Sunday, January 10, 2016

PERCUTIAN KE LONDON-DAY 2 (Cafe Diana,Primark,Sainsbury,Oxford Circus,Regent St,London Eye,Big Ben)

16 Oct 2015-Jumaat

Bangun pagi hari ni rasa bersemangat gile. Tak sabar nak pusing2 London. Nasib baik apartment kat Linden Gardens ni bersih, selesa, air panas ada semua cukup. Dapur pun complete dengan kitchen utensils, tinggal kene beli groceries je. Sabun pencuci pinggan pun ada! Aku pilih lokasi kat Notting Hill ni sebab sangat strategik. Tak sampai 100m dah sampai Notting Hill Station. Nak pegi Hyde Park pun lintas jalan je. Tesco dekat, convenient stores banyak. Cuma harga je la agak mahal pada aku. Nak2 pulak duit ringgit masa ni jatuh teruk. Huhu.

Pagi ni kiteorang decide untuk jalan2 area Bayswater Rd. Masa tengah jalan tu tiba2 ternampak kafe ni nama CAFE DIANA. Hmm macam menarik ni. So apelagi masuk la jap untuk breakfast. Sebab groceries tak beli lagi so hari ni terpaksa la makan luar. Kat dalam kafe ni ada banyak gambar2 Lady Di tapi aku tak amik gambar beriya. Segan pulak pepagi buta nak behave macam tourist sangat kan. Hehe lek lu. Kiteorang order eggs on toast, eggs with chips, orange juice & hot tea. Total £17. Memang otak tak nak convert tapi terconvert secara tak sengaja, £17x6.5=RM??? Ermm tak yah cakap la. Makan je lah. Itulah nasib bila duit makin jatuh ni, semuanya mahal mahal mahal. Sebenarnya takde apa yang special sangat makan kat sini cuma ambience die cantik la, very cozy dan klasik gitu. Fefeeling Lady Di jap. Ehem ehem:)

 
 
Lepas makan tu posing2 jap luar kedai. Amik gambar dulu sebelum blah. Mak aku segan nak bergambar so aku pose sorang je. Hehe. Breakfast dah setel now misi untuk shopping pulak. Takdelah nak shopping beriya cuma target nak beli trenchcoat je. Dengar kata kat PRIMARK murah2. Sebelum sampai Primark tu, kiteorang jalan kaki sepanjang Bayswater Rd. Memang cantik2 buildings kat sini. Nampak seragam je. On the way tu ternampak kedai souvenir. Mak aku mula lah excited nak masuk. So masuk la jap tengok ape yang ada.
 
 
 
 

 
Fridge magnets paling murah 99p satu. Kalo beli banyak tokey kedai kadang2 bagi 2-3 bijik free, pen free. Owner kedai ni India, lama jugak la die sembang dengan mak aku sebab mak aku ni jenis friendly, banyak borak. Dah habis borak2 tu aku tengok banyak jugak la souvenir yang mak aku borong. Mostly untuk sedara mara. Dangerous mak aku ni kalo dibiarkan tanpa pemantauan. Haha. Lepas beli souvenir kiteorang sambung jalan kaki lepas Queensway Stn, Lancaster Gate, Marble Arch Station. Sebelum Marble Arch Station ni ada kedai groceries SAINSBURY, dekat corner Edgware Rd. Ramai btol orang area ni. Kiteorang decide untuk shopping dulu kemudian baru beli groceries. Jalan depan sikit dah nampak Primark belah kanan. Kat sebelah Primark ni ade lagi satu kedai souvenir, mak aku nak masuk lagi. Haha. Depan kedai souvenir ni ada jualan lambak 50%. Coaster set 99p, notebook 99p, stationeries 99p. Tapi kualiti biasa2 je la.
 


 
Lepas dah survey2 harga souvenir kiteorang masuk Primark pulak. Mak aii ramai gile ok orang dalam ni. Sampai nak try baju pun orang try kat luar fitting room je. Tu pun berebut cermin. Hmm..Fitting room penuh & salesperson die pun takde nye nak senyum2. Maybe penat melayan customer kot sebab ramai sangat. Aku memang tak berapa minat shopping kalo kene berasak-asak dengan orang ni. Diva tak?? Hahaa. Nak amik gambar suasana dalam Primark ni pun aku sampai takde mood. Serious serabut kepala. Aku beli satu trenchcoat color navy blue £25 & satu long wool coat color grey £25. Grab baju je terus beratur untuk bayar. Nak bayar pun queue punyelah panjang. Aku nampak minah2 arab memang banyak la yang memborong kat sini. Diorang setakat £25 selai tu celah gigi diorang je kot. Nak tengok trenchcoat & long coat yang aku beli tu boleh la refer post2 lepas ni k. Masa nak bayar tu, cashier muslimah kat Primark tanya aku dari Malaysia ke? Aku cakap mana tau. Die kata orang Malaysia ni style tudung lain macam sikit, cantik2. Die siap tanya lagi aku beli tudung kat mana. Die minat katanya. Hehe. Aku layankan je la cashier tu. Memang friendly.
 
Selesai shopping kat Primark kiteorang lintas jalan & check out Wallis pulak. Ingatkan Wallis kat sini murah tapi tengok harga lebih kurang je. Kat sini layanan berbeza la, dok "dahling, dahling" bagai. Dah macam VVIP aku rasa. Hehe. Pastu salesgirl kat sini pun ade yang muslimah. Die tegur aku tanya dari mana. Aku cakap Malaysia. Die dari Somalia. Siap tanya kalo nak hijrah ke Malaysia ok tak. Ermm aku pun tak tau nk komen macam mana. Aku cakap kat Malaysia gaji sales assistant lagi lah kecik. Ingat nak tanya brape gaji sales assistant kat London ni tapi segan pulak, kurang sesuai rasanya. Lepas borak2 tu mak aku last2 beli sweater sehelai. Lepas tu singgah Topshop pulak kat sebelah. Tak beli ape pun, takde yang menarik.
 
Sebelum balik apartment kiteorang singgah Sainsbury untuk beli groceries. Perut pun dah kruk kruk lapar. Boleh pilih nak bayar kat cashier or self check out. Aku pun try self check out ni. Total £23.35. Udang dah siap kopek 225g, harga dalam £5. Senang je boleh terus campak dalam kuali. Harga barang dapur kat sini boleh refer resit kat bawah ni. Memang banyak la boleh save kalo masak sendiri. Sempat mak aku amik gambar candid aku tengah sibuk scan barang. Haha. Keluar je dari Sainsbury kiteorang terus naik tube kat Marble Arch Station sampai ke Notting Hill Station. Sampai je kat apartment aku masak spaghetti aglia olio letak udang. Mmmm sedap!
 
 
 
 
Lepas lunch, rehat & solat, kiteorang sambung balik ronda2 London. Mula2 plan nak pegi Hyde Park je tapi tengok macam nak hujan pulak. So terus decide pegi OXFORD CIRCUS naik tube. Mak aku memang kurang minat naik tube ni. Yelah sebab tube ni selalu sesak, nak kene turun naik tangga lagi. Pastu nasib tak baik dok sebelah pak hitam mabuk pulak. Kesian mak aku. Tapi nak buat camne kan takkan nak naik cab hari2. Amboi amboi amboi. Sampai je kat Oxford Circus dah mula mendung & berangin. Standard lah tu cuaca London memang camni. Kalo kat Australia langit selalu biru, kat sini langit selalu kelabu. Hehe
 
 


 
 
 
Dah memang jadi trademark aku kalo pegi travel mana2 memang akan ada pos wajib kat train signboards. Haha memang pelik tapi tu lah minat aku. Hopefully satu hari nanti aku dapat kumpul gambar train stations kat serata dunia. Pastu boleh frame & gantung kat bilik, cool tu. Cuma yang tukang amik gambar tu kene bersabar la sikit dengan aku sebab bukan senang nak amik gambar kat train stations ni, kene tunggu orang tak ramai, pastu kene hati2 gak sebab ada stations yang platform die agak sempit & ada station yang pekerja diorang tak bagi amik gambar.
 
Ok sambung balik pasal Oxford Circus tadi. Nama Circus ni bukan maknanya ada sarkas ye kat sini. Badut2 sarkas tu takde k. Haha. Circus tu dalam bahasa latin maksudnya "circle". Sebab kat sini ada circular open space antara Oxford St dan Regent St. Kat Oxford Circus ni ada macam2 kedai. Kalo banyak duit memang heaven & rambang mata lah area ni. Kalo takde duit jawabnya cuci mata je lah. Cuci mata pun seronok jugak ape. Pada aku yang penting pengalaman mengembara tu. Btol tak? Aku ada jugak masuk Clarks kat sini tapi harga takdelah murah. Lebih kurang je macam kat Malaysia. Boots lepas sale jadi £50, flats dapat £20. Yang tengah sale memang murah tapi tinggal design yang aku tak minat. Last2 tak beli apa pun.
 
Ingat nak lepak2 minum kopi tapi banyak nampak Starbucks je. Boriiiing. Ade la Caffé Nero pastu cawangan fast food Pret A Manger berlambak tapi kiteorang tak masuk pun. Cafe yang cantik2 semuanya pub. Macam Sherlock Holmes pub kat bawah ni memang comel tapi pub ler. Lepas pusing2 Trafalgar Square, amik gambar depan pub kiteorang jalan terus sampai ke Hungerford Bridge. Dari sini dah nampak LONDON EYE. Mula2 ingat nak naik tapi mak aku tak nak pulak. Gayat die cakap. So kiteorang jalan2 tengok carousel, pastu lalu Westminster Bridge, BIG BEN. Tup tup dah gelap dah masa ni. Bila gelap kualiti gambar pun tak berapa memberangsangkan. Nak selfie pun tak kuasa. Huhu. So lepas round2 kat Big Ben tu kiteorang gerak balik naik tube dari Westminster Stn ke Notting Hill. Sebelum tu singgah Paddington jap. Paddington Stn ni memang besar. Ntah kenapa aku tak amik gambar pulak kat sini. Just depan train station je. Sorry ye. Sempat kiteorang masuk Sainsbury kat sini cari telur tapi telur takde pulak. Line beratur pun punyelah panjang. Semua sibuk beli barang dapur lepas balik keje. Situasi yang sama aku perasan masa vacation kat Aussie dulu.
 

 

 
 
Dari Paddington Stn kiteorang gerak ke Notting Hill. Sebelum tu singgah Tesco jap cari barang dapur lagi. Teringin nak makan aiskrim Ben & Jerry's. Haha mengada btol. Maklumlah bile cuaca sejuk ni tekak nak makan macam2. Puas cari telur kat Sainsbury takde Tesco pun takde, hishhhh orang London ni kuat btol makan telur agaknya sampai habis stok! Last2 jumpa jugak telur kat convenient store kecik Buy Best. Tu yang seronok kalo stay area dekat dengan Notting Hill Stn ni, macam2 adaaaa. Kedai kebab halal pun ada, dekat je dengan apartment kiteorang. Sampai apartment mak aku panaskan balik spageti siang tadi & makan croissant. So far hari kedua yang awesome kat London. Cant wait for tomorrow!
 
 

Monday, December 7, 2015

PERCUTIAN KE LONDON-DAY 1 (Heathrow Airport,Linden Gardens,Notting Hill)

15 Oct 2015-Khamis

London?? Wow..
Rasa macam mimpi pun ada. Tak sangka sebulan lepas balik bercuti dari Sydney aku diberi peluang untuk jejakkan kaki ke bumi London pulak. Ni kalo keje ofis ni memang jangan harap la bos nak bagi aku lepas. Haha. Sape sangka aku boleh bervacation ke London padahal setahun lebih yang lalu aku ditamatkan kontrak akibat politik ofis yang kotor. Sangat kotor. Masa tu memang rasa lost, ye lah hilang punca pendapatan. Sape yang tak rasa lost kan?? Nak2 kalo kita ni jenis ada tanggungjawab pada keluarga. Perghh tuhan je tau perasaan aku masa tu. Kenangan pahit tu tanpa aku sedari sebenarnya a blessing in disguise. Rupa-rupanya Tuhan dah aturkan rancangan yang lebih baik untuk aku. Supaya aku fokus full time pada bisnes. Dan Alhamdulillah hari ni aku mampu teruskan hidup seperti biasa dan berpeluang untuk mengembara lagi. Apart from that aku ada lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga. YA. Itulah yang dinamakan rezeki. Kite kene selalu ingat, Allah yang berikan kite rezeki, dari jalan-jalan yang tak kita sangka, bukan kawan2, bukan bos, bukan syarikat. Semuanya dari Allah.

Rasanya tahun 2015 ni tahun yang paling banyak aku travel. Susah agaknya nak pecahkan rekod tahun ni. Yelah peluang macam ni bukan datang selalu. Dengan keadaan politik negara yang huru-hara, transportation naik, tol naik, subsidi kene potong, duit ringgit jatuh, kira bersyukur sangatlah aku dapat ke 3 negara dalam masa setahun. Bulan April hari tu ke Seoul, September ke Sydney dan baru-baru ni ke London. Alhamdulillah. Tu je yang boleh aku cakap. So kali ni aku nak share sikit pengalaman aku bercuti di London dengan mak aku. Kira girls trip la ni, mother and daughter bonding time. Hehe. Aku tak banyak buat research untuk London trip ni sebab lepas balik dari Sydney aku sibuk dengan bisnes so itinerary London aku buat konsep free and easy je lah. Lek2 sudah. Cuaca kat London masa ni tengah autumn, lebih kurang 11deg C. So sebelum bertolak tu aku bershopping kecil-kecilan dengan mak aku. Beli inner heattech, fleece dan sweater kat Uniqlo. Adatlah orang pempuan nak pegi travel je ada je baju yang nak dibeli. Hehee. Tapi bukan semua macam tu.

Aku beli tiket Qatar Airways Rm2,917.90 sorang (travel summary aku akan update di akhir London post nanti ok). Flight dari KLIA jam 9.30pagi. First time aku naik Qatar. Sebelum ni aku pernah naik Emirates ke Turki. Rasanya makanan in flight Qatar lagi best dari Emirates. Pada tekak aku la. Mula2 dapat main meal, pastu die bagi snack. Stewardess pun sume friendly. Yang paling best seat sebelah aku kosong. Yahooo! Seronok lah aku dapat lunjur kaki & landing sebelah mak aku. Bile lagi nak manja2 kan. Haha. Perjalanan dari KL ke Doha, Qatar ambil masa lebih kurang 7jam 20minit. Sampai je kat Hamad International Airport, Doha terus proceed ke gate untuk kejar connecting flight. Tak sempat nak round2 airport tapi aku sempat la capture view of Doha masa dalam flight. Memang cantik!

Our meal from KL-DOHA
 
Aerial view of Doha, Qatar
 
 
 
Dari Doha perjalanan diteruskan ke London. Untuk meal kali ni aku pilih nasi lauk daging, mak aku pulak pilih western. Sedap! Lepas makan tu sambung layan movie lagi sampai muntah. Mak aku layan cite Hindustan & Tamil, macam biasalah feveret die tu. Haha. Tak lama lepas tu dapat snack lagi sekali, pastry dan muffin. Ermm kali ni perut aku dah rasa berangin. Rasa mual pun ada. Aku tak makan pun snack tu. Minum air je. Pusing kanan pusing kiri akhirnya dengar suara kapten bagitau dah nak sampai Heathrow Airport. Ya Allah lega btol rasanya. Menempuh 14 jam dalam flight memang bukan benda yang best pada aku.
 
Our meal from Doha-London
 
 
 
Akhirnya sampai di HEATHROW AIRPORT pukul 6 petang. Yayyy! Banyak muka2 India yang aku nampak, Arab pun ramai. Kaunter banyak tapi line slow sebab aku perasan imigresen banyak tanya soalan. Bila giliran aku & mak aku, mamat ni tanya "Brape lama kat London? Tinggal kat mana? Nak jalan kat London je or pegi ke negara lain? Pertama kali ke kat London? Kerja apa? Mak kerja apa? Bla bla bla.." So kesimpulannya diorang banyak tanya dan korang bersedia je lah jawab pertanyaan dengan sabar ye. Lepas setel tu kiteorang amik luggage dan terus turun lif ke underground station. Kat underground ni ada convenient store yang jual Oyster card. Aku beli 2 Oyster card £5 each dengan top up £25 each & 1 Lyca simcard £5 untuk phone aku. Lepas beli Oyster card touch je kat gate macam biasa. Sebelum naik train baca dulu information yang tertera kat skrin sebab bukan semua train yang lalu akan pergi ke tempat yang sama. Hotel aku kat Linden Gardens, Notting Hill so dari Heathrow aku kene naik train ke Earls Court dulu (13 stops), pastu dari Earls Court naik train ke Notting Hill Station. Satu nak bagitau memang azab naik tube kat London ni sebab takde lif ok! Nasib baik lah ada manusia2 yang baik hati tolong kiteorang angkat bag naik tangga.
 
Ni hotel kiteorang. Gambar ni sebenarnya aku amik keesokkan harinya sebab aku sampai malam
 
Our studio-19 Linden Gardens, mezzanine studio apartment

Dari Notting Hill Station, kiteorang jalan kaki ke LINDEN GARDENS. Dekat je. Ade drama sikit sebenarnya bila kiteorang sampai Linden Gardens ni. Instead of cari apartment no.19, aku pegi cari apartment no.12. Padahal no.12 tu nombor bilik kiteorang, bukan nombor apartment! Duhhh sengal btol. Ntah ape kene dengan otak aku malam tu, maybe jet lag ke ape ntah la. Haha. Bayangkan aku berdua je dengan mak aku usung bag malam2 buta kat kawasan sunyi pastu bila masuk apartment no.12 tu pintu tak berkunci, puas geledah apartment tu cari kunci bilik. Dah macam penyamun pulak gayanya. Hahaa. Memanglah tak jumpa sebab salah apartment! Pastu nampak polis siap tanya polis lagi. Adoii drama btol. Polis cakap better call owner apartment. Masalahnya simcard baru pun blom install, topup pun blom gores lagi. Nak cabut simcard iPhone pun dah satu hal. Ermmm last2 nak dipendekkan cerita akhirnya aku jumpa apartment no.12 & jumpa kunci. Ha drama tak habis di situ ye. Nak naik ke bilik pun agak mencabar, takde lif so angkutlah bag sampai ke tingkat 2 ok! Bile dah dapat kunci ingatkan senang nak bukak pintu bilik. Rupa-rupanya sistem kunci die pun complicated. Sabo je lah! Last2 baru tau cara nak buka pintu. Kiteorang dah tergelak2 macam orang gila depan bilik. Haha. Nasib baik jiran tak mengamuk. Ye lah masa ni dah pukul 9 malam. Tergelak aku bila ingat2 balik. What an experience! Once dah masuk bilik kiteorang punyalah lega tak tau nak cakap macam mana. Lega dapat mandi air panas, tukar baju & tido. Bilik yang kiteorang pilih jenis mezzanine studio apartment (aku tak rekomen jenis mezzanine ni sebab katil kat tingkat atas), total untuk 8 malam £640. Ok tu je lah drama untuk hari pertama kat London. Tunggu update besok ye!
 

Monday, November 30, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 9 (Kings Cross Station-Sydney Airport,Travel Summary)

11 Sept 2015-Jumaat

Pagi ni kiteorang check out awal sebab nak catch flight pukul 10.55pagi ke Kuala Lumpur. Prosedur nak check out Springfield Lodge ni senang je just tinggalkan kunci dalam bilik. Thats it takde banyak songeh. Dari hotel kiteorang usung beg ke Kings Cross Station pastu naik train sampailah ke Central Station. Dari Central Station tukar train ke Sydney Airport. Perjalanan dari hotel ke airport makan masa lebih kurang 30 minit je & tambang ~$16/pax. Kalo travel berdua je boleh la naik train, tapi kalo ade anak2 kecil/orang tua mungkin boleh consider naik cab. Train stations kat Sydney ni pada aku memang convenient sebab kebanyakkannya ada escalator. Tak macam kat Seoul dulu, perghh boleh patah pinggang turun naik tangga, kalo ade lif pun ramai orang tua yang conquer. Lokasi Springfield Lodge ni pun agak strategik sebab dekat dengan train station dan main Sydney attractions.

Sampai je kat airport kiteorang terus ke kaunter Air Asia untuk boarding pass. Mood lemau dah mula datang. Biasalah kan perasaan standard everytime habis vacation. Pastu membayangkan nak duduk 8 jam lebih dalam flight, ermmm bosan bosan. Jangan duduk sebelah orang kaki busuk sudah. Nasib baik la ada beratus gambar dan video dlm handphone aku. Boleh la belek2 dalam flight untuk mengubat rindu.

Kat bawah ni aku ada rumuskan total expenses selama 9 hari/8 malam di Sydney. Kalo ada bajet lebih boleh la pegi dolphin/whale watching kat Port Stevens (lebih kurang $60/pax tengok pada jenis cruise) ataupun naik speedboat. Pastu boleh jugak pegi ke Blue Mountains untuk sesiapa yang minat nature. Aku tak buat semua tu sebab nak save bajet. Masa aku pegi ni exchange rate lebih kurang AUS$1=MYR 2.9. Hopefully travel summary ni boleh dijadikan sebagai panduan untuk korang pegi ke Sydney nanti. So menabunglah dari sekarang ye. Sydney is definitely one of the best cities I've been to! Insyaallah kalo ade rezeki kita akan bertemu lagi.


TRAVEL SUMMARY



Wednesday, November 25, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 8 (Grounds of Alexandria,Mitchell Road Antique Store,Harbourside,Live Music Pitt St)

10 Sept 2015-Khamis

Hari ni nak pegi GROUNDS OF ALEXANDRIA. Ape tu Grounds of Alexandria? Well kalo korang nak tau tempat ni asalnya kilang lama yang dah diconvert kan jadi café dan aku pernah baca tempat ni dapat ranking "sixth most instagrammed spot in Australia". Sape yang suka lepak café yang ala2 rustic, cozy & sempoi ha ni la tempatnya. Konsep café ni pada aku memang unik, lain daripada yang lain sebab selain daripada café, ade stall jual dessert, ada kedai bunga, ada taman mini, kambing, ayam & kuda pun ada! Kan best kalo kat Malaysia ada café macam ni. Tapi satu yang tak brape best pasal café ni ada Mr Pig ye. Pastu diorang ada buat babi panggang dekat satu corner. So kalo sape2 yang bercadang nak lepak dengan "lebih selesa", aku rekomen duduk bahagian café on the RH side daripada pintu masuk kedua.


Untuk ke Grounds of Alexandria, kiteorang naik train dari Kings Cross Station ke Sydenham pastu tukar train ke St Peters. Dari St Peters station jalan ke arah King St, pastu lintas Sydney Park Road terus sampai ke Huntley St. Dari situ jalan lagi lebih kurang 450m sampailah nampak café ni belah kanan. Mula2 masa sampai tu kiteorang lost jugak sebab café ni takde signboard besar ke ape, cuma tulisan kat dinding je. Yang gambar atas tu is actually second entrance bersebelahan dengan kawasan parking. Aku rasa maybe ni pintu masuk utama kot. Kiteorang akhirnya sampai café ni dalam pukul 10 pagi. Baru pukul 10 lebih orang dah mula ramai, btol lah tempat ni femes. Kalo datang lambat sikit memang konfem la kene beratur panjang nak dapat table. Nasib baik sampai je terus dapat table. Kiteorang order poached eggs on toast with mushrooms & latte. Total $36.
 
 
Masa tengah makan tu aku toleh belakang sekali tengok mak aii queue punyelah panjang. Minah2 arab bertudung pun minat gak lepak sini rupanya. Rasanya area Alexandria ni takde kedai makan yang fully halal. Mostly banyak aku jumpe restoran halal kat Chinatown, kat tempat lain memang la ada kedai makan halal tapi takde secantik ni. Lepas bayar makan kiteorang pun terus survey area cafe. Memang tergoda btol tengok pokok2 yang ada kat sini. MasyaAllah cantiknya! Mula lah berangan nak tanam pokok macam ni kat belakang rumah. Masalahnya boleh ker?? Aku bela pokok kaktus pun boleh mati! Huahuahua. Kalo korang datang sini trust me every corner is so beautiful. Yang paling aku minat area The Potting Shed. Tapi sayang tempat ni lebih kepada bar & eatery, pukul 11.30 pagi baru section ni open to public. Hmm dapat amik gambar dari luar café pun jadi lah. Nak tau cantik ke tak tempat ni ha lets cekitouttttt>>>
 
 
 
 


The Potting Shed..my favourite!!!


Bayangkan arch ni akan dipenuhi dengan fairy lights pada waktu malam. Magical!
 


Comel gile anak kuda ni!

Haish rindunye tempat ni. Aku harap satu hari nanti ada la orang Islam yang buka café konsep macam ni & serve halal food. Seronok rasanya bila everytime travel dapat jumpa kedai makan halal. Terasa semangat persaudaraan sesame Islam tu lebih kuat. Hopefully umat Islam kat Australia ni makin bertambah la insyaallah. Bukan ape semenjak 2 menjak ni aku makin takut tengok berita puak2 anti Islam yang cuba nak create Islamophobia di negara ni. Dulu kononnya ada serangan pengganas di Martin Place dan yang bertanggungjawab adalah org Islam. Tapi aku serius tak percaya 100% berita tu. Ni sume mungkin propaganda je nak bagi orang pandang buruk pada agama Islam. Aku dengar cerita dah ada tunjuk perasaan pulak kat Bendigo menentang pembinaan masjid. Pastu kat Melbourne pulak. Mintak2 lah pergerakan anti Islam ni tak menular ke tempat lain sebab seriously ada banyak lagi tempat2 menarik yang belum aku explore kat bumi Australia ni. Baru sempat merasa Melbourne dan Sydney je. Huhu

Ok lah balik pada cerita tadi. Lepas round2 Grounds of Alexandria kiteorang pun gerak ke Redfern Station. Sebelum sampai station ternampak satu gudang ni kat Bourke Road jual barangan antik ala2 macam cite The Pickers tu. Nama kedai ni MITCHELL ROAD ANTIQUE & DESIGN CENTRE. Wah menarik ni! Segala benda ada kat sini. Perabot lama, signage, baju, dekorasi rumah, lampu, jam, macam2 lah. Tapi harga..emmm agak mahal. Kalo ikutkan hati rasa nak beli je perabot kat sini untuk decorate rumah baru aku nanti. Aku memang minat gile dengan design2 yang rustic & ala2 industrial ni. Tapi berangan dulu je lah ye. Hehe



Tak banyak gambar yang aku amik kat kedai antik ni sebab dah beratus gambar dalam phone aku. Malas nak delete. Hehe. Kalo nak tengok koleksi barang2 yang ada kat sini boleh check out FB Page diorang, Mitchell Road Antique Store. Dah puas cuci mata tu kiteorang pun balik ke hotel untuk solat & rehat. Misi seterusnya pegi HARBOURSIDE lagi sekali sebab laki aku nak beli tshirt Hard Rock ade orang pesan last minute. Untuk lunch kiteorang makan kat Harbourside je, malas nak pegi jauh2. Aku order nasi beriyani kat foodcourt dalam Harbourside. Emmm tak sedap, tawar. Nak buat camne makan je lah. Total untuk 2 orang $27. Lepas tu beli chocolate dipped strawberries pulak, 3 bijik $10. Eh mengada2 pulak tekak ni kan. Hehe. Lepas makan kiteorang naik feri dari Harbourside ke Circular Quay. Sempat aku buat video clip terakhir atas feri tu tapi ade family daripada China menyibuk pulak. Adoii kacau daun btol.


 
 
Sampai je kat Circular Quay kiteorang beli gelato, aku pilih strawberi dengan salted caramel. Kombinasi yang tak kene langsung. Patotnya salted caramel dengan coklat baru la kene kan. Takpelah tibai je. Haha. Enjoy btol lepak makan gelato kat sini. Tengok orang lalu lalang. Tengok feri ulang alik. Tengok laut. Tak sedar masa berlalu dengan cepat. Tup tup besok dah nak balik Malaysia. Huhu. Tu lah lumrah kalo pegi vacation, sehari rasa macam 10 minit. Cuba kalo duduk ofis, 10 minit rasa macam sehari kot! Nasib baik ler aku dah tak keje ofis lagi. Syukur! 
 
Untuk malam terakhir kat Sydney, kiteorang plan nak lepak santai2 je lah. Dah puas berjalan sakan 7 hari berturut-turut. The best place is PITT STREET, dekat persimpangan Market Street. Kat sini ada live music. Bangku pun ada. So people watching je lah malam ni. Free jimat duit aku. Mamat guitarist kat sini pulak goreng lagu2 ol skool "Still Got The Blues For You", "Still Loving You". Fuh memang awesome. Kenangan terindah la untuk malam terakhir kiteorang kat Sydney. Sebelum balik ke hotel kiteorang singgah kedai pizza berdekatan dengan Darlinghurst Rd. Beli 2 keping $9. Makan pizza je untuk dinner malam ni sebab kat dalam bilik hotel ada lagi makanan tak habis so kiteorang habiskan la apa yang boleh. Lepas makan tu kiteorang packing bag siap2 sebab besok kene check out awal pagi. Ok lah that's all for day 8, besok aku sambung cite pasal total expenses untuk trip ke Sydney.


Monday, November 9, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 7 (Manly Beach,North Head Fairfax Lookout,Max Brenner Chocolate Bar,Halal Kungfu Ramen)

9 Sept 2015-Rabu

Sape yang dah baca post aku semalam mesti nak tau ape jadi hari ni kan? Kan? Ke tak berminat pun nak tau? Hahaa. Ye la sapelah aku ni *muka sedih* Whatever it is aku cite lah jugak. Sendiri tulis blog sendiri baca pun boleh. Huahuahua. Travel blog ni dah jadi macam sort of terapi untuk aku. Selain daripada dapat berkongsi pengalaman & info yang bermanfaat, memudahkan untuk aku jugak untuk refer just in case aku nak pegi lagi ke tempat yang sama. Tak payah nak refer notebook ke ape, everything online je. Senang. Lagipun bila dapat good feedback daripada member2, aku lagi rasa bersemangat untuk teruskan travel blog ni. Berbalik pada cite semalam, serious kaki aku cramp gile. Berejam jugak aku urut & mandi bawah hot shower bagi calf muscle yang terkejut tu rilek sikit. Ape taknya semalam jalan kaki lebih kurang 7-8km macam tu. Maybe lebih kot! Bajet superhero sangat kan. Tapi Alhamdulillah hari ni bangun pagi kaki aku dah rasa ok sikit. Hoyeh syukur syukur!:)

So ke mana kita hari ni? Rasa macam nak naik feri lagi. Watsons Bay dah khatam dah. Jom check out MANLY BEACH pulak! Nak ke Manly Beach ni senang sangat. Boleh naik Fast Ferry kat Wharf 6 Circular Quay atau feri biasa kat Wharf 3. Fast Ferry ni mahal sikit daripada feri biasa. Dah nama pun fast kan. Ticket $8.50/pax, $17 return. Fast Ferry takes about 18mins to Manly, feri biasa 30mins. Manly ni tak termasuk dalam MyMulti2 card yang aku beli so kene beli tiket lain. (FYI 2016 onwards dah takde lagi MyMulti card ni ye).

 
Circular Quay to Manly Wharf
Sampai je kat Manly wharf kiteorang proceed ke tourist information booth untuk dapatkan map & details to NORTH HEAD FAIRFAX LOOKOUT. Reason nak pegi lookout ni sebab nak tengok pemandangan cliff yang awesome kat sana. Untuk ke lookout, lintas je seberang Manly wharf tu ke West Esplanade Stand J & tunggu bas No 135. Bayar $2.10 guna Opal Card. Kat tempat tunggu bas tu ade jadual so korang boleh refer situ kalo nak tau bas tu datang pukul brape. Bila kiteorang cek jadual, kene tunggu lagi sejam baru bas sampai. So sementara nak tunggu tu, lepak la kat Manly beach kejap. Dari bas stop nak ke Manly beach ni dekat je. Sebelum sampai beach tu usha2 gak kedai baju & souvenir yang ada. Pastu nampak ade kedai pak arab jual piza halal. Sekeping $4.50. Beli la 2 keping & makan tepi pantai. Manyak syiokkk!
 
From West Esplanade to Fairfax Lookout
 
Enjoying the view!
 Setel makan piza kiteorang pun patah balik ke bas stop untuk ke Fairfax Lookout. Bas 135 ni akan berhenti kat North Head Scenic Dr Opp Q station (refer map above). Dari Q Station kene menapak sikit la ke lookout lebih kurang 1.8km. Jalan lagi! Tak serik btol! Hahaaa. Masa tengah menapak tu nampak signboard "bandicoots". Menatang ape pulak bandicoot ni? Rupe macam tikus pun ada. Hmm macam2 binatang pelik ada kat Australia ni. Heheh. Apelagi posing la kejap kat signboard tu. Langit Australia yang selalu biru & cerah ni memang awesome untuk bergambar, walaupun sebenarnya panas terik. Nasib baik la masa ni angin sejuk. Baru seminggu kat Sydney ni aku dah berbelang macam tapir dah. Kalo lepak lagi sebulan mau bertukar jadi orang Rohingya terus. Hahaaa.
 
 

 



 
 
25 minit kemudian akhirnya sampai jugak kat Fairfax Lookout! Kalo ade wide angle lens ni rasanya lagi puas hati tapi guna camera iPhone pun jadi la kan. Tak sia2 rasanya berjalan 1.8km untuk ke lookout ni. Amazing view! Boleh nampak bandar Sydney dari jauh. Tunggu jugak kot2 kalo ada whale or dolphins yang lalu tapi takde rezeki hari ni. Huhu. Tapi takpe lah, dapat jejak kan kaki ke sini pun dah kira beruntung sangat pada aku. Alhamdulillah. Mula2 ade terpikir jugak nak naik cruise ke Port Stephens nak tengok whale & dolphins tapi bile tengok pakej yang agak mahal, hmmm cancel terus. Maybe next time la kot kalo ade rezeki lebih. Insyaallah.
 
Dah puas menikmati pemandangan kat lookout ni kiteorang pun patah balik ke Q station untuk tunggu bas ke West Esplanade. Teringin sebenarnya nak hitch hike kete2 yang lalu lalang situ tapi segan la pulak. Hahaa. So terpaksa la menapak lagi 1.8km! Bila sampai kat West Esplanade, kiteorang lepak jap kat MAX BRENNER CHOCOLATE BAR untuk dessert. Aku order Chocolate Chunks Pizza with bananas & roasted marshmallows, Chai latte & hot tea. Total ~$25. First time lepak Max Brenner ni masa aku pegi Melbourne dulu. Rindu btol nak rasa Choc Piza die! Serious tak boleh lupa.
 
 
Aaahhh craving satisfied! Portion memang banyak walaupun kiteorang makan berdua. Sorang makan 4 slice amik kau. Ade pisang, ade roasted marshmallow, ade melted milk chocolate, ade soft dough. Macam2 adaaaa. Mantappppppp! Haih terliur pulak tengok gambar ni balik. Sape yang nak diet tu lupekan je la piza ni ye. Entah brape kalori la sepinggan piza ni. Naik bukit turun bukit pun blom tentu boleh burn! Hahaaa. Tapi aku peduli ape kan. Manjakan diri sekali sekala apa salahnya. Bila perut dah kenyang, kiteorang singgah jap kedai souvenir beli souvenir untuk kali terakhir. Lusa nak balik Malaysia dah. Aku beli Manly Beach fridge magnets & koala bib,$6.
 
 
Dari kedai souvenir kiteorang patah balik ke Manly wharf untuk naik feri ke Circular Quay. Dinner malam ni plan nak makan kat KUNGFU RAMEN, Haymarket lagi sekali. Cam biasa la aku order Kungfu Ramen, $10.50 & laki aku order fried rice. Total dinner $24. Nak tengok rupa Kungfu Ramen tu boleh refer kat SINI. Lepas makan tu kiteorang balik ke Kings Cross Station, then jalan kaki balik ke hotel. Dah tak kuasa dah nak melepak tempat lain hari ni. Penat & good night!