Pada aku kalo pegi Osaka ni tak lengkap la kalo tak singgah ke Kyoto kerana Kyoto ni merupakan cultural & historical heart of the country. Lagipun masa perjalanan dari Osaka ke Kyoto tak begitu lama, hanya makan masa selama lebih kurang 40 minit sahaja menaiki train & menelan belanja sebanyak ¥740 seorang dari Nakatsu. Korang boleh refer travel planner kat bawah ni atau pegi je kat website http://www.hyperdia.com/en/
Travel planner from Hyperdia |
DIRECTIONS TO KYOTO CYCLING TOUR PROJECT (KCTP)
KCTP charges: ¥1,000/day for standard
bike, ¥1,300/day for high class bike
Return
bicycle BEFORE 7PM else there will be extra charges of ¥400!
Opening hrs:9am-7pm |
Yayyy I got my bike & I got my map! |
Ni lah tempat kiteorang sewa basikal. Amik yang standard bike je, jimat sikit duit..hehehh..Diorang ade bagi map skali so senang lah nak meronda area Kyoto ni. Cuma dari kawasan bandar ni nak ke area Higashiyama tu agak mencabar sikit sebab kene melintas jalan yang banyak kete, pastu nak kene tengok map lagi. Dah lama tak naik basikal ni, dalam 15 tahun ade kot..Boleh ke jumpa Higashiyama ni dengan hanya berpandukan map??Boleh ke ni??Boleh ke ni??
Map we got from KCTP |
And the journey begins! Off to Higashiyama! |
Mesti lah boleh! Tengok kaki laaa...hehehhhh..Lepas a few traffic lights, kiteorang cycle terus sampai seberang Sungai Takasegawa. Lepas sungai tu, keadaan jalan ke arah Gojo-zaka membukit sikit so kat sini memang menguji tahap stamina kiteorang. Ade la jugak sesat2 sikit sebelum nak sampai ke Gojo-zaka tu so kiteorang berhenti jap beli air kat vending machine, tengok map balik & sambung perjalanan. Sape yang tak berapa nak fit tu, cuba2 lah exercise and fit kan badan dulu sebelum mencuba aksi2 seperti ini ye. Tak pun korang boleh naik bas je ke sana.
Mula2 kiteorang ingat boleh naik basikal sampai ke Kiyomizu-zaka, tapi rupa2nya ada jalan yang basikal tak boleh lalu, so kiteorang terpaksa park basikal di tempat basikal yang disediakan khas di Kiyomizu Tourist Car Park (refer map above). Dari situ kiteorang kene menapak naik bukit ke Kiyomizu-zaka (清水坂), Sannen-zaka (三年坂) & Ninen-zaka (二年坂). Aku baca kat internet kawasan ni dapat good review so sebab tu aku excited nak check it out. Walaupun agak penat naik tangga turun tangga, tapi aku rasa sangat2 berbaloi bila dah sampai sini. Satu accomplishment yang sangat membanggakan sebab berjaya sampai tanpa bantuan tour guide ke ape. Alhamdulillah..
Rombongan budak2 sekolah |
Memang cantik pemandangan kat sini. Aku rasa seolah-olah macam masuk dalam time machine back to zaman Jepun dulu2. Btol lah orang cakap Higashiyama ni one of the city's best preserved historic districts. Pengalaman dapat jumpa geisha tu antara yang paling aku tak boleh lupakan. Nasib baik dapat amik shot tu walaupun masa tu ramai yang berebut2 nak amik gambar diorang. Banyak lagi sebenarnya gambar2 yang aku amik kat Higashiyama ni tapi upload sikit2 cukuplah. Pengalamann solat jama' kat Higashiyama ni pun best jugak, puas kiteorang jalan2 cari port yang tak ramai orang, last2 jumpe jugak kawasan berumput ni, so solat je lah kat situ. Lepas dah selesai solat & beli souvenir, kiteorang beli matcha ice cream. Tu je lah buat alas perut sebab plan nak makan kat train station je nanti.
Matcha ice cream..Yummy! |
Lepas dah rehat makan ice cream, kiteorang patah balik untuk amik basikal kat tempat parking. From there kiteorang cycle ke arah Gion pulak. Tengok ape yang menarik kat Gion ni. Masa ni main road dah mula sesak, mungkin sume dah balik keje kot. Agak mencabar la nak berbasikal time2 peak hours ni. Bila kiteorang lalu jalan dalam barulah rasa tenang sikit. Ikutkan hati nak explore lagi banyak tempat kat Kyoto ni, tapi kiteorang tak cukup masa, perut pun dah lapar & kaki pun dah lenguh, so kiteorang cut it short je. Rasanya kalo tido semalam kat Kyoto ni pun menarik jugak. Tapi takpe lah maybe next time kalo ade rezeki. Lepas dah setel round2 Gion & amik gambar, kiteorang head back to KCTP untuk pulangkan basikal. Tapi sebelum tu jom layan gambar2 di sekitar Gion!
Banyak btol temple kat Gion ni. Kawasan kat sini sangat bersih & sunyi. Alhamdulillah misi hari ni dah tercapai. Tak sangka dapat jugak melawat tempat2 yang kiteorang dah plan ni. Walaupun penat, we had a great time in Kyoto. Kalo korang merancang untuk ke Osaka, jangan lupa singgah ke Kyoto k. Lepas pulangkan basikal kiteorang jalan balik ke Kyoto Station. Hari pun dah nak gelap, makan pun tak lagi ni. Calories dah banyak bakar..huhuuu...Nasib baik kat Kyoto station ni kiteorang ternampak kedai jual takoyaki, so apelagi makan takoyaki je lah. Janji kenyang. Lagipun takoyaki kat sini besar2 memang puas hati!
Syukur dinner dah setel. Sedap pulak tu..heheeee..Masa kiteorang makan takoyaki ni, ramai btol orang2 yang baru habis keje beratur untuk tapao. Patotlah orang Jepun ni kurus2. Diorang ni banyak berjalan tapi tak banyak makan macam orang Malaysia. Istilah "kuidaore" ("eat until you drop") ni patotnya sesuai untuk orang Malaysia bukan orang Osaka..hahaaaa..Kat Malaysia mencekik banyak pastu nak jalan nauzubillah punya lah pemalas..ooopsss jangan marah ye..Ok lah, itu je coretan untuk hari ketiga aku di negara Jepun ni. Besok nak pusing2 Osaka pulak..goodnite!:)
No comments:
Post a Comment