Sunday, August 2, 2015

OSAKA TRIP-DAY 1 (HEARTON HOTEL, HARD ROCK OSAKA, SHINSAIBASHI, DOTONBORI)

15 OCT 2014-Wednesday

Salam...Kali ni aku nak cite pasal trip ke Osaka pada bulan Oktober tahun lepas. Punyalah malas nak update blog, hari ni tetibe mood rajin datang plak..heheee...Aku pegi time autumn, so cuaca just nice, pakai light jacket/sweater dh mencukupi, tapi malam sejuk sikit la so kene pakai extra layer. Macam biasa lah aku beli tiket Air Asia, tu je yang paling murah. Ini kali kedua aku & husband menjejakkan kaki ke negara Jepun. Dulu kiteorang pegi Tokyo, tapi masa tu memang aku tak banyak buat research so banyak tempat yang kiteorang miss, lagipun dalam masa hanya 5 hari 4 malam memang tak dapat nak cover banyak tempat, 2 hari je dah habis kat Disneyland & DisneySea. Insyaallah kalo ade masa nanti aku akan update pasal Tokyo plak ye.

Ok sambung balik pasal Osaka. Mungkin ade orang akan tanya kenapa nak pegi Jepun lagi? Pergi la Europe ke, US ke, Afrika ke?? Haa jawapan die (selain dari tiket lagi murah) kalo dah pegi Jepun sekali, memang automatik minda ko akan terkesima dengan budaya masyarakat & sistem pengangkutan kat sana. Nilai sivik masyarakat Jepun ni sangat tinggi ok! Kalo ko buat perangai Malaysia ko kat sana memang tak boleh hidup la bro kat Jepun tu, menyusahkan orang je nanti. Aku memang rekomen korang yang tak pernah jejak kaki ke Jepun tu,pergilah ke Jepun sekali dalam seumur hidup, insyaallah banyak benda yang boleh dipelajari. Preferably travel sendiri je lah, tak perlu pergi dengan travel agent pun. Negara diorang bersih, toilet bersih, pekerja2 sangat cekap & menghormati pelanggan, pengangkutan awam efisien, jalan berhemah takdenye nak langgar2 orang, tak berebut masuk train, tak cakap kuat kat phone, takde orang cuba nak potong queue, bawak handbag lalala takde orang nak ragut, banyak lagi lah! Tapi tu antara faktor kenapa aku repeat ke Jepun lagi.

Perjalanan dari KL ke Osaka mengambil masa lebih kurang 6 jam 30minit. Aku beli Air AsiaGo flight & hotel deal for 2 pax (5days/4nights) total RM2,856.56. Kiteorang sampai di Kansai International Airport jam 8.30pagi, terus beratur menuju ke kaunter imigresen. Macam biasalah memang imigresen diorang sangat efisien. Tak kira lah kalo sampai pukul 1 pagi ke 5 pagi ke diorang still cergas buat keje. Takde istilah lembab dan layu dalam kamus hidup diorang kalo buat keje k! Lepas setel imigresen kiteorang plan nak rasa udon halal kat sini. Alhamdulillah ade jugak a few restoran halal dan yang paling best kat Kansai Airport ni ade surau yang sangat besar untuk kemudahan orang2 Islam di Terminal 1 (Level 3). Bravo to the first Muslim-friendly airport in Japan! Ni brochure yang aku dapat from the airport so korang bole refer lokasi surau & restoran2 halal tu.

Location of prayer rooms at Kansai Airport
 
Halal restaurants at Kansai Airport
 

The U-don Restaurant (Halal) at Terminal 1,2nd Floor
 
Aku order udon sejuk 1 & udon panas 1.Nama ape ntah aku tak ingat


Cashier yang jaga restoran ni tak berapa pandai English so korang kalo nak order main tunjuk2 je lah k. Lepas dah setel breakfast kat The U-don, kiteorang menuju ke train station untuk beli tiket ke Nakatsu. Sape yang 1st time datang Jepun ni memang akan rasa cuak dengan train station diorang. Ade banyak jenis train & mesin so jangan main bedal je beli tiket. Nasihat aku untuk 1st timer, ko lepak je kat tepi dulu & usha macam mana diorang beli tiket. Bile line tak berapa panjang/tak ramai orang ko try lah tekan2 mesin tu ye..hehehh..Aku dah buat research awal2 sebelum sampai ke Osaka, contohnya macam aku nak ke Nakatsu, so aku akan beli tiket yang berharga ¥1,060 ke Tennoji. Pastu bila dah sampai Tennoji station aku kene tukar train ke Midosuji line plak & beli tiket berharga ¥280 untuk ke Nakatsu. Bole rujuk website Hyperdia untuk rancang perjalanan korang.


Example of travel calculator from Hyperdia
Posing jap kat depan train station
 
Tengah beli tiket
 
Dah sampai di Nakatsu subway
 
Hearton Hotel Kitaumeda (250m from Nakatsu subway) Address: 3-12-10, Toyosaki, Kita-ku
 
 
Our cozy room

 
 
Perjalanan dari Nakatsu subway ke Hearton Hotel lebih kurang 250m je. Lepas dah check in hotel, kiteorang jalan ke Nakatsu subway balik untuk ke Hard Rock Osaka plak. Biasalah Hard Rock ni kira tempat wajib kiteorang. Lama jugak kiteorang membelek barang kat sini last2 beli keychain, fridge magnet, T-shirt & cawan. Kopak dalam ¥8,000 camtu...huhuuuu...Sales assistant kat sini memang tip top k, sempoi je siap bagi kiteorang try T-Shirt dulu sebelum beli, pastu tolong kiteorang register membership kat Hard Rock lagi.
 
DIRECTIONS TO HARD ROCK OSAKA:
  • At Hommachi Station, take #9 exit & go up the stairs to the ground level
  • You will find Hard Rock café entrance on the other side of the building
Hard Rock Café hours:
Mon-Thur (11.30am-11pm)
Friday (11.30am-12am)
 
 
 
Ni lah rupa tiket subway. Kecik cinonet je..hehehhh
 
We are here!!!
 
    
Yayyy hajat tercapai!


Ok lepas dah setel shopping & beli souvenir, kiteorang jalan ke Shinsaibashi plak, tengok apa yang menarik kat sana. Dari Hard Rock tu belok kiri,lintas jalan dan masuk simpang pertama ke kanan. jalan terus je. Kalo nampak long covered alley macam gambar kat bawah ni maknanya dah sampai la tu. Kat sini kiteorang ternampak satu banner siap tulis bahasa melayu lagi "Selamat datang ke Shinsaibashi"..hahaaa hebat tak??
 
 
 
 
Sepanjang alley ni ade banyak kedai jual macam2 tapi kiteorang tak beli ape pun, target nak beli makanan je. Kalo jalan terus ikut Shinsaibashi suji ni korang akan jumpa Dotonbori. Tempat ni kira happening la, ramai orang melepak sini makan and people watching. Untuk trip ni kiteorang takde pack Maggie, Brahim or sambal ikan bilis sume tu lagipun setakat pegi 5 hari tu tak payah la beriya-iya bawak bekal bagai. Tapi kalo nak bawak jugak apa salahnya, sukati korang lerr..hehehhh..Dekat Dotonbori ni ade a few sushi place & kedai jual takoyaki, so insyaallah korang tak akan mati kebuluran punya. Untuk dinner kiteorang makan sushi lah, ape lagi. Memang fresh & sedap gile! Total  ¥760. Gambar depan kedai lupa plak nak amik, sorry.
 
Masa ni aku sesat...Pandai2 ler baca map ye..hehehh
 
Our dinner at Dotonbori
 
Ocra sushi my favourite!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ni lah sedikit sebanyak gambaran waktu malam di sekitar Dotonbori. Memang lagi happening waktu malam dengan lampu2 neon di setiap sudut. Banyak shopping mall & tempat makan kat sini. Yang halal tu korang kene pandai2 tengok lah ye, kalo sushi yang vege & seafood tu boleh la order. Plan nak amik banyak lagi gambar kat sini tapi kiteorang dah malas nak mengadjust camera setting. Kaki pun dah lenguh, lagipun ramai orang lalu lalang, banyak no yang entreprem hilang terus mood nak bergambar..cehh..Sebenarnya kiteorang plan nak ambik gambar Glico man besar betul2 dekat jambatan Dotonbori tu tapi sayangnya Glico man besar takde plak. Yang ada Glico man kecik ni je, so ok la tu daripada takde kan..Glico man ni kira an important symbol of Dotonbori..
 
Google Image>>> Ni contoh gambar Glico man yang kiteorang patot amik tapi Glico man takde..huhuuu
 
Lepas dah amik2 gambar rasa macam nak try takoyaki plak so beli la takoyaki. Harga ¥550. Bila perut pun dah kenyang, gambar pun dah amik so ape lagi kiteorang pun balik la ke hotel semula. Besok plan nak ke Universal Studios Japan plak! Nantikan update seterusnya:)
 

No comments:

Post a Comment