah pikir nak makan je, tak kuasa dah nak amik gambar. Dari Central Station, kiteorang try naik Light Rail plak untuk ke PADDY'S MARKET. Orang cakap kat Paddy's Market ade banyak souvenir murah2..
Mula2 Light Rail ni akan berhenti di Capital Square pastu berhenti kat Haymarket. Kiteorang pun turun di Haymarket. Paddy's Market ni btol2 depan stop ni. Hmmm pada aku Paddy's market ni xde apa lah. Biasa2 je, banyak kedai jual barang yang sama. Kalo korang nak beli t-shirt murah2 ade la kat sini..T-shirt budak kecik dapat dalam $6 sehelai. Aku tak beli apa2 souvenir pun kat sini lagipun mostly China made.
Lepas dah survey Paddy's Market masa untuk cari makan plak. Huh perut dah berbunyi2 tahap berapa desibel dah ni..Jalan punye jalan ingat nak makan kat "Mamak" sekali tutup la pulak..Ade hikmah sebenarnya, bile aku check2 balik "Mamak" ni ade masak babi jugak k. Cehhh hampeh btol. Restoran "Petaling Street" pun tak halal. So last2 kiteorang jumpa satu restoran ni "Chinese Noodle Bar". Kedai ni memang terpampang tulis halal. Alhamdulillahhhhhhhh:)
"MAMAK" IS NOT HALAL! JANGAN MAKAN KAT SINI! |
This is what we ordered..Yummy! |
Huh lega btol bile dapat makan kat Chinese Noodle Bar ni. Portion pun Alhamdulillah memang banyak. Aku sampai terpaksa tapau lauk daging tu sebab banyak sangat. Sepinggan $12.80. Kira dah murah la tu. Lepas makan barulah otak boleh berfungsi seperti biasa..hehee..Perut pun dah kenyang hati pun senang, kiteorang pun balik semula ke hotel untuk rehatkan badan. Yayyyy....
Lepas dah rehat2 kat hotel, kiteorang keluar lagi sekali. Kali ni naik feri dari Circular Quay ke MILSONS POINT. Sebelum nak tunggu feri sampai kiteorang beli calamari n chips. Bila cuaca sejuk ni perut asyik lapar je kan..hehee..Best makan panas2 sambil tengok pemandangan bandar Sydney dari atas feri. Entah kenapa aku ni memang suka naik feri, bot & kapal pun aku suka. Tak kira la siang ke malam..Rasa macam nak masuk dalam gambar ni balik je..huhuuu rindu btol moment ni..:(
Kat Milsons Point ni takde ape sangat cuma ada Luna Park je lah. Kiteorang lalu je amik angin, tak naik pun ride2 kat sini. Tujuan utama nak naik feri malam2 je tengok pemandangan ..hehe..Lepas dah amik gambar sikit2, kiteorang pun tunggu feri seterusnya & balik semula ke hotel. Hari kedua yang memenatkan tapi sangat awesome!!
P/S: Lupa nak cakap, untuk hari kedua ni kiteorang beli kad MyMulti2 untuk memudahkan perjalanan. Lagi jimat sebenarnya pakai kad Mymulti untuk 9 hari compared to Opal. Tapi MyMulti ni sah sampai end of this year je. Diorang akan terminate penggunaan MyMulti ni in 2016.
No comments:
Post a Comment