Monday, November 2, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 6 (Speedo's Cafe,Bondi to Coogee Walk,Hyde Park,Hickson Rd,Its Time for Thai)

8 Sept 2015-Selasa

Woohoooo!!I'm going to Bondi beach today!
Excited semacam plak kan, macam lah takde beach kat Malaysia. Haha. Memanglah ade, masa muda2 remaja dulu aku rajin jugak pegi Pulau Tioman, Pulau Pangkor dengan famili, mandi laut, naik jet ski, naik bot, naik kayak, memancing, snorkelling sume tu..been there done that. Cuma scuba diving je aku tak pernah try lagi. Tapi semenjak dah pakai tudung rasanya malas pulak nak berbungkus masuk laut. Skang ni aku lagi suka jalan2 tepi pantai je lah tengok pemandangan. Kalo kat Malaysia mau berpeluh satu badan nak lepak pantai lama2 so time2 bercuti kat oversea ni lah masanya. Cuaca kat Sydney masa ni pun around 17deg C, just nice for a stroll, matahari terik tapi angin sejuk je. Nak jalan jauh2 pun tak terasa penat.

Nak ke Bondi beach ni tak susah mana. Naik train turun kat Bondi Junction pastu tunggu bas No.380 kat platform A1. Tapi masalahnye bila naik bas ni die tak bagitau dah sampai bus stop mana so tips yang aku boleh bagi, be alert on all the road signs (preferably dah Google map awal2) & pandai2lah tekan loceng bile dah nampak pantai tu. Tak pun boleh jugak bagitau kat driver bas ko nak turun Bondi beach, tu pun kalo dapat yang jenis rajin nak melayan la. Kiteorang decide untuk check out SPEEDO'S CAFE kat Ramsgate Avenue dulu sebelum pegi beach. 


From Hall St stop (tempat kiteorang turun) terpaksa menapak sikit sampai ke Ramsgate Avenue. Speedo's café ni first time aku nampak kat IG, tengok macam cool je desserts die, teringin nak try die punye cronuts. Cronut tu ape? Haa jawapannye croissant+doughnut. Bentuk die macam donat tapi tekstur macam croissant. Macam2 kan zaman skang ni. Masa kiteorang sampai Speedo's Café ni punyelah ramai orang kat dalam, agaknya café ni memang famous kot, tak tau lah. Kiteorang order flat white & cronut, $17. Ingat cepat je dapat kopi sekali kene tunggu sikit punye lama daa. Servis lembab btol sampai naik beku aku duduk kat seat luar tu. Walaupun cuaca 17deg C, sekali sekala kalo angin die tiup perghhh boleh rasa sampai ke tulang woooo. Aku dah la pakai baju nipis 3 lapis je (inner, sleeveless blouse & cardigan).Nasib baik cuaca sejuk, kalo panas memang dah lama kene sound minah café ni. Aku rasa baik die tukar nama Speedos ke Lembab Café boleh???Huahuahua...

 
 
 
Akhirnya order pun sampai. Sebelum makan tu sempat jap aku asah skill flat lay aku. Inilah trend budak2 zaman skang ni. Sebelum makan amik gambar dulu. Bukan senang tau satu tangan nak pegang phone satu tangan lagi nak pose. Angin pulak kuat masa ni. Hmm aku ade bakat semulajadi rasanya. Hahaaa. Laki aku redho jelah menahan sabar sebab aku tak bagi die minum dulu:) Aku rasa cronut die ok la, texture very light & tak manis sangat. Yang syringe kat tengah tu atau bahasa kampungnya tempat enjek tu ade chocolate syrup kat dalam. Bole picit ikut suka kalo nak lagi manis. Lepas minum2 tu barulah kiteorang mulakan langkah ke BONDI BEACH. Let's go bebeh!
(Warning: Gambar2 kat bawah ni akan membuatkan korang rasa membuak2 nak belek kalendar, bukak website Air Asia & isi borang cuti! Hahaaa)
 
 
 

 
 
 
 

 

 
Aku tak tau kenapa bile tengok kebiruan air laut, langit yang biru, rumput yang hijau, cuaca yang cool..Jiwa rasa tenang je. Macam terapi minda, tak pikir langsung pasal keje, datelines, clients, bla bla bla. Hilang jap masalah duniawi. Syukur. Orang cakap kalo pegi shopping tu terapi. Terapi kepala hotak lah, lepas tu ko pening kepala nak membayar credit card. Ramai orang yang terlalu memikirkan soal material, aku tak nafikan dulu aku pun macam tu. Sentiasa terkejar2 dalam hidup. Apa yang dikejarkan pun tak tau lah. Kalo kejar duit memang takkan pernah cukup. Bila ada cukup duit, masa pulak takde. Bila ada masa mungkin kesihatan pulak takde. You can't have everything in life. Apa yang ada sekarang ni bersyukurlah. Haa tetibe sesi motivasi bersama Dr Fadzilah Kamsah plak kan. Hahaa. Cakap pasal terapi minda sampai aku jalan almost 7km dari Bondi ke Coogee pun aku tak rasa. 7km tu! Gile kental jugak stamina aku! Serious bile cuaca sejuk ni memang tak rasa penat sangat padahal dah naik bukit turun bukit berkilometer. Entah berapa kalori agaknya aku dah burn. Dah ler tadi makan cronut setengah bijik je, nasib baik tak pengsan. Haha. Kesimpulannya Bondi to Coogee walk ni memang korang kene buat la kalo datang ke Sydney ni. Kalo tak larat 7km, boleh buat separuh jalan je dari Bondi ke Bronte beach. You wont regret it! Trust me!
 
Once dah sampai kat Coogee Pavilion kiteorang cari makan. Gile weii perut dah lapar. Kat Coogee Pavilion ni food macam mahal sikit so kiteorang cari café yang biasa2 je sebelah Coogee Pavilion yang ada serve Fish n Chips. Nampak satu kedai ni & apelagi order la fish fillet burger & fish n chips. Total $27. Sambil makan tu pikir jap nak tunggu bas kat mana untuk balik ke Bondi Junction.
 
 
Lepas makan kiteorang lintas jalan & tunggu bas 353 back to Bondi Junction. Dari Bondi Junction patah balik ke Kings Cross & lepak hotel untuk rehat & solat. Fuhh leganya dapat rehatkan kaki! Lepas ni plan nak pegi ke HYDE PARK pulak. Agak rushing sebenarnya walaupun 9 days kat Sydney sebab by the time pukul 5 lebih langit dah gelap so terpaksa cover sebanyak tempat yang mungkin masa langit still cerah. Pada aku Hyde Park ni biasa2 je lah, pemandangan takde la majestic mana. Sesuai untuk duduk2 to kill time. Yang cantik kat Hyde Park ni pada aku is Archibald fountain. Kiteorang tak spend lama pun kat park ni, terus gerak ke Museum Station untuk ke Circular Quay.
 
 
Dari Circular Quay kiteorang jalan ke arah HICKSON RD. Spot ni agak famous dengan instagrammers especially Sydney fashion bloggers. Kalo berangan nak buat photoshoot tu boleh la pegi sini ye. Kira antara port wajib bergambar lah sebab nampak Harbour Bridge from another angle. Dari Hickson Rd, kiteorang sambung perjalanan sampai ke Kent St. Saje nak tengok apa yang ada kat sini. Aku nampak Lord Nelson's Hotel, katanya hotel & pub yang tertua di Sydney, dibina pada tahun 1841. Pastu jalan2 lagi nampak ada banyak kain rentang dekat kawasan perumahan area The Rocks, bile aku Google baru aku tau rumah2 kat sini akan dijual oleh kerajaan. So ramai penduduk protes tak nak pindah. Aku tak tau lah ape akan jadi kat diorang ni nanti. Kesian jugak.
 
 


 

 
Dari The Rocks kiteorang sambung jalan sampailah ke Wynyard Station. Masa ni dah peak hour, orang dah balik keje. Station time peak hours memang serabut giler. Dari Wynyard kiteorang gerak ke Central Station untuk dinner. Macam biasalah hari ni repeat restoran yang sama, Its Time for Thai kat Chinatown. Dah malas dah nak cari restoran lain. Kadang2 restoran kat Sydney ni nama je halal tapi bila dah tukar management baru, halal ke tak halal ke diorang peduli ape kan. Kat Malaysia pun macam tu la jugak. So tawakkal je lah, janji kedai ade tulis halal ngap aje. This time kiteorang order sup tomyam, nasi putih & aku tak sure lauk apa laki aku order, macam minced beef. Total $37. Sedapppppp! Lepas setel dinner apelagi balik hotel ler. Yang tak best tu bila sampai hotel kaki aku cramp kaw2! Nak bengkokkan kaki tak boleh, tangkap kat betis. Huhuuuuuu.. Tu lah, jalan tak ingat dunia. Macam manalah besok ni? Takkan nak baring atas katil je? Nak tau ape jadi besok, nantikan update seterusnya!

Tuesday, October 27, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 5 (QVB,George St,Pylon Lookout,Watsons Boutique Hotel,Halal Kungfu Ramen)

7 Sept 2015-Isnin

Hari ni nak buat ape ek?? Lets go for a walk around town lah. Mula2 sekali nak pegi QUEEN VICTORIA BUILDING or orang sebut QVB je. QVB ni terletak antara George St,York St, Market St & Druitt St dan dibina pada tahun 1898. Ni kira antara port yang wajib singgah lah kalo bercuti ke Sydney. Kat QVB ni aku sekadar masuk untuk amik2 gambar je, nak bershopping sakan tu memang tak lah kan. Lagi bagus rasanya simpan duit tu untuk next travel daripada membazir. Tapi kalo korang nak have a cup of coffee kat sini pada aku agak menarik sebab ambience sangat classy & relaxing:)


 


 
Selain dari QVB ni ada a few other buildings yang memang menarik perhatian aku antaranya Sydney Town Hall, General Post Office, City Recital Hall & Hotel CBD (persimpangan antara King St & York St). Ade banyak lagi buildings lain tapi ni je yang sempat aku explore. Fyi nak amik gambar kat sini bukan senang ye sebab ramai orang lalu lalang & ada photographer/tourist lain yang sibuk nak amik gambar jugak..haha...And satu lagi aku nak update, if korang plan nak pegi George St bulan Oktober tahun ni onwards, mungkin susah ckit korang nak amik gambar kat sini sebab Sydney tengah buat major construction untuk laluan light rail. So banyak jalan/laluan yang akan ditutup. More info here Kira beruntunglah jugak timing aku datang sini, diorang tak buat construction lagi..heheee

GPO

GPO from George St

A unique installation at an alley near George St
 
Hotel CBD @ King St & York St
Ni je pics yang sempat aku snap. Amacam? Cun tak?? Ok la tu kan untuk seorang photographer amatur yang guna handphone je..hehehhh..Tengah jalan2 tu aku ternampak kedai souvenir plak kat 312 George St, so apelagi masuk la jap beli souvenir. Kat sini rasanya choice lagi banyak & design cantik2. Aku beli notebook koala bear & kangaroo $5.99 each, magnet "here comes trouble" $6.99, kangaroo pencil $9.99 (dah kenapa tetibe macam budak kecik plak kan beli pensel???erkk), koala hairclip $7.99 (bukan untuk aku) & wooden bus magnet $8.99. Kalo nak yang murah sikit untuk bagi officemate ke/sedara mara, korang boleh beli eraser bentuk map Australia, yang tu $1 je, magnet bentuk surfboard $1, pen pun lebih kurang $1 satu tapi design so-so je lah tak berapa cantik.


Dah setel beli souvenirs, kiteorang pun teruskan jalan kaki sampai lah ke Cumberland St. Misi kali ni nak pegi PYLON LOOKOUT plak. Ape yang menarik kat sini?? Well kat lookout ni korang boleh nampak pemandangan bandar Sydney especially Harbour Bridge, Opera House & feri2 yang lalu lalang. Highly recommended! Tiket masuk $13 sorang & perjalanan nak ke lookout ni pun boleh tahan memenatkan sebab kene naik tangga beberapa tingkat..Huhuuuu penatnye Allah je yang tau, rasa nak tercabut kaki. Maybe sebab aku tak makan lagi kot tu yang penat semacam. Tapi akhirnya view kat atas tu...Fuhhh amazinggggggg! (terus tak rasa lapar)

(Tips untuk bergambar kat sini: Sampai je kat atas ni, conquer spot yang aku berdiri macam dalam pic ni & snap gambar banyak2 sebelum ramai orang naik sebab lookout ni laluan die sangat sempit. Pasal sejarah silam tok nenek yang diorang display sume tu last2 nanti korang boleh baca. Papehal amik gambar dulu. Alhamdulillah aku sempat rekod video lagi..haha..Kalo lambat memang ramailah yang akan photobomb gambar korang. Pastu akan ada ramai backpackers yang solo2 tu buat muka seposen mintak tolong ko amikkan gambar diorang. Aku tak pasal2 jadi cameraman untuk 2 guys k. Tapi takpelah, kesian jugak kat diorang sebab travel solo kan. So good luck ye!)

 
 
 
 
 
 
So Pylon Lookout done, what next? Dah alang2 kt Cumberland St, kiteorang pun balik ke Circular Quay Station untuk ke hotel. Sebelum sampai hotel kiteorang singgah jap kat kedai makan INDIAN CURRY POINT. Konon nak makan beriyani best macam hari tu tapi malangnya beriyani dah habis. Aiyoyoo..laku btol beriyani mamak ni. Nak buat camne terpaksalah order nasi putih biasa dengan kari daging je, total for 2 pax $18. Lepas dh setel makan, solat & rehat kiteorang sambung balik perjalanan.  Plan nak naik feri ke Watsons Bay one more time..Yayyy! Kaki dah tak larat dah nak jalan jauh2. That day pegi Watsons Bay tak sempat nak lepak2 minum so hari ni ingat nak lepak lama sikit kat sana. Sementara tunggu feri sampai kat Wharf 4, kiteorang sempat posing2 depan Opera House lagi sekali, biasa la kan..tourist=P
 
Sampai je kat Watsons Bay kiteorang ordered 2 cups of cappuccino, $4/cup kat WATSONS BOUTIQUE HOTEL. Hotel ni btol2 mengadap laut, nampaklah bandar Sydney dari jauh. Masa mula2 nak order tu, sorang waitress ni usha aku semacam je tak friendly langsung maybe PMS kot, aku memang pantang btol dengan waitress yang perasan diva ni..nasib baik yang sorang lagi waiter perangai elok ckit so aku order dengan die je. Lepas borak2 dengan waiter tu & dapat drinks kiteorang choose untuk duduk kat meja luar facing the ocean. Seronok tengok pemandangan laut dan burung2 berterbangan sambil minum kopi tunggu sunset, so romantic kalah rancangan tv Romantika CT dengan Dato K tau! Hahaaa..Sori takde gambar pulak pandai2lah korang imagine sendiri ye..heheeee..Haa romantic2 punye pasal sampai confident je ingat ade feri yang boleh bawak kiteorang balik ke Circular Quay. Jawapannyaaaaa takde k! Yang ade cuma Captain Cook punye cruise je itupun kene bayar $7 each, takleh guna MyMulti. Cisssssss wasting money btol. Nak tak nak kenelah bayar jugak. Nak naik bas memang out of the question lah kan. Ade a few tourists lain yang terlepas feri macam kiteorang jugak & diorang pun terpaksa naik Captain Cook ni.
 
 
Sampai kat Circular Quay kiteorang terus naik train ke Central Station. Malam ni tekak terasa nak makan ramen pulak. Dari Central Station jalan kaki ke KUNGFU RAMEN restaurant kat Chinatown. Around 5mins dah sampai restoran. Aku order Kungfu Ramen, $10.50 semangkuk. Portion banyak & broth die memang sedappppppp. Laki aku order macam mee goreng ape ntah & add on spicy BBQ chicken. BBQ chicken tu pada aku macam agak masam, tak tau ape die letak dalam marinate die, kalo kurang masam memang tip top. Total dinner $37.
 
 

 
Lepas dinner apelagi, balik semula ke hotel & rehatkan kaki. Ingat nak jalan2 lagi explore tempat lain tapi memandangkan besok nak pegi Bondi, aku rasa lagi bagus balik hotel je & tido awal. Sebelum tu laki aku singgah Harris Farm Markets depan hotel beli air mineral 1.5L $0.99 & pisang $5.60 untuk stok2 lapar dalam bilik (air & pisang punya harga pun aku tau k sebab simpan resit!Hahaa) Very useful sebenarnya simpan resit2 ni supaya boleh buat expenses summary. Korang cubalah kalo rajin:)
 
Next update>>>>BONDI TO COOGEE WALK!

Monday, October 5, 2015

PERCUTIAN KE SYDNEY-DAY 4 (University of Sydney,Broadway,Kings Street,Its Time for Thai,Chinatown)

6 Sept 2015 -Ahad

Semalam dah banyak berjalan so hari ni aktiviti kiteorang ala2 santai sikit (actually takde la santai mana pun, still kene banyak berjalan jugak..hahaa). Mula2 sekali nak pegi SYDNEY UNIVERSITY. Sekali sekala nak jugak tengok suasana universiti2 yang ada kat luar negara ni kan. Untunglah student2 yang dapat belajar oversea ni..cuaca sejuk je kalo jalan kaki pegi kuliah jauh2 pun takde hal. Teringat plak masa aku muda2 remaja dulu hari2 jalan kaki g kuliah tengah2 panas, sampai kelas je habis satu badan berpeluh..fuhhh..kenangan yang tak berapa nak indah..hahaa..

First time aku nampak Sydney University ni masa aku baca someone's blog, aku terus tertarik dengan Victorian style buildings yang ada kat universiti ni. Lagipun tempat ni free je, just kene bayar tambang train je lah, so why not check it out. Dari Kings Cross Station kiteorang turun di Redfern Station. Keluar station je akan nampak road sign ni..Nampak tak die tulis "To Sydney University"? Haa ikut ler sign tu..You will pass Lawson St, then Abercrombie St..

 
Sebelum nak sampai ke universiti ni, korang akan lalu kawasan perumahan di area Redfern ni. Kat sini suasana agak sunyi la, rumah2 kat sini pun jenis rumah lama. Jenis kecik & rapat2..Bila tengah jalan2 tu aku nampak mural ni yang agak cool so apelagi amik la gambar jap, membuktikan yang aku dah lalu area Redfern ni. Perjalanan lebih kurang 1.2km ye dari Redfern Station ke universiti.

 
Map of Sydney University
 
Bila dah sampai universiti, kiteorang takde la explore semua kawasan. Aku dah target nak tengok Anderson Stuart Building & The Quadrangle. Kiteorang masuk dari Fisher Road (boleh refer map kat atas). Memang berbaloi lah jalan kaki sampai ke sini. Universiti ni pada aku memang cantik, rasa macam kat Europe plak! Tenang je lepak2 kat sini. Check it outttttt>>>>>>







 

 
Masa kiteorang kat sini, ada wedding ceremony tengah berlangsung kat kawasan Quadrangle ni. Siap buat fotografi wedding lagi. Ye lah kat sini memang cantik untuk buat photoshoot. Aku nak amik gambar laki aku pun boleh tahan sampai tercangkung2 dibuatnya. Nasib baik dapat jugak shot yang aku nak..hehehh..Aku amik semua gambar ni guna IPhone je, DSLR canon aku tinggalkan kat hotel, dah naik lenguh plak bahu aku nak pikul tiap2 hari..tak kuasa aku..Disebabkan tak makan lagi, lepas dah lepak2 amik gambar, kiteorang pun jalan kaki ke arah BROADWAY pulak. Ingat nak makan kat Papparich, tapi mak aii orang ramai plak dalam tu.
 
So lepas round2 takde idea nak makan mana, last2 kiteorang masuk Central Mall. Kat sini tak banyak sangat choice makanan halal, boleh makan kat Ribs & Burgers (diorang boleh masak special untuk guest yang nak halal) tapi sebab dah tengok banyak sangat babi dalam menu die..hmm macam takde mood plak nak makan situ. Kat Broadway ni pun ade banyak branch Max Brenner tapi kiteorang teringin nak makan nasi not dessert. So last2 nampak kedai Bombay Central, waitress die cakap food halal so kiteorang pun order lah nasi & kari..Kopak $20.Hmm tak sedap kari die macam tawar..tapi makan je lah sebab nak alas perut. Bila perut dah kenyang baru lah ade tenaga nak sambung jalan kaki ke Central station. Dari Central kiteorang amik train balik ke hotel untuk rehat & solat. Fuhh leganya dapat rehat! Bayangkan la dah 4 hari kiteorang kat Sydney, macam2 tempat dah explore. Pada aku jalan kaki ni memanglah penat, tapi "Nothing beats the experience of exploring a country by foot".Tapi kalo korang jenis tak larat jalan jauh..maybe boleh skip la area Broadway ni, nothing much to see here.
 
Sebelah petang kiteorang kuar hotel & gerak ke Newtown Station pulak. Kali ni nak round2 area KINGS STREET. Saje nak tengok apa yang ade kat sini. Mula2 kiteorang survey north part of Kings Street. Aku memang dah target nak amik gambar satu butik ni called "The Academy Brand" aku tengok kat instagram, memang cantik architecture building ni.

The Academy Brand at Kings St
Graffiti at Kings St
 
Kat sini ade banyak pubs & shop lots. Kalo jenis yang suka berparty & mabuk memang heaven lah tempat ni. Pubs kat sini ramai gile orang beratur sampai ke luar kedai. Mungkin sebab hari ni hari Ahad kot. Pastu aku perasan orang2 yang lepak sini pun jenis hipster. Ade yang pakai leather jacket, rambut color2, bertindik..Kat sini pun ada jugak graffiti sikit2 tapi tak secantik kat Melbourne lah pada aku. Lepas dah explore north part of Kings St, kiteorang teruskan perjalanan ke bahagian south pulak. South part of Kings St is quieter, orang pun tak ramai, macam mati sikit area ni. Kalo korang tak explore area south part ni pun takpe. Kiteorang continue jalan kaki sampai lah ke St Peters Station. Fuhh jauh weii berjalan hari ni..perut pun dah start lapar balik.
 
Untuk dinner kiteorang decide untuk makan kat ITS TIME FOR THAI kat Chinatown. Restoran ni halal & korang akan jumpe ramai orang Melayu kat sini..hahaa..Sementara tunggu order sampai, laki aku sembang dengan couple ni dari Penang, diorang duduk kat Novotel Hotel. Everyday diorang makan kat restoran ni siap tapau bawak balik hotel lagi. Pastu aku nampak sorang pakcik ni dengan family die siap intai2 ape aku makan dari luar kedai, maybe die nak confirmkan dulu btol halal ke tak kedai ni kot. Lepas tu aku nampak die masuk restoran ni & order..hehehh..Aku order fried calamari, prawn fried rice & shrimp paste fried rice, total $37. Portion die ok lah banyak & makanan pun sedap. Alhamdulillahhhhhh:)

 
 
 
Lepas dah setel dinner, kiteorang singgah 7E pulak beli coffee & hot chocolate. Sejuk2 ni minum kopi panas memang best! Coffee die murah je $1 secawan, hot choc $2 secawan. Self service, bayar duit kat counter dulu pastu buat ler kopi sendiri. Ok lah that's all for day 4 guys, tunggu update seterusnya!