Wednesday, September 16, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY 2015-DAY 1 (Potts Point,Circular Quay,Darling Harbour,Hard Rock Sydney)

2 Sept 2015-Rabu

Semenjak aku dah tak keje ofis ni dan mula bisnes sendiri, memang senang sikit aku nak plan vacation aku. Alhamdulillah..Dah tak payah susah2 nak dapatkan approval bos, tak payah nak kira berapa A/L yang tinggal & tak perlu nak mengadap muka2 tak puas hati budak2 ofis lama aku, maklumlah ade a few yang "PHD" kuat dalam ofis tu. Memang menanah mata diorang everytime aku apply A/L untuk pegi vacation..Kadang2 aku rasa macam aku ni artis glamour plak ramai naw "haters"nye. Syukurlah skang ni aku dah tak payah go thru all that negative vibes..hehee..Ok lah, lain kali aku sambung gosip lagi ye mak jemah sekalian. Kalo bab2 gosip ni, laju je korang baca kan!Haha...

Kali ni aku nak cite pasal percutian aku ke Sydney. Ini kali kedua aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Australia. Pengalaman pertama kali ke Australia adalah pada tahun 2013, aku & hubby bercuti ke Melbourne. Tapi pada masa tu aku tak berapa rajin lagi nak tulis travel blog. So mungkin lain kali bila aku ade masa aku akan update pasal percutian aku ke Melbourne ok. Skang kita sembang pasal Sydney dulu.

Flight aku bertolak jam 11.40 malam pada 2 Sept dari KLIA2 - Sydney International Airport. Kali ni aku & hubby naik Air Asia je. Pakej flight + hotel kiteorang book melalui AirAsiaGo. 9 hari 8 malam total for 2 pax Rm4,496.85 (travel expenses summary aku akan update nanti di akhir Sydney post). Kira ok la tu kan, lagipun semenjak ringgit makin hampeh ni & beban GST bla bla bla, every penny counts so kene lah berjimat cermat! Penerbangan dari KLIA2 ke Sydney mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kali ni memang kiteorang nasib baik sebab seat sebelah kosong..Yahooo!! So apelagi memang syok lah aku baring kat seat sebelah. 8 jam tak terasa sangat. Orang sebelah row aku mesti dengki dengan aku kan sebab row die full..hehee hahaa

Ok macam biasa bila dah sampai Sydney airport, kene isi Immigration Card & declare barang2 yang dibawa macam medication, food, cigarettes, etc. Bila dah declare tu kene masuk special lane untuk anjing diorang scan. Anjing die kecik comel je tak macam anjing kat Hong Kong dulu, mak aii scary gile bile ingat balik. Lepas dah setel inspection tu, kiteorang pun terus cari Optus untuk beli SIM card.


Ni kaunter Optus kat Sydney airport. Pakej yang aku amik ialah $20 untuk 10 hari. Maknanya $2/day termasuk dapat 500MB data/day. Memang puas hati bole main FB,IG & whatsapp family sesuka hati:) Just bagi passport & handphone kat staf Optus tu & diorang akan install kan plan tu. Easy peasy! Lepas dah setel SIM card, nak cari MyMulti card plak untuk memudahkan perjalanan. Haa yang ni memang annoying ckit. Mula2 memang ikut plan aku nak beli MyMulti2 berdasarkan info2 yang aku dah baca dalam blog. Tapi round2 tak jumpa plak tempat yang jual MyMulti card ni. Last2 jumpa convenient store ni ada sticker MyMulti tapi bila tanya die cakap dah tak jual, yang ada OPAL card je. Cehhh..Opal card ni camne plak? Jimat ke????



Mula2 aku rasa macam tak nak beli Opal card ni, tapi sebab dah takde pilihan lain terpaksa lah beli. Opal card ni selain kat convenient store bole jugak beli kat kaunter level bawah menghala ke Airport train. Kad ni free je cuma perlu beli top up/reload. Aku top up $50 sebab tiket airport train sehala je dah $13/pax. Korang bole jugak naik cab untuk ke city tapi since kiteorang berdua je so lebih murah untuk naik train. Lepas dah beli Opal card, touch je kad tu kat gate & korang dah boleh naik train. Lebih kurang macam Touch N GO lah kad ni. Maklumat lanjut pasal Opal card ni bole rujuk SINI .Jangan lupa simpan kad tu baik2!


Dari airport nak ke hotel kiteorang di Springfield Lodge, Potts Point kene turun di Central Station dulu & tukar train ke Kings Cross Station. Perjalanan sekejap je lebih kurang 30 minit dah sampai Kings Cross. Dari Kings Cross Station jalan kaki je ke hotel (Kalo nak tau lebih lanjut tentang train/trip planner kat Sydney ni korang bole refer http://www.transportnsw.info/). Perghh excited gile wa cakap lu bile dah sampai kat Central Station ni. Cuaca pulak just nice je, around 19deg C. Pastu yang aku teruja pasal train kat Sydney ni, train die 2 tingkat. Unik!



Yahooo dah sampai Sydney!!!
Kiteorang sampai di Springfield Lodge dalam pukul 12 tengahari. Nasib baik dapat check in awal, Alhamdulillah bole la rehat2kan badan jap. Hotel ni bole tahan cantek, façade hotel pun looks inviting. Tak sia2 kiteorang book hotel ni. Receptionist pun friendly. Bilik kiteorang kat tingkat 2 room no.317. Memang quite spacious pada aku cuma toilet je sempit sikit. Other than that I got no complaints!
 
 
Springfield Lodge, Potts Point
 
Lepas dah freshen up, kiteorang pun mulakan eksplorasi..heheee..First destination nak pegi CIRCULAR QUAY! Aku decide untuk naik bas ke sana (boleh guna Opal card). Baru je nak happy2 skali SESAT! Ape daaa...Nombor bas dah betul tapi kiteorang tunggu kat bus stop yang salah...huhuuu..Bas kat Sydney ni takde skrin bagitau next bus stop so ko tak tau ko dah sampai mana. Memang tak tourist friendly ler. So akhirnya bas yang kiteorang naik tu berhenti kat Martin Place Station. Sebab takde skrin dalam bas aku pun merajuk terus tak nak naik bas dah!Huh
 
Dari Martin Place kiteorang decide untuk jalan kaki je ke Circular Quay. Since aku dah ada data plan ni, senang aku nak navigate jalan guna Google Map je. Bila cuaca sejuk ni jalan jauh pun serious tak terasa. Make up aku pun tak cair..hehehh..Sampai je kat Circular Quay nampak Harbour Bridge & Opera House tersergam indah..Perasaan masa tu memang tak boleh dilupakan. Tu lah moment yang paling aku suka everytime pegi vacation. Pandangan pertama tu yang mahal. Selalu dapat tengok dalam gambar je tapi bila berada btol2 depan mata, kadang2 aku rasa macam dalam mimpi pun ade:)
 
 
 
 
 
Masa kiteorang sampai kat Circular Quay cuaca agak mendung sikit. So bile amik gambar tu tak brape nak cantek. Mungkin nak hujan kot. So instead of jalan2 ke area Opera House, kiteorang terus pegi Wharf 5 naik feri ke DARLING HARBOUR. Memang syok naik feri sambil tengok pemandangan! Puas kiteorang amik video & gambar bertubi2 atas feri ni..hahaaa dah macam pelancong dari China je perangai! *tutup muka*

Bila dah sampai Darling Harbour, kiteorang seberang Pyrmont Bridge untuk ke Harbourside Shopping Centre. Misi pertama nak pegi ke HARD ROCK SYDNEY. Macam biasa lah mana2 kiteorang pegi mesti nak beli souvenir sikit dari Hard Rock. Sebelum sampai kat Hard Rock terserempak satu kedai jual fudge ni dalam Harbourside. Tetiba aku macam tergoda plak tengok fudge die ade macam2 perasa. Aku beli 3 ketul $10. Pada aku yang paling best perasa peanut butter, yang caramel macademia & chocolate macam manis sangat. Moral of the story jangan ikut nafsu ye, maklumlah bila perut tengah lapar ni sume benda nak beli kan.


Lepas dah beli fudge kiteorang nampak kedai jual makanan arab, Enfes Kebab kat area food court. Kat Harbourside ni ade 2 choice, Arab food & Indian food. Ni dua je yang fully halal. Kalo tak nak arab/indian food bole jugak makan fish n chips kat sini berlambak. Harbourside ni pun takde la besar mana, kecik je. Kiteorang order beef kebab, ~$10 satu. Fuh lega dapat makan!


 
 
Dah setel makan tu kiteorang pegi Hard Rock plak. Sebelum masuk kedai kene lah posing depan kedai dulu ye tak?..hehehhh..Kali ni aku target tak nak bazir duit beli macam2, so aku just beli keychain guitar sebijik je, itu pun dah $26 *gulp* Hubby beli shot glass $10.


 
Keluar je dari Hard Rock, hujan dah start turun renyai2 plak kat luar. Tak dapat nak lepak lama depan harbour. So kiteorang jalan kaki dari Harbourside terus ke Town Hall station. Sebelum sampai Town Hall station, singgah Woolworth dulu tengok ape yang ade. Masa ni peak hour orang dah balik keje, so agak ramai orang beli groceries kat Woolworth ni. Tapi kiteorang tak beli ape pun. Plan beli roti & air mineral kat Harris Farm Markets depan hotel kiteorang je. Roti & air mineral besar dalam $10.
Sampai je hotel sebelum tido, makan Maggie yang kiteorang bawak dari KL & roti dengan peanut butter. Alhamdulillah selesai hari pertama di Sydney. Good night mate!
 
P/S:Kalau korang malas nk membaca tapi nak tengok vacation videos & pics aku bole singgah kat my IG>> madame_treschic. Kat situ boleh la nk tnya pape pasal vacation sebab blog aku jarang bukak ye.
 

No comments:

Post a Comment