Wednesday, September 20, 2017

PERCUTIAN KE PERTH WA 2017 - DAY 1 (Pensione Hotel,Elizabeth Quay,Woolworths,Insan Cafe)

5 Sept 2017 - Selasa

Akhirnya..Hampir setahun aku menghitung hari, dapat gak travel tahun ni. Kali terakhir pasport aku dicop bulan Oktober tahun lepas. Trip ke Bali. Kali ni ke Perth pula, 9 hari/8 malam dari 5-13 September. Alhamdulillah. Excited tu memang la excited. Tapi yang tak bestnya semenjak aku bela stray cat yang jumpa tepi longkang bulan Februari lepas, aku dah makin attached plak dengan kucing aku. Ye la aku jaga dia daripada baby kot. Nama dia Si Kenit. Tapi kat rumah aku panggil Sayang je. Bila nak kene hantar ke pet boarding untuk 10 hari hmm tak tau lah nak cakap macam mana. Mak2 kucing je yang paham perasaan aku ni. Huhu. Aku hantar kat Catzonia, Damansara. Rm25 per day. Tempat ni memang cantik dan nampak bersih. Takpelah keluar duit lebih sikit untuk pastikan baby aku selesa. Anything for lurveeeee...

Comel tak??

Huhuu sedih sangat masa ni

Selesai urusan kucing, kiteorang gerak ke airport awal pagi esoknya sebab flight pukul 9.45 pagi. Kos teksi ke airport Rm80. Flight dari KLIA2 ke Perth Airport lebih kurang 5 jam 30 minit. Masa Malaysia dan Perth sama je takde beza. Sambil nak tunggu flight kiteorang breakfast siap2 dulu kat airport. Breakfast prawn mee dan nasi lemak untuk 2 orang Rm31.50. Mula2 plan tak nak makan dalam flight sebab konon nak jimat, tapi apakan daya. Sangap jugak nak tunggu 5 jam lebih tak buat apa. Haha. Last2 beli jugak. Kopak Rm36.

Merenung di luar jendela..
Yayyy dah nampak dah Perth kat bawah tu

Sampai kat Perth Airport macam biasalah kene declare barang2 yang dibawa. Rasanya aku dah explain kat Sydney post aku sebelum ni so aku malas nak repeat balik. Korang bacalah sendiri ye. Trip kali ni aku cuma pack Nutella & Nongshim noodles. Selesai checking2 dan soal jawab sume tu terus beli SIM card OPTUS. Since kiteorang akan stay Perth selama 9 hari/8 malam so pakej $20 per person untuk 10 hari paling sesuai. Penjual SIM card tu akan set kan sume benda tinggal bayar je. Masa tengah beratur kat sini ade jugak orang Malaysia nak beli SIM card. 


Setel SIM card terus belok kiri ke arah signboard bas. Airport Perth ni kecik je so korang takkan sesat punya insyaallah. All international services kat Terminal 1. Nak ke Perth City korang kene tunggu bas kat bus stop warna hijau. Bas no 380. Nampak bus stop kat bawah ni jalan depan sikit. Bayar tiket kat driver. Sorang $4.60. Cakap kat driver tu hotel kat mana nanti mintak tolong die berhentikan kat bus stop terdekat. Kiteorang book kat Pensione Hotel, Pier St. So bus stop terdekat ialah St George Terrace Stand N.

Jangan naik bas ni pulak!

Naik bas kat sini. N0.380  ke Perth City

Dari Perth Airport ke St George Tce Stand N lebih kurang 45 minit je. Dari bus stop tu kene jalan kaki dalam 500m ke Pensione Hotel. Kat bus stop St George Tce ni pun ada jumpa couple orang Malaysia gak. Laki die ok je bersembang, bini die tak leh blah. No eye contact at all dari airport lagi aku peratikan. Rileks la kak. Takyah sombong sangat. Duhh. Akhirnya sampai kat Pensione Hotel. On the way nak ke hotel tu nampak kedai halal Love & Care Cafe (Malaysian Food) @ 38 Pier St & Sahara Cafe (Middle Eastern Food) @48 Pier St.

PENSIONE HOTEL @ 70 PIER ST

Dari bus stop (St George Tce Stand N) ke Pensione Hotel~500m
Pensione Hotel, 70 Pier St

Petite Queen Room -Room 506


Kiteorang check in lebih kurang pukul 5.15 petang. Queen Petite Room. Memang petite. Sesuai la untuk golongan hobbit. Haha. Ok la tu kan. Dah book nak buat macam mana. Nasib baik kiblat ngam2 kat laluan kecik antara katil & closet. Kat toilet takde hand shower. So urusan cebuk2 tu macam biasalah pakai jug yang ada kat coffee & tea area kat atas meja tu. Setel kemas2 barang kiteorang pun jalan ke arah Elizabeth Quay. Cuaca masa ni best je, around 17deg C, musim bunga. Dari Pensione Hotel ke Elizabeth Quay lebih kurang 1km ~15-20 minit masa berjalan. Nak naik bas pun boleh tapi kiteorang prefer untuk explore on foot. Lagipun bila cuaca sejuk ni tak kisah pun berapa meter kene jalan. Boleh jugak kuruskan badan! Pensione Hotel ni memang strategik. Dekat dengan banyak kedai makan halal & main attractions. So let's explore the city!

ELIZABETH QUAY

Dari Pensione Hotel ke Elizabeth Quay~1km

On the way ke Elizabeth Quay nampak signboard ni..





Amacam view? Cantik tak? Haa memang tak sia2 lah jalan sejauh 1km. Kat sini pukul 6 dah gelap macam pukul 7 lebih. Maghrib masuk pukul 6 petang. Bila matahari dah terbenam mula nampak all the city lights. Rasanya Elizabeth Quay ni lagi menarik la daripada Southbank kat Melbourne dulu. Walaupun tak sesibuk Circular Quay kat Sydney, Elizabeth Quay ni ada its own charm. A bit laid back, kafe2 pun tak banyak tapi masih cantik pada aku. Dah puas amik gambar kiteorang gerak cari supermarket plak. Perut pun dah lapar.

WOOLWORTHS @100 ST GEORGE TR

On the way nak cari supermarket ternampak Woolworths kat dalam Enex building @100 St George Terrace. Lebih kurang 500m je dari Elizabeth Quay. Woolworths ni ada hari tutup pukul 5 petang, ada hari tutup pukul 9 malam. Nasib baik malam ni buka lagi. Plan nak beli snack sikit untuk kunyah2 dalam bilik. Lepas penat baca ingredients, last2 beli air kopi, Uncle Tobys, Smiths chips & croissant. Total $17.90. Terpaksa beli croissant sebab roti saiz kecik takde, sume stok2 roti loaf panjang tu. Ada orang cakap kopi brand Dare tu sedap tapi masa ni aku tak terpikir plak nak beli, lagipun dah takde kat shelf. Kesimpulannya kopi brand Schnobs tu tak sedap langsung, dah macam ubat batuk dah aku rasa. Haha. 



Total $17.90

Setel beli groceries kiteorang cari dinner plak. Dalam perjalanan tu ternampak satu lagi kedai makan halal Central Kebab & Cafe @ 85 Barrack St. Tapi masa ni tekak terasa nak makan nasi. So kiteorang teruskan perjalanan cari kedai lain. Akhirnya jumpa Insan's Cafe. Kafe ni dekat gile dengan hotel kiteorang, 165m je uolls. jalan kaki 2 minit dah sampai. Seberang Insan's Cafe ni ada lagi satu restoran halal, Cafe Karache @ 124 Murray St. Like I said, Pensione Hotel ni memang strategik. Sebab tu aku decide untuk stay kat hotel ni.

Central Kebab Cafe @ 85 Barrack St 

INSAN CAFE @ 113-115 MURRAY ST 

Dinner kat Insan Cafe, total $30

Sampai Insan's Cafe, kiteorang order nasi goreng special dia. Total $30. Rasa ok la cukup garam perasa semua. Ramai orang Malaysia/melayu kat sini. Dah macam kat Malaysia je aku rasa. Haha. Kuih tradisional seri muka pun diorang ada jual, $6 sebekas (6 biji). Hebat. Sempat la borak2 dengan cashier kafe ni. Kiteorang tanya dia area mana yang happening sikit malam2 ni. Dia cakap nak happening sikit kene pegi area Subiaco, Leederville.  Kat Perth CBD ni mati cepat katanya. Jangan harap la nak melepak/mencekik sampai pukul 12 malam kat sini. Pukul 6 petang pun dah banyak kedai tutup. Disebabkan kedai2 semua dah tutup, kiteorang pun malas nak explore jauh sangat on our first day, so balik hotel tido awal la jawabnya. That's all for day 1. Tak sabar nak tunggu besok!


Wednesday, November 9, 2016

PERCUTIAN KE BALI 2016 TANPA SUPIR! - DAY 4 (Sea Circus,Seminyak Square,Krisna Sunset Rd,La Laguna)

14 Okt 2016-Jumaat

Hari ni teringin nak cuba local food untuk breakfast. Bosan plak asyik makan nasi padang je. Lagipun hotel kat Seminyak ni aku tak book breakfast so kene la keluar cari makan. Lepas puas Google akhirnya aku jumpa 1 port ni jual sate ikan, nama tempat ni WARUNG ARI, kat Jl Tukad Pakerisan No.6. Kalau nak tau menurut orang Bali sate ni mencerminkan masyarakat Bali yang bersatu teguh & tak mudah dipisahkan. Diorang selalu makan sate babi tapi yang ni rare sikit sate ikan. So rugilah kalau datang Bali tapi tak cuba kan. Dari hotel kiteorang merempit ke Warung Ari ni guna Waze je macam biasa. Masa nak pegi tu dua kali gak terlepas masuk simpang so Waze bagi alternative route lalu kawasan rumah orang. Mak aii memang mencabar gak la lalu jalan dalam ni. Dah la jalan sempit banyak plak bonggol. Adoii akitnye huhuu.

Halal food in Bali>> Warung Ari 
Lepas cilok sana cilok sini akhirnya sampai jugak kat Warung Ari. Woohooo! Kelihatan signboard kuning besar terpampang. Dah sampai warung, si penjual tengah buzy menyalai sate. Mula2 aku tak reti sangat nak order macam mana, last2 main tunjuk isyarat tangan je untuk 2 orang terus makcik tu sediakan. Pastu dia tanya nak sayur apa sebab sayur ada 2 jenis, kangkung atau urap. Aku pilih kangkung. Kat sini tak sebut kangkung masak cili dia panggil plecing kangkung. Diorang akan hidangkan nasi putih, sate ikan, pepes ikan, sayur kangkung, sup ikan & sambal matah. Sate ikan tu kalau tak salah diorang guna ikan Marlin. Total untuk 2 orang Rp.36k jerrr. Memang murah & nampak menyelerakan! Masuk je mulut perghhh die punye pedas tu memang kaw! Aku yang jenis tahan pedas ni pun dah berpeluh kalau mat salleh makan tak tau lah macam mana. Ditambah plak dengan cuaca panas so berdouble2 lah panasnya. Tapi panas2 pun sedap! Serius tak rugi singgah warung ni. Aku rasa warung ni terkenal di kalangan lokal sebab tak putus2 yang datang untuk bungkus sate ikan. Baru aku tau orang Bali ni kuat pedas rupanya sebab ade couple belakang aku makan buat muka rilek je. Haha.

(P/s: Jangan lupa sediakan Rp.1k untuk bayar brader yang jaga parking motor)


Pedas tapi sedap!
Setel breakfast kiteorang sambung cafe hopping yang seterusnya>> SEA CIRCUS RESTAURANT & BAR di Jl Kayu Aya No.22, Seminyak. Aku tertarik dengan kafe ni sebab exterior die yang sangat cool. Satu lagi kafe yang Instagram-worthy. Tapi nak berselfie kat sini agak mencabar sebab as usual jalan sempit & kafe ni btol2 tepi jalan. Tempat parking motor pun masa ni dah agak penuh, banyak muka mat salleh je. Kebanyakkannya dari Australia & NZ aku rasa. Yang muda mudi Australia ni datang Bali mostly nak mabuk & surf je la. Tu je la diorang tau. Masuk je kafe kiteorang just order air kelapa & jus tembikai laici. Total Rp.73.4k. Pastu selfie sekejap depan kafe & jalan2 tengok kedai2 berdekatan. Kat area ni pun ada satu lagi kafe menarik & Instagram worthy>>MOTEL MEXICOLA. Tapi tak masuk pun sebab dah kenyang.

Tadaaaa...cantek tak???


Kedai2 baju bersebelahan Sea Circus Restaurant & Bar

Next destination>>SEMINYAK SQUARE. Reason pegi sini sebab ada aircon! Hahaa. Diva tak?? Dah biasa pegi vacation tempat2 sejuk, bila pegi tempat panas ni jadi lain macam plak mengadanya. 
Seminyak Square ni shopping mall kecik je la. Aku tak snap gambar pun. Ade kedai2 jual beauty products, baju & souvenirs. Kiteorang masuk kedai souvenir Mega Art. Kat sini aku tak beli banyak sebab rasanya harga agak mahal. Aku beli 2 keychain je untuk family. Itu pun sebijik keychain dah Rp.45k, 2 dah Rp.90k. Mahal! Pastu aku masuk kedai Mega Batik. Saje tengok harga body scrub & cream die. Container kecik dah Rp.46k & yang besar sikit 250g die jual Rp.75k. Memang aku tak beli lah. Lepas round2 tu kiteorang decide untuk pegi ke KRISNA OLE2 BALI plak di Sunset Road. Lagi puas hati rasanya shopping souvenir kat sana.

Keychains Rp.45k each @ Mega Art, Seminyak Square

Mega Batik, Seminyak Square

Krisna Ole2 Sunset Road ni memang besar. Macam2 ada. Aku perasan produk lulur & krim2 die pun jauh lagi murah dari Seminyak Square. Aku beli coconut body scrub 200g Rp.20k je, milk body scrub 200g Rp.26.5k, krim tangan chocolate & strawberry 80g Rp22.5k each, pie susu original 2 jenis Rp18.5k sekotak (sebab ada orang cakap sedap) & T-shirt Bali Krisna range Rp.42.5k-Rp.47.5k untuk kanak2 & Rp.85.5k untuk dewasa. Kalau nak T-shirt yang lagi murah pun ada harga dalam Rp.36.5k sehelai untuk dewasa tapi design tak berapa menarik la. Produk makanan macam kekacang, snek & kopi luwak pun banyak jual kat sini. Lepas syok bershopping tu baru teringat kiteorang naik motor. Haa sape suruh beli banyak2 padan muka. Haha. Nasib baik laki aku ade bawak backpack, separuh sumbat dalam bag separuh lagi pegang. Mujur hotel dekat je dengan Krisna lebih kurang 2.8km, around 7 minit. Sampai hotel je terus flat. Plan nak keluar balik petang2 sikit bila cuaca tak terlalu panas. Itu lah downside of hot weather ni, banyak masa terbuang sebab pergerakan terbatas.

Krisna Sunset Road-entrance
Yayyy borongggggg!
Murah!!!


Lepas rehat kiteorang gerak ke WARUNG KOLEGA di Jl Petitenget. Rasa nak makan nasi plak petang ni. Sekarang warung ni dah berpindah ke Jl Dewi Sri No.17, Legian. Warung ni menyediakan masakan Jawa & lauk die tak pedas. Menu die lebih kurang macam lauk kita jugak la.  Total nasi campur & air untuk 2 orang Rp.105k. Agak mahal harga nasi campur kat sini. Cara nak order ambil dulu lauk2 pastu diorang akan kira & letak tanda harga atas meja. Lepas makan baru bayar.




Dari Warung Kolega kiteorang gerak ke Canggu via Jl Batu Belig untuk cafe hopping yang seterusnya. Kat Canggu ni ada banyak kafe2 yang menarik. Salah satu kafe yang femes>>LA LAGUNA, di Jl Pantai Kayu Putih, Berawa-Canggu. Selain La Favela & La Plancha, kafe ni kira antara yang top & happening la. Nak masuk La Laguna ni ada minimum order. Satu kepala die charge minimum Rp150k. Sebelum masuk penyambut tetamu akan jelaskan benda ni. Dah setuju baru boleh masuk. Bila dah masuk tu kene cari meja dulu buat order pastu boleh la keliling kawasan untuk berselfie bagai. Pada aku memang berbaloilah walaupun kene bayar Rp150k sorang sebab tempat die memang cantik! Kafe berkonsep ala2 boho gitu. Kalau convert Rp.150k tu lebih kurang RM48 je sorang, which is quite reasonable dengan view & ambience yang superb kat sini. Siap ada taman & gypsy wagon lagi. Nak tau cantik ke tak tempat ni jom layan gambar!

Posing dulu!





Kawasan kafe ni luas, korang boleh pilih je nak duduk kat mana. Aku rekomen untuk muslim lebih baik jangan pilih meja yang kat taman tu sebab ada banyak anjing yang bebas bercanda di situ. Kat Bali ni no choice lah kan anjing memang bersepah sana sini. Nak lepak pantai pun diorang sibuk main kat situ gak. Lebih syok rasanya kalau anjing2 ni takde hehe. Ramai jugak pelancong Muslim yang lepak kat La Laguna ni, based on fesyen & cara diorang ikat tudung mungkin dari Jakarta kot. Waktu terbaik nak datang sini untuk tengok sunset sambil makan2 lebih kurang pukul 4 lebih. Kalau datang lambat takut takde meja kosong plak.




Our dinner!

Untuk dinner kiteorang order calamari, mediterranean dips, creme brulee (sedap gila!), juice & smoothie. Total untuk 2 orang Rp.300k. Memang puas hati makanan sedap, dessert pun sedap. Lepas makan tu jalan2 kat pantai jap tengok pemandangan sebelum balik ke hotel. Kalau lah kat KL ada kafe macam ni mengadap laut kan best. Confirm lepak every weekend!