Wednesday, October 26, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 2 (Ubud Water Palace,Luwak Coffee,Pura Tirta Empul,Desa Penglipuran Bangli,Kebun Bistro)

12 Okt 2016-Rabu

Jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan, waiter hotel dah hantar breakfast ke bilik. Aku duduk kat balkoni sambil apply makeup sambil hirup kopi, makan breakfast banana pancakes, toasts & fruits. Wow terasa macam film star omputeh plak. Hari ni rasa semangat lain macam sebab tak sabar nak sewa motor & check out tempat2 menarik kat Ubud.

Breakfast duluuuuu!
Lepas bersiap perjalanan diteruskan ke Ubud Scooter Rental di Jl.Sri Wedari No.19. Macam biasa kiteorang jalan kaki je guna Waze. Jarak dari Tebesaya Cottage ke Ubud Scooter Rental lebih kurang 1.5km,~20 minit masa berjalan. Memang terasa jauh sikit berjalan dalam cuaca panas, tapi takpe lah untuk hari ni je. Lagipun sepanjang Jl.Hanoman banyak deretan kedai2, boleh la cuci2 mata sambil berjalan. Sampai kat Ubud Scooter Rental aku terus lari masuk dalam, diri depan aircon sambil berkipas. Fuh lega. Couple mat salleh yang ada kat situ pun rilek je tak over macam aku. Haha. Satu gambar ape pun aku tak sempat nak snap masa ni. Biasala bila cuaca panas memang kureng sikit mood nak berselfie. Tapi korang boleh rujuk website ni untuk maklumat lanjut tentang jenis2 scooter yang ada, rental fees,etc http://ubudscooterrental.blogspot.my/p/rental-rate.html

Kiteorang book scooter untuk sehari je, model Honda Scoopy FI. Die tak minta lesen pun, just isi nama, alamat hotel & no. telefon. Setel. Since sewa sehari, kene pulangkan motor lebih kurang pukul 10 pagi the next day. Tak payah hantar motor kat kedai, diorang akan pick up kat hotel. Cuma make sure minyak penuh la. Minyak kat sini sebotol dalam Rp7k, ade yang charge sampai Rp.8k tengok tempat. Botol minyak ni diorang jual kat tepi2 jalan je. Sewa scooter sehari kat sini Rp50k atau Rm16. Terlajak murah kan sebab tu lah aku tak guna supir. Jimat gilos duit aku.

Dapat je motor aku dah standby type destination dalam Waze which is UBUD WATER PALACE, bersebelahan Cafe Lotus kat Jl Raya Ubud. Entrance ke Ubud Water Palace ni agak confusing sebab belah kanan ade Starbucks & belah kiri Cafe Lotus. Water Palace ni kat tengah2. Bile melepasi entrance je korang akan nampak lotus pond yang cantik. Sebelum nak masuk palace ni kene park motor dulu & kene bayar Rp.2k. Nanti akan ada brader yang mintak duit & ko bayar je lah.




Tempat ni ada yang panggil Pura Saraswati Ubud, ada yang panggil Ubud Water Palace. Waktu malam hari Selasa & Khamis katanya ada tarian kecak kat depan lotus pond ni dalam Rp.100k sorang. Aku memang tak tengok la kecak dance ni, baik kat Ubud ataupun kat Uluwatu. Pada pendapat aku kita sebagai orang Islam sekadar nak melihat seni & appreciate hasil kerja tangan orang Bali ni boleh je cuma tak perlu lah sampai nak menonton & terhibur dengan tarian2 yang berunsur Hinduism ni. Mengikut apa yang aku google kecak dance ni berunsurkan kisah Ramayana. Sesiapa yang tak tau tentang kisah Ramayana ni, Rama is believed to be the incarnation of the god Vishnu, the hero of the Ramayana is one of the most popular deities worshipped in the Hindu religion. Penganut Hindu menyembah "tuhan" Rama ni & kita pulak menyaksikan kisahnya dalam bentuk tarian adalah tidak sesuai. Aku terpanggil untuk komen tentang perkara ni lepas baca banyak post from bloggers yang rasa terhibur dengan tarian ni. Pada pendapat aku lebih baik dielakkan.

Kiteorang tak spend masa yang lama pun kat sini, cukup sekadar berselfie & melihat keindahan lotus pond. Misi seterusnya nak cuba kopi luwak pulak. Mula2 plan nak pegi Bali Pulina tapi cancel sebab ada tempat lain yang lagi dekat. Tempat ni aku dapat tau dari Instagram. Aku tertarik dengan gambar2 yang awek Indon ni post dalam IG. Nama tempat ni ALAS ARUM LUWAK COFFEE. Kalau type dalam Waze memang tak jumpa mungkin sebab tempat ni tak famous, so apa yang aku buat is type je Jl Tegallalang. Bila dah sampai area Tegallalang (sebelum Ceking rice terrace) bawa motor slow2 sikit, nanti korang akan nampak signboard gambar luwak belah kanan. Signboard tu besar insyaallah tak terlepas pandang punya. Kalau terlepas jugak then korang boleh la jalan terus ke Bali Pulina. Sebab Bali Pulina ada dalam Waze.




Bila sampai di Alas Arum Luwak Coffee kiteorang rasa excited sebab tempat ni macam masuk hutan pun ada. Maklumlah dah lama tak masuk hutan. Haha. Staf kat sini pun friendly semuanya. Mula2 die akan tunjukkan tempat luwak tu dikurung. Pastu bagaimana kopi luwak diproses. Patutlah kopi luwak ni mahal sebab preparation mengambil masa yang lama. Nak kene cuci najis sampai bersih, nak kene jemur lagi. Baru aku tau yang luwak ni tak akan kunyah biji kopi, die akan telan satu2. Dan bila najisnya dikumpul, biji2 kopi tu still intact, tak hancur. Harga kopi luwak kat sini Rp.50k seorang. Rasa kopi luwak pada aku lebih kurang macam kopi biasa je. Ke lidah aku yang tak berfungsi?? Haha entah ler. Tapi bau serbuk kopi luwak ni memang best. Selain dari secawan kopi luwak korang akan dapat 14 cawan kopi & teh free. Ade kopi ginseng, kopi coklat, kopi vanilla, macam2. Aku tak minum banyak pun sebab takut nanti nak terkencing plak sebab lepas ni banyak lagi tempat nak dituju. Kalau nak tengok macam mana suasana kat Ubud ni boleh la follow IG aku @madame_treschic. Banyak video yang aku upload kat situ.





Kopi luwak dah setel perjalanan diteruskan ke PURA TIRTA EMPUL di Jl Tirta,Tampaksiring. Type Pura Tirta Empul dalam WAZE & follow je direction. Jarak lebih kurang 8km~20 minit. Pura ni dibina pada tahun 962 A.D pada kurun ke-10. Lama tu. Dinamakan Tirta Empul yang bermaksud "Holy Spring" sebab dibina di kawasan mata air. Nak masuk kawasan ni kene pakai kain sarung baik lelaki/perempuan. Entrance fee Rp.15k seorang. Ramai penganut2 Hindu yang datang untuk mandi atau bersuci kat mata air ni. Aku tengok mat salleh bukan main beriya mandi kat sini. Kiteorang tak lama pun sekadar melihat kawasan. Yang aku suka ialah ukiran senibina & kolam ikan die memang cantik. Ikan besar2 plak tu.







Part yang tak berapa best tu bila nak keluar die akan paksa lalu deretan gerai2 souvenir yang agak panjang, yang mana tetiba aku kene tarik oleh penjual ke dalam gerai. Hangin jugak la iolls baru nak feeling2 baju saloma ni sekali kene tarik daa. Laki aku plak tarik tangan aku yang sebelah lagi. Waduh2 sinetron apakah ini?? Haha nasib baik baju tak koyak. Memang la kesian dengan diorang ni nak cari rezeki tapi agak2 la kalau ye pun nak menjual. Walaupun dah berkali2 cakap "takpe2 terima kasih" tapi tak paham bahasa jugak. Akhirnya lepas berapa minit berjaya jugak la kiteorang "keluar" & aku terus lari ke motor. Legaaaa.

Next pit stop is DESA ADAT PENGLIPURAN BANGLI. Jarak dari Pura Tirta Empul ke Desa Penglipuran ni dalam 16km~26minit. Tempat ni kira macam kampung tradisional Bali. Rumah semua seragam & tersusun cantik. Rasa tenang je kat sini. Atap2 rumah kat sini dari bambu & penduduk kampung masih lagi mengenakan pakaian tradisional. Pintu masuk rumah semuanya sama saiz & dipanggil angkul-angkul. Lebih kurang 40% kawasan kampung ni dikelilingi dengan hutan bambu. Tempat ni aku rasa memang cantik la untuk dilawati walaupun agak jauh. Bayaran masuk Rp.15k seorang & parking motor Rp.5k.




Dari Bangli kiteorang gerak balik untuk lunch. Kebas jugak bontot & kaki naik motor lama2. Total distance dah merempit hari ni lebih kurang 58km. Hebattt. Lega rasa bila dah sampai kedai makan Padang kat Jl Raya Ubud. Nasi & lauk campur + teh o ais total untuk 2 orang Rp.64k. Lepas lunch kiteorang gerak balik ke hotel untuk solat & rehat. Belah petang kiteorang mulakan aktiviti cafe hopping yang seterusnya>> KEBUN BISTRO. Kafe ni terletak kat Jl Hanoman No.44. Kafe ni tak halal of course so cukuplah sekadar berkopi2 sambil tengok pemandangan & deko berkonsep provencial French style bistro. Dah la background music lagu Perancis, ade pulak lampu chandelier & lilin sana sini. Wow sangat romantica d amor! Hehe. Kafe ni pun eco friendly, banyak guna barangan recycle. Mesin2 jahit Singer yang dibuat meja & ditambah marble top ni pun dah berusia lebih 50 tahun. Kiteorang order 2 latte total Rp.57k. Memang berbaloi & tak puas rasanya lepak kat sini!


   


Hari dah makin gelap kiteorang decide untuk tinggalkan motor depan kafe & jalan2 di sekitar Jl Dewi Sita & Jl Monkey Forest. Banyak jugak kafe2 menarik kat sini. Tapi cukup setakat tengok2 dari luar je la. Area ni banyak kedai2 baju, lukisan & perhiasan. Mula2 ingat nak beli 1 lukisan tapi yang kiteorang minat semuanya di luar bajet. Haha susah jugak bila high taste ni. Dari Jl Monkey Forest kiteorang patah balik ke motor & gerak ke Jl Raya Ubud lagi sekali untuk dinner di Warung Igelanca. Warung ni sederet dengan kedai makan Padang siang tadi. Aku order nasi goreng udang & air untuk 2 orang total Rp.72k. Lepas makan tu terus balik ke hotel sebab penat. Itu je lah aktiviti hari kedua di Ubud. Can't wait for tomorrow!

Antara kafe2 yang ada di Jl Dewi Sita, Ubud



No comments:

Post a Comment