Wednesday, May 20, 2015

CUTI-CUTI SEOUL-DAY 3 (NAMI ISLAND,KOREAN DESSERT CAFE,ITAEWON,TAJ PALACE)

19 APR 2015, Sunday

Today is our 3rd day in Seoul..Tekak dah start rasa sakit & dah start batuk..huhuuu..Maybe it was the spicy food we ate plus the cold weather. Dah telan ubat sakit tekak & panadol pun still tak jalan..dugaan..Lepas ni tak dapat lah nak repeat makan jjeukkumi bokkeum & I Love Sindang Dong lagi:(

Our plan for today is Nami Island. Sakit2 pun kene lah berjalan jugak, xkan nak duduk kat hotel je kan? Rugi2...Lagipun the pain is still bearable. Honestly sebelum I datang Korea ni, I slalu ingat kalo jalan2 kat sini mesti orangnya cantek2,hensem2 & bergaya macam dalam music video K-Pop tu kan??? But the reality is..hahaaaaaa...Nak gelak jap...

Ok2 sambung balik. The reality is ramai gile orang tua k. I repeat..ORANG TUA. Kiri kanan depan belakang, subway memang selalu penuh dengan orang tua! Walaupun kat every subway banyak tangga, diorang still gagah lagi untuk berjalan. Respect btol fitness level diorang ni! Kalo kat Malaysia merata ibu2 mengandung & budak2 memekak, kat sini memang tenang sangat sebab you wont find any kids running here & there. Total peace!Tersangat curious dengan peratusan orang tua yang terlalu banyak ni my hubby & I pun buat lah some research & found out that Korea's birth rate is extremely low, & according to some research South Korea's population will become completely extinct by 2750 if the country's birth rate of 1.19 children per woman continues!

Ooo ok2 dah faham dah nape ramai orang tua. And 1 more thing I noticed, orang tua kat sini suka btol pakai hiking clothes. Rupa2 nye bile buat research lagi, hiking is South Korea's favourite pastime especially those yang above 40s..Patotlah ramai btol makcik2 & pakcik2 yang dressing camni..So btol lah orang cakap lagi banyak kita travel lagi banyak yang kita belajar & faham sebenarnya. That's why I love to travel:)



A common sight on weekends
Ni kalo Europeans tengok mau kene kutuk makcik2 ni..but I dont judge..hehehh..Lantak lah nak pakai ape pun janji pakai baju! So lepas cuci mata tengok moutaineers kat dalam subway, kiteorang pun akhirnya sampai lah ke Nami Island. Nak pegi ke Nami Island ni senang je. Naik train (Cheongchun LINE) to Gapyeong Station. Lepas sampai Gapyeong Station, exit building & naik cab. Banyak cab kat depan station ni. Just cakap Nami Island diorang tau la.

Cab fare is around 3,000-3,500won. Cab driver ni akan bawa ke ferry wharf. Kat wharf ni bole la beli tiket untuk ke Nami Island (8,000won per pax). Unfortunately masa tengah excited nak beli tiket hujan ler pulak. Sume orang terus berebut pegi convenient store untuk beli baju hujan..huhuuu..so lepas feri sampai Nami Island kiteorang pun terus pegi ke information counter untuk amik map. Since hujan lagi so tak dapatlah nak berposing2 bawah pokok. Kiteorang terus cari café & surau. Mula2 susah jugak nak cari surau ni,pusing2 last2 jumpe. Surau ni kat atas restaurant Asian Cuisine. Memang luas & sangat selesa:)


Left:Dining at Asian Cuisine Restaurant
Right:Praying room just above the restaurant
The praying room is very clean


So lepas makan & solat, nampak macam hujan dah mula reda sikit..syukur!Apelagi sesi photoshoot pun bermula lerrr...Credit to Mr. photographer yang semakin pandai amik gambar..heheeee..And thanks to 2 malay ladies yang kiteorang jumpe kat Nami Island for taking our picture. Ok cite banyak pun tak guna, enjoy the pictures!Yeahhh!!!










Cantek tak pemandangan kat Nami Island ni??? Kalo time winter & autumn mesti lagi cantek agaknya! Yang penting bile nak amik gambar tu kene la berseni sikit ye & posing ala2 candid jangan semua gambar sengih tengok camera je k..variety la sikit..heheeee..Sume pictures ni kiteorang amik guna handphone je,kalo bawak DSLR ni sure lagi gempak. But trip this time malas plak nak bawak sebab berat nak gantung kat bahu. Maybe next trip lah kot.. Lepas sesi photoshoot selesai hujan pun turun balik..haha..talk about great timing! Nasib baik dah amik gambar sume. Kiteorang tak spend lama sangat kat Nami Island ni sebab takde ape yang menarik sangat, lagipun banyak lagi tempat dalam itinerary nak cover.So sebelum kiteorang amik feri balik ke wharf, kiteorang lepak café minum kopi jap kat Bookcafe. Bookcafe ni sebelah Asian Cuisine tu je.Fuhh memang layan minum kopi panas dalam hujan sejuk2 sambil edit gambar guna camera360, cafe ni pun ade WIFI..best2!

 
Lepas naik feri sampai ke wharf, kiteorang naik cab balik ke Gapyeong Station. Dari Gapyeong balik semula ke hotel & rest. Lepas dah freshen up kiteorang kuar hotel balik, lintas jalan & lepak makan patbingsu kat Korean Dessert Cafe. Cafe ni dekat je dengan hotel & berlambak di sekitar Seoul. Harga bole tahan mahal, 9,000won semangkuk..xyah la convert ke RM sebab agak terbeliak bijik mata nanti. Patbingsu ni shaved ice je pastu ade macam2 jenis topping & flavour. Rasa die sedap not too sweet, fresh strawberries & shaved ice & chocolate tu memang very fine. Tak padan sakit tekak nak makan ais lagi..hishhhhhh




How can I say no to this bowl of heaven??Sambil2 tengah syok layan patbingsu tu ade plak "drama Korea" kat luar kedai. Lelaki & pempuan bergaduh tepi jalan, last2 pempuan tu kene pukul..kesian..sume orang tengok je macam drama. Tak sangka drama Korea ni pun cam drama Tamil gak..hahaa..Lepas tengok free show tu kiteorang pun sambung la makan sebelum ais cair. Lepas makan,kiteorang decide untuk dinner kat Itaewon plak.

Kat Itaewon ni memang berlambak halal food. Kiteorang teringin nak makan nasi beriyani so lepas round2 cari kedai last2 jumpe Indian restaurant ni called Taj Palace. Sebelum Taj Palace kiteorang nampak Moghul restaurant tapi lepas baca banyak sangat bad reviews pasal Moghul ni, tak jadi nak makan sana. Kiteorang order chicken beriyani. Ok je la beriyani die, big portion memang tak habis makan, 25,000won for 2 pax. I ordered masala tea sebab sakit tekak asyik minum air sejuk free je..Orang Korea ni memang kuat minum air sejuk.


Perut bile dah kenyang cam tak larat la plak nak jalan2 ke tempat lain so kiteorang just survey2 area Itaewon je. Antara hobi kiteorang is cari manhole covers. Memang bunyi agak pelik kan tapi cool jugak sebenarnye..heheee..Masa kat Jepun dulu menyesal tak amik gambar manhole covers sebab kat sana lagi banyak design. Kat sini round2 setengah jam dapat jumpa 2 design je..cehh..tu pun puas cari nama Malaysia tak jumpe, Indonesia ada plak..


 
Basically area Itaewon ni banyak la muka2 pendatang asing, termasuk orang Malaysia. Kiteorang jumpe 3 to 4 families kat Itaewon sahaja dalam masa a few minutes, so kira ramai la sampai penat dah nak senyum. Dah 3 hari kat Seoul ni everyday mesti jumpa orang melayu punya. Masa kat Tokyo dulu satu muka melayu pun tak jumpe..haha..Orang melayu mostly tak minat Tokyo kot..I dunno lah..So lepas jalan2 kiteorang pun decide untuk balik ke hotel & tido awal sebab kene pack luggage, bsok kene check out & check in hotel kat area Gangnam plak. Kiteorang kalo travel memang kadang2 suka tukar2 hotel untuk experience different atmosphere/vibe. So nantikan next update on Gangnam orait!

CUTI-CUTI SEOUL-DAY 2 (NAMDAEMUN MARKET,N SEOUL TOWER,MYEONGDONG,I LOVE SINDANG DONG)

18 APR 2015, Saturday

Sambung Part 2 plak..Today's itinerary kiteorang plan nak pegi Namdaemun Market, N Seoul Tower,Myeongdong & shopping ckit kat Dongdaemun. Namdaemun market ni tutup every Sunday tau. Other days operation hours are from 11am-5pm.

Directions to Namdaemun market>>>>Take subway LINE 4 to Hoehyeon Station. Take EXIT 5 (refer map below).As you can see from the map, Namdaemun market ni ada banyak exit. So terpulanglah nak keluar exit mana. Kiteorang pilih exit 5/Gate 5. Main objektif pegi market ni sebab nak breakfast & nak beli souvenir murah. Kiteorang tak buat research pun ape yang bole dimakan kat market ni.So the adventure begins lah,baru syok kan..hehehh..Pegi kat information booth, amik map & ronda2. Bole juga dapatkan directions/map ni from tour guides with red uniforms kat market tu. Dalam guide book ni ada map & directory yang lengkap.




 Kat sini ramai peniaga yang bole cakap Melayu sikit2, biasa lah nak attract tourist. Ade yang sampai cakap "Saya Aflin Shauki..murah murah..." Aflin Shauki pun bole..hahaaaa...Memang kiteorang sengih je lah pastu blah..Tak beli ape pun kat kedai die. Kiteorang banyak kali lah terserempak dengan orang Malaysia kat Seoul ni. Serious berlambak k..
So back to Namdaemun market, kat sini tempat makan yang bole try noodles alley & fish alley (bole refer map kat atas tadi). Alley die sangat kecik & sempit, dah nama pun alley kan. Kiteorang try fish alley je sebab itu yang nampak dulu. Lepas round2 alley tu, nampak satu kedai ni macam ok. Always try to find a restaurant with English menu ya supaya senang nak refer & nak order. Kedai ni ade menu English tampal kat dalam kedai, so tunjuk je kt waitress. From my observation orang Korea ni lebih kurang sama lah perangai macam orang Malaysia jugak suka tengok2 orang, memang serious tak sama dengan orang Jepun yang sangat sopan coz they know staring is rude ok! Bila die nampak muka kita ni macam lain sikit mula lah pandang2 menunjukkan muka yang sangat curious, especially the older generation, yang muda2 tu so far sempoi je.

Ni lah kedai yang kiteorang masuk. Pakcik tu tengah grill ikan



Set ikan ada ditulis kat atas dinding tu so pilih je yang mana nak
 
 
Ni standard grilled fish set untuk 2 orang. Dapat nasi, ikan & banchan. This time selain kimchi & vege die bagi steamed eggs jugak.Total 16,000won for 2 pax.The fish was a bit too dry for my taste, masak lama sangat kot. But anyway Alhamdulillah:) So lepas perut kenyang barulah ade mood nak beli souvenir untuk family. Kiteorang memang tak pandai langsung bab2 haggle ni. Tawar sekali je, kalo tak bagi sudah!

"I love Korea" t-shirts tu bole dapat 3 lai 10,000won, key chain set of 5 7,000won, fridge magnets set of 4 5,000won, hand mirror 5,000won & brooch 5,000-7,000won each. Kalo uols pandai tawar maybe bole la dapat lagi murah kot. Keychain, fridge magnets & hand mirror tu I beli kat satu kedai ni sebab owner die memang friendly & pandai cakap Melayu. Bile kita tawar pun die senyum je takdelah buat muka. Ni alamat kedai die.





Kedai ni sales assistant die memang friendly & bole cakap melayu.

Kiteorang tak stay lama pun kat market ni sebab tak nak bazir duit since baru second day kat Seoul kan. Hubby nak pegi ke climbing wear alley untuk survey2 barang mountaineering, memang kat sini murah sikit la.So lepas tengok2 barang tu kiteorang decide untuk ke N Seoul Tower plak. Ikutkan actual itinerary patotnye tunggu bas No.2 or No.5 kt Chungmuro Station tapi since kiteorang dah dekat Hoehyeon Station, lagi dekat ke N Seoul Tower naik bas No.3 (yellow) opposite market tu je.Bas tu akan terus bawa ke N Seoul Tower. Nak naik bas kat Seoul ni senang je,just swipe T-money card masa naik & swipe lagi sekali masa nak turun. Masa dah dekat nak sampai Namsan mountain tu memang cantek gile pemandangan, banyak flowers yang still blooming. Sempat lah snap pics dengan cherry blossom..yayyyy!Lepas posing2 bawah pokok kiteorang pun jalan kaki naik bukit ke tower. Perghhh punye lah ramai manusia! Sampai makcik tua naik wheelchair pun nak naik ke tower jugak,2 orang lelaki kene tolak die atas bukit,fuhhhh termengah2 mamat dua orang tu..kesiann..

 




Haa cantek kan pemandangan kat sini??Ramai btol yang nak amik gambar kat love locks tu, so kene la cepat2 snap yang mana sempat je. Sume café kat sini full, nak duduk pun takde tempat. So lepas beli tiket observatory (admission fee 8,000won),kiteorang terus proceed ke observation deck naik lift.Nak naik lift pun kene beratur agak panjang. Honestly view of Seoul from observation deck ni so-so je la nothing extraordinary. After a few minutes kiteorang pun turun untuk catch bas No.2 (green color) balik ke Chungmuro Station & rest kat hotel.

 
Around 8pm kiteorang decide untuk check out Myeongdong. To me Myeongdong ni memang happening lah, a lot of street stalls & endless rows of beauty shops & boutiques. Souvenir pun ade jual kat sini tapi jangan beli ler sebab mahal. Kat sini ade a few stalls yang halal bole dimakan. My favourite was sotong panggang tu, perghhhh mantap! Gyeranppang or egg muffins pun sedap jugak..Sume lah sedap kalo dah sejuk kan..haha..


Egg muffins or gyeranppang sedap!!
Sotong bakar pun sedap!!
Yang potatoes ni kalo ade letak sausage xbole makan lah ye.






Yang ni memang favourite!
Lepas round2 area Myeongdong kiteorang plan nak makan tteokbokki plak kat tempat famous called Sindang-dong's Tteokbokki Alley. Asyik makan je kejenye..heheh..So from Myeongdong kiteorang gerak ke Sindang Station plak. From Sindang station jalan kaki a few meters je dah jumpe restoran ni.Nama restaoran ni I Love Sindang Dong. Waiter akan bagi kita macam tablet untuk kite order. Just cakap nak SEAFOOD SET,die tau lah.

DIRECTIONS TO I LOVE SINDANG DONG RESTAURANT:-

 
I Love SindangDong entrance
We are here!!
 
Seafood Set- Before its cooked
Dah masak!Memang terbaikkkkkk

Tteokbokki ni memang serious sedap, highly recommended. Its spicy, noodles kenyal & broth pun sedap!Rugi kalo tak try!Rindu nye nak makan ni lagi..Hmmm tengok gambar balik je lah nampaknya..So lepas makan kiteorang pun pegi window shopping kat Dongdaemun jap tengok2 baju kat Good Morning, APM & Migliore store. Beli cardigan selai then balik semula ke hotel & tido.

CUTI-CUTI SEOUL-DAY 1 (CMS INN HOTEL,JJUKKUMI BOKKEUM,LOTTERIA,DONGDAEMUN)

Annyeonghaseyo???

17APR 2015-FRIDAY

Ok today nak cite pasal my recent trip to Seoul,Korea.Dah banyak kali pegi vacation & asyik berangan je nak tulis blog,tapi xpernah ada masa nak tulis.Asyik tulis padam,tulis padam,delete blog,pastu buat blog baru,pastu delete balik...Arghhhh pening2....I'm not much of a blogger actually but this time I'm determined to start coz I love to travel & hopefully dapat la share some useful info with you guys!

My trip to Seoul was in Spring (16th Apr-23rd Apr 2015).Mula-mula plan nak ke China nak tgk Great Wall,etc tapi lepas discuss dengan hubby,we decided to go to Seoul instead.Kiteorang ni memang jenis kalo travel mana2 tak pernah guna travel agent. Hahaaa poyo tak ayat??? So for those yang suka adventure atau jenis macho nak explore negara orang tanpa tour guide,bole la baca blog I ni sebagai panduan ye..tak pandai mana tapi bole la sikit2:)

Ok mula2 sekali kalo nak travel tanpa tour guide ni kene la rajin membaca & buat research. Berlambak dah bloggers yang tulis pasal Korea ni so tak perlu bazir duit untuk engage tour guide sume tu. First of all kene tau Korea ni ade 4 musim. Kalo summer tu baik xpayah pegi lah. Buang masa je sbb hot and humid! The best time in my opinion would be in spring (early March-April) or autumn (late Sept-mid Nov).Sangat2 romantic & amik gambar sure cantek2 macam postcard tau! Tak caya tengok gambar kt bawah ni..heheehhhhh


Kiteorang choose untuk pegi time Spring sebab nak tengok cherry blossom. Dulu pegi Tokyo & Osaka tak pernah ade luck nak tengok...hukhuk..So harapan tinggi menggunung this time around. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak tengok walaupun masa tu dah hujung2 season. Yayyyyy!At first kiteorang plan nak beli tiket Air Asia sekali bile tgk ade extra charges itu ini, rasa annoyed la plak so kiteorang beli tiket MAS je, beza Rm200+ je pun,selesa pun selesa. Yeahhh support MAS!!Kos return ticket RM1,278/pax.

SEOUL-DAY 1
Sampai Incheon airport dalam pukul 7.30 pagi cmtu. Hoorayyy happy gilessss! Thank you MAS, makanan sedap!Sampai2 je airport Incheon, memang agak frust dengan system imigresen yang agak berterabur.Berbeza betol dengan airport di Jepun yang sangat2 efisien & teratur (If you've never been to Japan, go to Japan guys & you'll be amazed, trust me!).Ramai tourist yang cuba potong queue,sebab xde proper line untuk beratur..so sabo je lah..huhuuuu..Lepas je imigresen,kiteorang pegi ke convenient store dalam airport tu,beli T-Money card.T-Money card ni macam Touch N Go lah sangat convenient sebab bole pakai untuk public transportation & also beli groceries.


Untuk ke city centre daripada Incheon Airport ni ada banyak cara. Bole naik all stop train Incheon-Seoul (murah sikit) atau AREX Express Train (direct ke Seoul,takde stop2 tapi harga 8,000won/pax).So kiteorang decide untuk try AREX. Nak beli tiket AREX ni tak bole guna T-Money card.Daripada convenient store tu kene turun ke basement B2,kalo tak sure bole je tanye kat information counter yang betol2 opposite convenient store tu,tak kan sesat punye. More info on AREX>>http://english.arex.or.kr/jsp/eng/information/linemap.jsp

Dah sampai basement,proceed ke mesin tiket AREX (cari signboard yang tulis express).Sorry tak sempat plak amik gambar mesin tiket AREX tu sebab kiteorang nak cepat. Dekat skrin tu die ada bagi jadual train,so kite pilih je time yang mana kite nak naik. Punyelah macho terpilih time 9:23am,sebab masa kiteorang beli tu dah pukul 9:19am.So ade 4 minit je nak berlari ke platform. Memang amazing race lah kejap masa tu..haha..Platform tu dekat je tapi kiteorang tersalah turun platform la plak,terpaksa naik escalator balik & berlari ke platform yang sepatutnye. Fuhhh nasib baik sempat naik uolssss!!!So my advice is once dah dapat tiket,tolong cek your Car & Seat No & proceed to the right platform.


Ni contoh tiket AREX, kat bawah tu ada tulis car & seat no. Jangan main bedal je naik mana2 train k.Tiket ni jangan buang tau sebab nanti ada officer yang akan dating cek & die akan bagi leaflet cara2 nak transfer ke Seoul subway.


Kalo die tak bagi, korang bole la print je pic ni awal2..So bile dah sampai Seoul station, kiteorang terus proceed ke Hoegi Station (LINE 1) untuk drop luggage kat CMS Inn Hotel.Kalo nak study pasal subway system di Seoul just refer here.
 
CMS Inn Hotel



Basically hotel ni kira mcm bajet hotel la sebab bilik sangat sempit,toilet lagi la sempit,takde wardrobe & yang paling frust WIFI hampeh!! 182,000won for 3nights, not a good deal considering the tiny room. The only great thing about this hotel was the location which was very close to Hoegi station. Staff was friendly & the room was clean though. For those who are not fussy like me, then maybe you can check out this hotel. Lepas drop bag kat hotel, kiteorang pun dengan pantas cari tempat makan untuk lunch. Perut dah krik rik krik...Tak rock lah kan kalo asyik bawak sambal ikan bilis, serunding, Maggie & kawasan yang sewaktu dengannya,btol tak?? Nasib baik dah google earlier pasal Jjukkumi Bokkeum (spicy stir-fried small octopus) aka sotong pedas ni,dekat gile dengan hotel, tak perlu transfer ke LINE lain, just one station away from our hotel, at Jegi-dong station.


Restoran Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) yang famous kat Jegi Dong
Set sotong pedas ni memang best!!
Spicy!!I need more water!

 DIRECTIONS TO NA JEONG-SUN HALMAE JJUKKUMI (SOTONG PEDAS):-


Got this map from another blogger.There are about 10 jjukkumi restaurants here in this famous jjukkumi alley, but yang takde pork is kedai Na Jeong-sun Halmae Jjukkumi sahaja. Kedai lain ade serve pork ye. Auntie kedai ni dah tau dah kita ni muka tourist so bile masuk je sengih2 nanti die hidangkan la sotong jjukkumi tu dengan banchan (side dishes) ie. daun perilla (perilla leaves), cheonsachae (천사채) which is semi-transparent noodles made from dashima. I love the cheonsachae rasa unik & crunchy! Cara nak makan jjukkumi ni senang je either wrap dengan daun pastu makan macam sireh or nak makan sotong camtu je pun bole. But the banchan actually helps to take some of the heat off coz this is really a spicy dish! Bile sotong dekat nak habis bole la panggil auntie tu untuk tambah nasi, kadang2 auntie tu sendiri yang akan tanye nak ke tak. Die akan masak nasi atas hot plate tu campur dengan seaweed. Memang sedapppp! Dua orang makan kene dalam 22,000won camtu sebab tambah nasi.

Lepas dah kenyang kiteorang decide untuk check out cherry blossom kat Yeouido walaupun masa tu cherry blossom festival dah habis. Bile sampai sana memang rasa cam buang masa je lah coz nothing interesting, so we took a bus back to Seoul station. From Seoul station, naik subway back to hotel, checked in & rest. Untuk dinner kiteorang ingat nak try another famous grilled fish spot kat Dongdaemun. Sampai kedai dalam pukul 8pm lebih tengok2 auntie tu tengah bersihkan kedai..uwaaaa.. sedihhhh btol takde rezeki! So perut pun dah lapar kiteorang cari la kedai lain plak yang bole dimakan. Nasib baik jumpa a few places yang bole dimakan. We saw Lotteria (fast food), and 2 other restaurants at the same lane cuma kene jalan ke dalam sikit. One seafood restaurant & the other one was a Halal Indian restaurant. Korang bole la cuba kalo ade kat area Dongdaemun ni, just next to the shopping malls Good Morning, APM tu.

Ade seafood restaurant kat basement tu, you guys can check it out


So in the end kiteorang decide untuk makan kat Lotteria je, jimat sikit hehehhh..2 sets of wild shrimp burger dalam 14,000won. Sedap!Lepas tu makan plak Korean pancake ade jual seberang jalan je from Lotteria tu. Alhamdulillah kenyang & happy. Balik hotel zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz