Semalam dah banyak berjalan so hari ni aktiviti kiteorang ala2 santai sikit (actually takde la santai mana pun, still kene banyak berjalan jugak..hahaa). Mula2 sekali nak pegi SYDNEY UNIVERSITY. Sekali sekala nak jugak tengok suasana universiti2 yang ada kat luar negara ni kan. Untunglah student2 yang dapat belajar oversea ni..cuaca sejuk je kalo jalan kaki pegi kuliah jauh2 pun takde hal. Teringat plak masa aku muda2 remaja dulu hari2 jalan kaki g kuliah tengah2 panas, sampai kelas je habis satu badan berpeluh..fuhhh..kenangan yang tak berapa nak indah..hahaa..
First time aku nampak Sydney University ni masa aku baca someone's blog, aku terus tertarik dengan Victorian style buildings yang ada kat universiti ni. Lagipun tempat ni free je, just kene bayar tambang train je lah, so why not check it out. Dari Kings Cross Station kiteorang turun di Redfern Station. Keluar station je akan nampak road sign ni..Nampak tak die tulis "To Sydney University"? Haa ikut ler sign tu..You will pass Lawson St, then Abercrombie St..
Sebelum nak sampai ke universiti ni, korang akan lalu kawasan perumahan di area Redfern ni. Kat sini suasana agak sunyi la, rumah2 kat sini pun jenis rumah lama. Jenis kecik & rapat2..Bila tengah jalan2 tu aku nampak mural ni yang agak cool so apelagi amik la gambar jap, membuktikan yang aku dah lalu area Redfern ni. Perjalanan lebih kurang 1.2km ye dari Redfern Station ke universiti.
Map of Sydney University |
Bila dah sampai universiti, kiteorang takde la explore semua kawasan. Aku dah target nak tengok Anderson Stuart Building & The Quadrangle. Kiteorang masuk dari Fisher Road (boleh refer map kat atas). Memang berbaloi lah jalan kaki sampai ke sini. Universiti ni pada aku memang cantik, rasa macam kat Europe plak! Tenang je lepak2 kat sini. Check it outttttt>>>>>>
Masa kiteorang kat sini, ada wedding ceremony tengah berlangsung kat kawasan Quadrangle ni. Siap buat fotografi wedding lagi. Ye lah kat sini memang cantik untuk buat photoshoot. Aku nak amik gambar laki aku pun boleh tahan sampai tercangkung2 dibuatnya. Nasib baik dapat jugak shot yang aku nak..hehehh..Aku amik semua gambar ni guna IPhone je, DSLR canon aku tinggalkan kat hotel, dah naik lenguh plak bahu aku nak pikul tiap2 hari..tak kuasa aku..Disebabkan tak makan lagi, lepas dah lepak2 amik gambar, kiteorang pun jalan kaki ke arah BROADWAY pulak. Ingat nak makan kat Papparich, tapi mak aii orang ramai plak dalam tu.
So lepas round2 takde idea nak makan mana, last2 kiteorang masuk Central Mall. Kat sini tak banyak sangat choice makanan halal, boleh makan kat Ribs & Burgers (diorang boleh masak special untuk guest yang nak halal) tapi sebab dah tengok banyak sangat babi dalam menu die..hmm macam takde mood plak nak makan situ. Kat Broadway ni pun ade banyak branch Max Brenner tapi kiteorang teringin nak makan nasi not dessert. So last2 nampak kedai Bombay Central, waitress die cakap food halal so kiteorang pun order lah nasi & kari..Kopak $20.Hmm tak sedap kari die macam tawar..tapi makan je lah sebab nak alas perut. Bila perut dah kenyang baru lah ade tenaga nak sambung jalan kaki ke Central station. Dari Central kiteorang amik train balik ke hotel untuk rehat & solat. Fuhh leganya dapat rehat! Bayangkan la dah 4 hari kiteorang kat Sydney, macam2 tempat dah explore. Pada aku jalan kaki ni memanglah penat, tapi "Nothing beats the experience of exploring a country by foot".Tapi kalo korang jenis tak larat jalan jauh..maybe boleh skip la area Broadway ni, nothing much to see here.
Sebelah petang kiteorang kuar hotel & gerak ke Newtown Station pulak. Kali ni nak round2 area KINGS STREET. Saje nak tengok apa yang ade kat sini. Mula2 kiteorang survey north part of Kings Street. Aku memang dah target nak amik gambar satu butik ni called "The Academy Brand" aku tengok kat instagram, memang cantik architecture building ni.
The Academy Brand at Kings St |
Graffiti at Kings St |
Kat sini ade banyak pubs & shop lots. Kalo jenis yang suka berparty & mabuk memang heaven lah tempat ni. Pubs kat sini ramai gile orang beratur sampai ke luar kedai. Mungkin sebab hari ni hari Ahad kot. Pastu aku perasan orang2 yang lepak sini pun jenis hipster. Ade yang pakai leather jacket, rambut color2, bertindik..Kat sini pun ada jugak graffiti sikit2 tapi tak secantik kat Melbourne lah pada aku. Lepas dah explore north part of Kings St, kiteorang teruskan perjalanan ke bahagian south pulak. South part of Kings St is quieter, orang pun tak ramai, macam mati sikit area ni. Kalo korang tak explore area south part ni pun takpe. Kiteorang continue jalan kaki sampai lah ke St Peters Station. Fuhh jauh weii berjalan hari ni..perut pun dah start lapar balik.
Untuk dinner kiteorang decide untuk makan kat ITS TIME FOR THAI kat Chinatown. Restoran ni halal & korang akan jumpe ramai orang Melayu kat sini..hahaa..Sementara tunggu order sampai, laki aku sembang dengan couple ni dari Penang, diorang duduk kat Novotel Hotel. Everyday diorang makan kat restoran ni siap tapau bawak balik hotel lagi. Pastu aku nampak sorang pakcik ni dengan family die siap intai2 ape aku makan dari luar kedai, maybe die nak confirmkan dulu btol halal ke tak kedai ni kot. Lepas tu aku nampak die masuk restoran ni & order..hehehh..Aku order fried calamari, prawn fried rice & shrimp paste fried rice, total $37. Portion die ok lah banyak & makanan pun sedap. Alhamdulillahhhhhh:)
Lepas dah setel dinner, kiteorang singgah 7E pulak beli coffee & hot chocolate. Sejuk2 ni minum kopi panas memang best! Coffee die murah je $1 secawan, hot choc $2 secawan. Self service, bayar duit kat counter dulu pastu buat ler kopi sendiri. Ok lah that's all for day 4 guys, tunggu update seterusnya!
No comments:
Post a Comment