Tuesday, October 27, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 5 (QVB,George St,Pylon Lookout,Watsons Boutique Hotel,Halal Kungfu Ramen)

7 Sept 2015-Isnin

Hari ni nak buat ape ek?? Lets go for a walk around town lah. Mula2 sekali nak pegi QUEEN VICTORIA BUILDING or orang sebut QVB je. QVB ni terletak antara George St,York St, Market St & Druitt St dan dibina pada tahun 1898. Ni kira antara port yang wajib singgah lah kalo bercuti ke Sydney. Kat QVB ni aku sekadar masuk untuk amik2 gambar je, nak bershopping sakan tu memang tak lah kan. Lagi bagus rasanya simpan duit tu untuk next travel daripada membazir. Tapi kalo korang nak have a cup of coffee kat sini pada aku agak menarik sebab ambience sangat classy & relaxing:)


 


 
Selain dari QVB ni ada a few other buildings yang memang menarik perhatian aku antaranya Sydney Town Hall, General Post Office, City Recital Hall & Hotel CBD (persimpangan antara King St & York St). Ade banyak lagi buildings lain tapi ni je yang sempat aku explore. Fyi nak amik gambar kat sini bukan senang ye sebab ramai orang lalu lalang & ada photographer/tourist lain yang sibuk nak amik gambar jugak..haha...And satu lagi aku nak update, if korang plan nak pegi George St bulan Oktober tahun ni onwards, mungkin susah ckit korang nak amik gambar kat sini sebab Sydney tengah buat major construction untuk laluan light rail. So banyak jalan/laluan yang akan ditutup. More info here Kira beruntunglah jugak timing aku datang sini, diorang tak buat construction lagi..heheee

GPO

GPO from George St

A unique installation at an alley near George St
 
Hotel CBD @ King St & York St
Ni je pics yang sempat aku snap. Amacam? Cun tak?? Ok la tu kan untuk seorang photographer amatur yang guna handphone je..hehehhh..Tengah jalan2 tu aku ternampak kedai souvenir plak kat 312 George St, so apelagi masuk la jap beli souvenir. Kat sini rasanya choice lagi banyak & design cantik2. Aku beli notebook koala bear & kangaroo $5.99 each, magnet "here comes trouble" $6.99, kangaroo pencil $9.99 (dah kenapa tetibe macam budak kecik plak kan beli pensel???erkk), koala hairclip $7.99 (bukan untuk aku) & wooden bus magnet $8.99. Kalo nak yang murah sikit untuk bagi officemate ke/sedara mara, korang boleh beli eraser bentuk map Australia, yang tu $1 je, magnet bentuk surfboard $1, pen pun lebih kurang $1 satu tapi design so-so je lah tak berapa cantik.


Dah setel beli souvenirs, kiteorang pun teruskan jalan kaki sampai lah ke Cumberland St. Misi kali ni nak pegi PYLON LOOKOUT plak. Ape yang menarik kat sini?? Well kat lookout ni korang boleh nampak pemandangan bandar Sydney especially Harbour Bridge, Opera House & feri2 yang lalu lalang. Highly recommended! Tiket masuk $13 sorang & perjalanan nak ke lookout ni pun boleh tahan memenatkan sebab kene naik tangga beberapa tingkat..Huhuuuu penatnye Allah je yang tau, rasa nak tercabut kaki. Maybe sebab aku tak makan lagi kot tu yang penat semacam. Tapi akhirnya view kat atas tu...Fuhhh amazinggggggg! (terus tak rasa lapar)

(Tips untuk bergambar kat sini: Sampai je kat atas ni, conquer spot yang aku berdiri macam dalam pic ni & snap gambar banyak2 sebelum ramai orang naik sebab lookout ni laluan die sangat sempit. Pasal sejarah silam tok nenek yang diorang display sume tu last2 nanti korang boleh baca. Papehal amik gambar dulu. Alhamdulillah aku sempat rekod video lagi..haha..Kalo lambat memang ramailah yang akan photobomb gambar korang. Pastu akan ada ramai backpackers yang solo2 tu buat muka seposen mintak tolong ko amikkan gambar diorang. Aku tak pasal2 jadi cameraman untuk 2 guys k. Tapi takpelah, kesian jugak kat diorang sebab travel solo kan. So good luck ye!)

 
 
 
 
 
 
So Pylon Lookout done, what next? Dah alang2 kt Cumberland St, kiteorang pun balik ke Circular Quay Station untuk ke hotel. Sebelum sampai hotel kiteorang singgah jap kat kedai makan INDIAN CURRY POINT. Konon nak makan beriyani best macam hari tu tapi malangnya beriyani dah habis. Aiyoyoo..laku btol beriyani mamak ni. Nak buat camne terpaksalah order nasi putih biasa dengan kari daging je, total for 2 pax $18. Lepas dh setel makan, solat & rehat kiteorang sambung balik perjalanan.  Plan nak naik feri ke Watsons Bay one more time..Yayyy! Kaki dah tak larat dah nak jalan jauh2. That day pegi Watsons Bay tak sempat nak lepak2 minum so hari ni ingat nak lepak lama sikit kat sana. Sementara tunggu feri sampai kat Wharf 4, kiteorang sempat posing2 depan Opera House lagi sekali, biasa la kan..tourist=P
 
Sampai je kat Watsons Bay kiteorang ordered 2 cups of cappuccino, $4/cup kat WATSONS BOUTIQUE HOTEL. Hotel ni btol2 mengadap laut, nampaklah bandar Sydney dari jauh. Masa mula2 nak order tu, sorang waitress ni usha aku semacam je tak friendly langsung maybe PMS kot, aku memang pantang btol dengan waitress yang perasan diva ni..nasib baik yang sorang lagi waiter perangai elok ckit so aku order dengan die je. Lepas borak2 dengan waiter tu & dapat drinks kiteorang choose untuk duduk kat meja luar facing the ocean. Seronok tengok pemandangan laut dan burung2 berterbangan sambil minum kopi tunggu sunset, so romantic kalah rancangan tv Romantika CT dengan Dato K tau! Hahaaa..Sori takde gambar pulak pandai2lah korang imagine sendiri ye..heheeee..Haa romantic2 punye pasal sampai confident je ingat ade feri yang boleh bawak kiteorang balik ke Circular Quay. Jawapannyaaaaa takde k! Yang ade cuma Captain Cook punye cruise je itupun kene bayar $7 each, takleh guna MyMulti. Cisssssss wasting money btol. Nak tak nak kenelah bayar jugak. Nak naik bas memang out of the question lah kan. Ade a few tourists lain yang terlepas feri macam kiteorang jugak & diorang pun terpaksa naik Captain Cook ni.
 
 
Sampai kat Circular Quay kiteorang terus naik train ke Central Station. Malam ni tekak terasa nak makan ramen pulak. Dari Central Station jalan kaki ke KUNGFU RAMEN restaurant kat Chinatown. Around 5mins dah sampai restoran. Aku order Kungfu Ramen, $10.50 semangkuk. Portion banyak & broth die memang sedappppppp. Laki aku order macam mee goreng ape ntah & add on spicy BBQ chicken. BBQ chicken tu pada aku macam agak masam, tak tau ape die letak dalam marinate die, kalo kurang masam memang tip top. Total dinner $37.
 
 

 
Lepas dinner apelagi, balik semula ke hotel & rehatkan kaki. Ingat nak jalan2 lagi explore tempat lain tapi memandangkan besok nak pegi Bondi, aku rasa lagi bagus balik hotel je & tido awal. Sebelum tu laki aku singgah Harris Farm Markets depan hotel beli air mineral 1.5L $0.99 & pisang $5.60 untuk stok2 lapar dalam bilik (air & pisang punya harga pun aku tau k sebab simpan resit!Hahaa) Very useful sebenarnya simpan resit2 ni supaya boleh buat expenses summary. Korang cubalah kalo rajin:)
 
Next update>>>>BONDI TO COOGEE WALK!

Monday, October 5, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 4 (University of Sydney,Broadway,Kings Street,Its Time for Thai,Chinatown)

6 Sept 2015 -Ahad

Semalam dah banyak berjalan so hari ni aktiviti kiteorang ala2 santai sikit (actually takde la santai mana pun, still kene banyak berjalan jugak..hahaa). Mula2 sekali nak pegi SYDNEY UNIVERSITY. Sekali sekala nak jugak tengok suasana universiti2 yang ada kat luar negara ni kan. Untunglah student2 yang dapat belajar oversea ni..cuaca sejuk je kalo jalan kaki pegi kuliah jauh2 pun takde hal. Teringat plak masa aku muda2 remaja dulu hari2 jalan kaki g kuliah tengah2 panas, sampai kelas je habis satu badan berpeluh..fuhhh..kenangan yang tak berapa nak indah..hahaa..

First time aku nampak Sydney University ni masa aku baca someone's blog, aku terus tertarik dengan Victorian style buildings yang ada kat universiti ni. Lagipun tempat ni free je, just kene bayar tambang train je lah, so why not check it out. Dari Kings Cross Station kiteorang turun di Redfern Station. Keluar station je akan nampak road sign ni..Nampak tak die tulis "To Sydney University"? Haa ikut ler sign tu..You will pass Lawson St, then Abercrombie St..

 
Sebelum nak sampai ke universiti ni, korang akan lalu kawasan perumahan di area Redfern ni. Kat sini suasana agak sunyi la, rumah2 kat sini pun jenis rumah lama. Jenis kecik & rapat2..Bila tengah jalan2 tu aku nampak mural ni yang agak cool so apelagi amik la gambar jap, membuktikan yang aku dah lalu area Redfern ni. Perjalanan lebih kurang 1.2km ye dari Redfern Station ke universiti.

 
Map of Sydney University
 
Bila dah sampai universiti, kiteorang takde la explore semua kawasan. Aku dah target nak tengok Anderson Stuart Building & The Quadrangle. Kiteorang masuk dari Fisher Road (boleh refer map kat atas). Memang berbaloi lah jalan kaki sampai ke sini. Universiti ni pada aku memang cantik, rasa macam kat Europe plak! Tenang je lepak2 kat sini. Check it outttttt>>>>>>







 

 
Masa kiteorang kat sini, ada wedding ceremony tengah berlangsung kat kawasan Quadrangle ni. Siap buat fotografi wedding lagi. Ye lah kat sini memang cantik untuk buat photoshoot. Aku nak amik gambar laki aku pun boleh tahan sampai tercangkung2 dibuatnya. Nasib baik dapat jugak shot yang aku nak..hehehh..Aku amik semua gambar ni guna IPhone je, DSLR canon aku tinggalkan kat hotel, dah naik lenguh plak bahu aku nak pikul tiap2 hari..tak kuasa aku..Disebabkan tak makan lagi, lepas dah lepak2 amik gambar, kiteorang pun jalan kaki ke arah BROADWAY pulak. Ingat nak makan kat Papparich, tapi mak aii orang ramai plak dalam tu.
 
So lepas round2 takde idea nak makan mana, last2 kiteorang masuk Central Mall. Kat sini tak banyak sangat choice makanan halal, boleh makan kat Ribs & Burgers (diorang boleh masak special untuk guest yang nak halal) tapi sebab dah tengok banyak sangat babi dalam menu die..hmm macam takde mood plak nak makan situ. Kat Broadway ni pun ade banyak branch Max Brenner tapi kiteorang teringin nak makan nasi not dessert. So last2 nampak kedai Bombay Central, waitress die cakap food halal so kiteorang pun order lah nasi & kari..Kopak $20.Hmm tak sedap kari die macam tawar..tapi makan je lah sebab nak alas perut. Bila perut dah kenyang baru lah ade tenaga nak sambung jalan kaki ke Central station. Dari Central kiteorang amik train balik ke hotel untuk rehat & solat. Fuhh leganya dapat rehat! Bayangkan la dah 4 hari kiteorang kat Sydney, macam2 tempat dah explore. Pada aku jalan kaki ni memanglah penat, tapi "Nothing beats the experience of exploring a country by foot".Tapi kalo korang jenis tak larat jalan jauh..maybe boleh skip la area Broadway ni, nothing much to see here.
 
Sebelah petang kiteorang kuar hotel & gerak ke Newtown Station pulak. Kali ni nak round2 area KINGS STREET. Saje nak tengok apa yang ade kat sini. Mula2 kiteorang survey north part of Kings Street. Aku memang dah target nak amik gambar satu butik ni called "The Academy Brand" aku tengok kat instagram, memang cantik architecture building ni.

The Academy Brand at Kings St
Graffiti at Kings St
 
Kat sini ade banyak pubs & shop lots. Kalo jenis yang suka berparty & mabuk memang heaven lah tempat ni. Pubs kat sini ramai gile orang beratur sampai ke luar kedai. Mungkin sebab hari ni hari Ahad kot. Pastu aku perasan orang2 yang lepak sini pun jenis hipster. Ade yang pakai leather jacket, rambut color2, bertindik..Kat sini pun ada jugak graffiti sikit2 tapi tak secantik kat Melbourne lah pada aku. Lepas dah explore north part of Kings St, kiteorang teruskan perjalanan ke bahagian south pulak. South part of Kings St is quieter, orang pun tak ramai, macam mati sikit area ni. Kalo korang tak explore area south part ni pun takpe. Kiteorang continue jalan kaki sampai lah ke St Peters Station. Fuhh jauh weii berjalan hari ni..perut pun dah start lapar balik.
 
Untuk dinner kiteorang decide untuk makan kat ITS TIME FOR THAI kat Chinatown. Restoran ni halal & korang akan jumpe ramai orang Melayu kat sini..hahaa..Sementara tunggu order sampai, laki aku sembang dengan couple ni dari Penang, diorang duduk kat Novotel Hotel. Everyday diorang makan kat restoran ni siap tapau bawak balik hotel lagi. Pastu aku nampak sorang pakcik ni dengan family die siap intai2 ape aku makan dari luar kedai, maybe die nak confirmkan dulu btol halal ke tak kedai ni kot. Lepas tu aku nampak die masuk restoran ni & order..hehehh..Aku order fried calamari, prawn fried rice & shrimp paste fried rice, total $37. Portion die ok lah banyak & makanan pun sedap. Alhamdulillahhhhhh:)

 
 
 
Lepas dah setel dinner, kiteorang singgah 7E pulak beli coffee & hot chocolate. Sejuk2 ni minum kopi panas memang best! Coffee die murah je $1 secawan, hot choc $2 secawan. Self service, bayar duit kat counter dulu pastu buat ler kopi sendiri. Ok lah that's all for day 4 guys, tunggu update seterusnya!

Wednesday, September 30, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 3 (Featherdale Wildlife Park,Watson's Bay,Fireworks at Harbourside)

5 Sept 2015-Sabtu

First mission hari ni nak pegi ke FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Boleh check website diorang kat http://www.featherdale.com.au/Aku dah lama teringin nak belai2 kangaroo, wallaby, koala & haiwan2 seangkatan dengannya so tempat yang paling best untuk buat semua tu ialah di Featherdale Wildlife Park. Kalo korang pegi ke Taronga Zoo di Sydney, kangaroo & koala yang ada tak sebanyak di Featherdale, pastu nak petting pun kene bayar extra k. Ni ape yang aku bacalah from other websites & bloggers. Even kat tripadvisor pun ramai yang bagi good review tentang Featherdale ni. Dulu masa aku pegi Melbourne Zoo memang bosan gile, so trip kali ni aku tak nak lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan haiwan2 unik di Australia ni.


Perjalanan dari Sydney CBD ke Featherdale Wildlife Park ni agak jauh. Dari Kings Cross Station kiteorang berhenti di Central & tukar train ke Blacktown Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang boleh tertido dalam train ni, so alert lah ye jangan sampai terlepas station plak! Sampai je kat Blacktown Station, kiteorang proceed ke bus stop Platform 9 & tunggu bas No. 725. Ni lah die rupe bus stop kat Platform 9...


Bas 725 ni akan bawak terus ke Featherdale Wildlife Park. Tempat ni kecik je, tak besar mana pun. Aku nasihatkan better keluar awal pagi so by the time sampai sini orang still tak ramai lagi. Tempat ni buka dari 9am-5pm daily. Harga tiket $29.50/pax. Lepas dah bayar tiket tu, aku tak buang masa nak tengok burung2 semua tu..Tak heran pun..heheh..Terus pegi ke koala & kangaroo area. Memang best sebab kat sini boleh pegang kangaroo2 yang bebas berkeliaran!

 


 
Kat sini korang boleh beli makanan untuk bagi kat kangaroo ni. Harga $1 satu kon. Diorang memang suka btol makan kon ni. Aku tak berani sangat sebenarnya nak suap guna tangan ni..Aku hulur kon je pastu si kangaroo ni terus rampas,errkkk..Ganas jugak kau ni ye..Die nak makan sendiri kot..haha..

 

The kangaroo whisperer??? Haha

Kangaroo albino pun ada

 

These are red kangaroos
Aku ingat bulu kangaroo ni macam lembut, tapi lepas pegang kasar btol rupenye..Koala pun sama gak bulu kasar. Nak pegang koala memang kene hati2 sikit sebab penjaga park cakap diorang ni boleh cakar & gigit. Hmm lepas dengar tu memang takdelah aku nak pegang beriya. Kang tak pasal2 tergendala plak holiday aku sebab kene gigit koala..Hehe
 
Dekat sini ada banyak lagi binatang lain macam dingo, wombat, emu, Tasmanian devils, tapi aku tak laratlah nak upload semua kan. Sikit2 sudah..Lepas dah puas amik gambar, kiteorang lepak café makan chips dengan bbq sauce & ice cream. Banyak btol portion chips die so kenyanglah makan berdua. Alhamdulillah..Masa tengah makan ni dah masuk tengahari, orang pun dah start ramai. Nasib baik kiteorang datang awal. Aku memang serabut btol kalo ramai sangat orang kat satu tempat. Lepas makan tu kiteorang pun cepat2 blah. Tunggu bas kat bus stop depan park ni & naik bas no. 729 back to Blacktown Station.
 
Dari Blacktown kiteorang berhenti di Redfern Station & tukar train ke Circular Quay. Masa ni tak tau nak pegi mana sebenarnya sebab trip kali ni aku tak buat itinerary, just konsep go with the flow je...chewahhh..heheh..So lepas pikir2 ingat nak naik feri lagi sekali lah, this time pegi WATSONS BAY plak. Yahooo seronok dapat naik feri lagi sekali! Kat sini aku letak video so korang boleh la tengok suasana atas feri ke Watson's Bay. Memang sejuk berangin je & dapat tengok banyak kapal layar..syok wooo!
 
 




 
Sampai je kat Watson's Bay ni, kiteorang lintas taman & terus ke The Gap. Memang gojes, awesome & amazing btol view kat Watson's Bay ni especially from The Gap. Dah macam post card dah aku tengok!! Yang penting takde pelancong2 lain yang photobomb gambar aku. Hehe syukuuuur! Yang ade pun a few tourist mat salleh yang sangat considerate & tak conquer spot ni. Aku memang fedup kalo bertembung dengan group pelancong2 yang ikut tour ni. Nasib baik kat sini takde. Cuaca masa ni pulak memang sangat2 membantu dari segi lighting & dari atas ni boleh nampak bandar Sydney dari jauh. Memang tak sia2 lah buat keputusan untuk datang ke Watson's Bay ni. Highly recommended uolss! Selain daripada The Gap, korang boleh jugak berpiknik kat taman yang ada kat sini, or stay kat Watson's Boutique Hotel or lepak2 tepi laut tengok pelicans, up to you guys lah tapi nak remind kat sini ramai jugak yang bawak anjing...huhuuu..
 
Dari Watson's Bay, kiteorang patah balik ke Circular Quay & terus ke hotel untuk solat & rehat. Penat jugak menapak naik bukit kat The Gap tadi. Itupun kiteorang tak round habis. Korang kalo rajin boleh la explore lighthouse kat area Watson's Bay ni. Lepas dah rehat2, masa untuk makan pulak. Kali ni kiteorang makan dekat je dengan hotel dekat Darlinghurst Road. Tak larat dah nak jalan jauh2. Ade satu kedai India halal ni, "Indian Curry Point" memang kaw nasi beriyani die!Teringat2 sampai sekarang!
 



Nasi beriyani terbaik!!!!
 
Sambil tunggu nasi beriyani siap, kiteorang sembang2 jap dengan waiter Bangla kat kedai ni. Die tanya kiteorang dari mana. Kiteorang cakap from Malaysia. Terus die cakap melayu..haha..Rupe2nya mamat ni pernah keje kat Malaysia dalam 4 tahun. Lepas tu die pindah ke Sydney dah masuk 5 tahun. Bila tanya nape pindah Sydney, die cakap kehidupan kat sini lebih baik sambil senyum (FYI sewa kedai ni $6000 sebulan!) Aku tak tanyalah gaji die brape kat Sydney ni kan tapi rasanya bila pendatang asing pun tak berapa seronok duduk Malaysia, aku pun tak boleh salahkan die..Yelah sepanjang aku kat sini, rasanya takde lagi aku dengar berita pasal orang meragut ke, orang kene tetak ke, kene potong 8 ke ape. Kalo kat Malaysia bukak news every week ade je orang kene bunuh la ape..Bosan2..Mungkin korupsi & kadar janayah kat sini lebih rendah??? Tak tau lah..aku pun baru berapa hari je kat sini..
 
Lepas makan tu kiteorang singgah ke Hard Rock kat Harbourside lagi sekali sebab laki aku nak beli T-shirt ade orang pesan. Sementara tunggu die pilih2 t-shirt tu aku lepak kat café San Churro Harbourside. Aku order churros with cinnamon sugar $9, chai latte $4 & earl grey tea $4. Memang sedap churros die! Makan ringan2 pun habis melayang Rm50..huhuuu..Reason kiteorang lepak café ni pun sebab nak tunggu FIREWORKS kat Harbourside start pukul 8.30 malam. So alang2 nak menunggu tu lepak la dulu minum teh.
 
 
Kat Sydney ni memang selalu ade fireworks display. Bukan time new year je ade fireworks k. Nak tau schedule fireworks ni korang boleh check http://www.darlingharbour.com/whats-on/fireworks/ .
Sebelum fireworks start, pukul 8 malam tu kiteorang dah blah café & cari tempat duduk kat tepi jeti. Korang kene cop tempat at least setengah jam lebih awal sebab kalo datang last minit confem kene berdiri jelah tengok bunga api. Masa kiteorang kat sini punyelah ramai manusia. Ye lah, sape tak nak tengok bunga api kan????
 
 
What a great show to end our 3rd night in Sydney..Syoknye tengok bunga api! Heheeee..Kalo New Year punye show aku rasa lagi gempak kot! Selain daripada fireworks kat sini ade jugak fire dancing acts, pastu ade jugak cam mini konsert tapi lagu cina la plak masa ni. Lepas dah setel show tu, kiteorang pun ape lagi. berjalan kaki lah balik ke Town Hall station, then tukar train ke Kings Cross. Sampai hotel je zzzzzzzzzzzzzz.